Wednesday, July 11, 2012

SUJEO

Salam...




Saya cukup suka dengan sudu korea ni. Dah lama saya mengindam nak makan guna sudu ni semenjak melihat Yujin makan dalam drama WINTER SONATA 10 tahun lepas. Mak aiii..lamanya saya mengidamkan...Belum ada kesempatan makan di mana2 restoren Korea di Malaysia ini yang saya rasa sudah tentu menggunakan sudu yang panjang ini. Rasanya ramai yang dah tahu sudu korea ini lebih panjang dari sudu yang biasa.  Sudu ( sutgarak) dan chopstiks ( jeotgarak) atau digabungkan menjadi sujeo ( korean utensil). Ramai yang suka kot dengan sudu panjang macam ni? rasanya tak payah tanya orang lain...my siblings semua giler baban setiap kali ada scene makan-makan masa tgk drama korea. makanan yang tak sedap pun boleh jadi sangattt sedap dengan cara depa makan....
Tadi ada google kat yahoo..kenapa korean punya sujeo ni panjang2...macam-macam jawapan yang diberikan...antaranya;
Adab makan korean ni tak boleh mengangkat mangkuk nasi ( mcm jepun dan cina) jadi mereka memerlukan sudu yang panjang utk mencapai makanan..
ada komen lain yang mengatakan nak setarakan panjang sudu dengan chopsticks dengan other utensils...iyalahkan..kalau chopticks tu mmg panjang tetiba sudu pendek..alahai...mesti nampak tak cantikkan..? hahahaha..betul ke tidak..ALLAHUALLAM..nanti saya cuba dapatkan jawapan ya....
Saya tak tahu sama ada sujeo ini ada dijual di Malaysia ataupun tidak...kalau ada pun mungkin harganya lebih mahal kot dari korea sendiri. Hmmmm.... Tak sabarnya nak mendapatkan Sujeo ni nanti...

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...