Wednesday, July 04, 2012

Kisah tertangguh II

Salam...


Sambungan kembali kepada kisah saya di Langkawi ya...jap..sambung kay mana ya..oooo..ok..di sangkar ikan2 tu ek...



Memegang ikan pari yang jinak
 


kan dah cakap...MR K mmg suka dengan apa saja binatang
Lepas sejam di fish farm ni, kami dibawa ke laut lepas..fuh..memang lepas bebas betul hingga nak dekat dengan sempadan laut msia - thailand. even kami juga nampak beberapa pulau milik Thailand...trip kali ni tak sama dengan island hopping kat dayang bunting ni..Kali ini lebih best dan teruja..masa kami pergi air laut tengah pasang dan ombak agak kuat jadi bot kali memang teroleng-oleng di lautan. punggung pun tak jejak ke kusyen sebab asik melambung aje...hehehe..kami tak dapat berbuat apa-apa selain berpaut pada bot  sebab melawan ombak yang kuat. Sebab itulah kami tak dapat bergambar..hahahaha.....Saya benda2 yang mencabar ni ok aje..seronok..MR K dah masam2 manis sebab dia kan kurus..kebarangkalian dia tercampak ke dalam air lebih tinggi daripada saya..hahahaha..kelakar tengok dia...
 
Kami di bawa ke sebuah pulau untuk bermandi-manda. Oleh kerana kami memang tak prepare baju, jadi hanya jalan-jalan dan lepaking kat pulau itu aje..huwaaaa..jeles tengok arong lain yang mandi2..kat sini hanya ada kami dan sebuah bot yang lain. kiranya memang privasi lah siki..malangnya ada beruk yang duka curi makanan...hahahaa..nasib baik beg kami tak dicuri seperti pengunjung yang sedang mandi manda tu.. buatlah beg yang dicuri tu ada purse ke apa ke..tak ke naya..? Kami menghabiskan masa kat sini sejamlah jugak..bergambar....best...damai aje dengar bunyi ombak...perjalanan pulang kami mengikut arah lain tetapi akan singgah juga di kawasan sangkar ikan untuk lunch di HOLE IN THE WALL ...dalam perjalanan pelbagai pulau yang kami jumpa..ada yang menyerupai kasut, King kong dan orang pun ada...
    Nampak macam kasut kan?

 Yang ini macam king kong
Yang ini MR K dan pemandu bot cakap macam muka orang..tapi saya tak nampak mcm muka orang..muka kartun ada la..hahaahah

Kalau ada yang perasan, gambar di belakang tu seperti penyu dengan duduk bertimpa...kat sini pemandu bot dan MR K dah senyum2 penuh makna tengok keadaan penyu tu..amboi...fikir kuning aje ya..hahaha

Laut yang menghijau..memang cun..tapi kalau pantai dia kemas sikit lagi heaven kan?
Parking bot nak makan dekat Hole ni..lupa nak snap pic nama kedai dia sebab lapar punya pasal...
Makan-makan dekat HITW ni ok jugak. banyak pilihan makanan dia...kami yang memang tengah kebulur tak banyak cakap dah..terus aje order makanan...sedang menunggu makanan tiba, tengok2 jugalah koleksi ikan2 yang dibela mereka...Lepas makan ni bermakna habislah tour 4 jam kami...Hari yang amat menyeronokkan...

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...