Salam...
Pagi sabtu hari itu, saya bertolak dari rumah kakak saya di Wangsa Maju ke SMK KJ. Perjalanan yang hanya memakan masa tidak sampai 3 minit. Itulah indahnya pekan Tanjong Malim yang segala-galanya dekat dan mudah. Saya tidak kisah ke sana. Tiga tahun saya tinggal di sana dan kakak saya sudah menjadi penduduk tetap TM, jadi pekan kecil yang semakin membangun ini seperti kampung ke 2 saya sahaja. Tambahan pula, rakan-rakan disini masih lagi kekal dengan kemesraan mereka, lantas membuatkan saya amat-amat selesa....
Saya tiba seawal jam 8.10 pagi, di saat semua pelajar dan cikgu mahu bersenamrobik. Ketika itu pihak Karangkraf sendiri masih belum tiba, dan saya mengambil peluang bertanya khabar bersama teman-teman lama. Program ini merupakan program Perpustakaan Sultanah Bainon bersama komuniti. Tetapi secara jujurnya yang ramai hanyalah pelajar....mak bapak pun berapa kerat kerat sahaja yang datang pun..lagipun tak banyak booth yang dibuka..Namun usaha murni PSB dalam mempromosikan budaya ilmu dan maklumat ini wajar dipuji dan diteruskan....
Bersama Adik Nuramni Izati yang merupakan rakan fb saya...memang berminat untuk menjadi seorang penulis satu hari nanti..InsyaALLAH..selagi ada kemahuan di situ ada jalan |
Bersama Muliati dan kak Ina Bollywood
Bersama pelajar ( tak ingat nama), Ina dan Aida
Azlina yang membeli novel saya sebanyak 3 buah. terima kasih daun keladi Ina
Bersama Dekan Fakulti seni Muzik dan pelajar3 aliran sastera
Yang ini pula bersama pengetua cemerlang SMK KJ..hmmm..tak ingat nama..huhuhu
Dikerumuni pelajar2 aliran sastera yang berminat dengan dunia penulisan. Sempat juga meninggalkan beberapa tips untuk mereka.
p/s - Ini hanya gambar sesi pagi..selepas majis perlancaran dan tengahari Mr K yang merangkap camera man dah menghilang diri...menunggu cabutan bertuah tapi kami berdua langsung tak bertuah pun..huwaaaa.....
No comments:
Post a Comment