Thursday, July 19, 2012

Jalan2 cari makan

SALAM...

Selesai urusan di SMK KJ, saya dan MR K bertolak ke Shah Alam. Singgah sebentar ke Karangkraf mengambil stok buku JIWA KACAU dan JAUH KAU PERGI yang sudah kehabisan stok. Berjumpa dengan Ima, staff yang menguruskan pembelian buku saya ini. Rupa-rupanya Ima ini orang Perak juga. Siap dia cakap ..." Kak..lain kali akak tulis macam ni tau...sambil merujuk buku JKP dan HBR. Ima suka baca..best sangat." Er..saya yang sedikit keletihan rasa terubat saja jiwa bila mendengar pembaca yang menyukai karya2 saya. Alhamdulillah. Selepas keluar dari seksyen 15 tu, saya terus bertolak ke Seksyen 19, untuk check in di hotel DePalma. Iya..Iya..saja kami berpusing mencari tempat..padahal senang saja nak sampainya..lagipun bila sampai boleh pula saya cakap pada suami " Eh..dah pernah sampai sini dulu. Ada meeting dengan Alaf..hmmmm macam mana boleh saya tak ingat..hehehe...
Kami berehat dulu melepaskan penat. Lepas solat maghrib, kami bertolak ke Seksyen 13, Laman Seri untuk mencari RESTOREN ini..Yang dimiliki oleh Chef Zubir ( salah seorang juri masterchef malaysia), Tempatnya tak susah nak cari cuma restoren dia agak ke belakang sikit. 

  memang ramai yang datang ke sini untuk makan..meja tak adanya yang kosong..

  Mr K punya pilihan - Hmmmmmmmmmm
Pilihan saya untuk malam itu..hmmmmmmmmm


So..apa kesimpulannya makan di sini; saya rumuskan bahawa ; jeng jeng jeng...

Total harga makanan untuk 2 orang = RM 107.65 ( ada mushroom soup, lupa nak snap pic)
Service =  Agak lembab malam itu sebab pramusaji (ewah) mengatakan mereka ada kekangan staf malam itu ( Menunggu menu dan bil saja pun sahaja sudah beberapa minit)
Environment / Restoren = menarik apatahlagi bahagian depan dia mcm ada ala-ala taman sikit..tengah makan angin bertiup nyaman..so dari segi tu mmg best.
Food =  MR K makan ( tak ingat nama menu dia..resit pun dah letak ke mana ntah)..tapi secara total, kami berdua tidak suka dengan makanan yang kami pilih. Kambing berbau agak kuat ( Mr K terer masak kambing ya..dan dia suka daging kambing..dan bila dia cakapn tak sedap tu..so..mmglah tak sedap...~ infact bau kambing tu melekat sampai ke tengah malam. Saya cakap dengan Mr K..." malam ni saya jalan mmg dengan K ( kambing) hahahahaha...
Saya pula makan ikan salmon dengan kupang...pun rasa ikan dia agak kering. 1ST impression...memang nampak cantik dan indah belaka tapi rasanya no no no...( sedap lagi makan ikan kat secret recipe)...
Kepada yang nak mencuba makan di sana, kalau korang nak cuba..go aheadlah..sebab before saya ke sana pun saya baca review dari banyak blogger yang pernah makan di sana. dan Semua komen mereka positif. Mungkin selera kita tak sama mungkin...
Saya kata dengan MR K..untuk makanan semahal itu dengan rasa yang biasa2 saja rasa amatlah tak berbaloi. Bila saya asik merungut, MR K cakap.."Dah kata nak rasa kan..dah rasa..dan kita dah tahu rasanya macam mana tak apalah...dah masuk perut dah..tak baik merungut"..huhuhu..baik enche...

Esoknya, bila makan kami mencari nasi. Makan kat ASIARI, SACC Mall..murah saja. Tak sampai RM 60 ( Lemongrass squid lupa nak snap foto) tapi berkali2 ganda lebih memenuhi selera..





Sebenarnya, nak ke Laman Seri tu jugak saya nak singgah di Coffee Planet yang terletak berhadapan dengan Laman Grill ini. Saya mahu mencuba Pavlova buatan rakan saya Nowwa yang mana Pavlovanya di jual di Coffee Planet tersebut. Saya beli dua slice saja...dan rasanya memang enak dan sedap...sesedap gambarnya yang memang terasa meleleh air liur bila melihatnya. Even Mr K yang tak suka makan kek tu pun cakap sedap...Hmmm...alamak ai...air liur dah meleleh balik ni...mana nak cari kat taiping ni..huwaaaa...


No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...