Wednesday, October 06, 2010

KE 500

Salam...

Ini n3 saya yang 500. Wah banyak ke sikit tu? Hmmm...500 rasanya macam banyak tapi kalau hendak dikenangkan sejak bila saya mula memblogging ni, rasanya sikit saja n3 saya tu. sepatutnya mungkin mencecah ke angka 1000 mungkin. Tak apalah...banyak ke sikit ke..bukan masalah besar pon. Saya hendak mengimbas kembali masa-masa saya mula mengenal erti blogging ni.
Saya mula pada tahun bulan Jun 2006. Tahun di mana saya belum bergelar penulis lagi...Tahun di mana, saya menunggu penuh harapan manuskrip saya diterima pihak penerbit namun kecewa..kecewa...kecewa dan terus kecewa. Tahun 2006, saya tak tahu apa itu blog sebenarnya. bila jumpa banyak site dalam internet, saya terfikir apa benda yang budak2 ni cerita ni..rasa macam diary alam maya pun ada juga...Saya tak berminat mulanya..Masa itu beberapa teman yang juga ketika itu belum menjadi penulis sudah ada blog masing2. Jadi saya cuba buat akuan. 1st saya cuba blogdrive. Saya buat sendiri padahal tak reti. Macam mana nak masuk n3. macam mana nak masuk gambar..sudah2 akaun percubaan blogdrive saya melambak2..tapi satu pun saya tak reti guna.
Kemudian saya cuba dengan blogspot pula. Sebab blogspot ni nampak macam lebih mesra alam sikit. Percubaan saya...saya pakai hentam je nama url saya...saya letak violet. Ya...saya tahu korang semua nak ketawa kan..tak apa...ketawalah..sebab saya sendiri pun rasa nak muntah kenapa saya pakai nama bunga tu. Bunga dan saya sememangnya tak sekata. hahahahah
Violet dan oleh sebab saya suka warna biru, saya tambah azure ( spanish word utk biru)..lalu terhasilah violet-azure.blogspot.com. Mind you..ini hanya hasil percubaaa sahaja. Tetapi lama kelamaan blog ini kekal sehingga ke hari ini. Pertamanya...saya perlu membuat akaun lain kalau mahukan nama lain utk add url saya. Hah..tak kuasanya saya. Lalu berkenalanlah saya dengan kawan blogger yang lain. Tahu saya dipanggil apa? Violet / V...mak ai...ya saya tahu...sila muntah sekarang.
N3 saya bermacam-macam..segala kisah saya, kisah keluarga..kisah kawan dan sekarang kisah buku2 saya. Antara blog dan fb sebenarnya saya lebih suka blog. Saya lebih terbuka di sini...saya rasa lebih 'intim' dengan mencoret sesuatu di blog. Dan saya sedikit terkilan kerana semenjak munculnya fb ini, orang seakan-akan melupakan blog..huwaaa....fb memang baik...menghubungkan masa yang terpisah jauh..mengeratk mana yang longgar dan turut mlonggar mana yang erat...hahahah..pros n cons dalam fb ni...dan fb cukup2 sesuai dalam mempromosikan karya2 saya...itu yg saya suka..selainnya..saya tetapi memilih blog. tak kisahlah tak ada orang nak baca apa yang saya tulis sekalipun, tapi saya lega dapat bercerita didalamnya...

5 comments:

dieya said...

salam dhiya, dekat2 pula nama kita ye ;-)

i baru baca JKP yg meletup2 di pasaran tu. congrats for coming out with something so original and interesting!

from your previous entry i understand that maybe u r experiencing writer's block sikit ye nak sambung tulis NBF. kalau sudi come and visit my blog, i've written abt my experience masa pegi training 3 hari kat kem sg udang dgn abg2 komando kita. mungkin boleh membantu u to get ideas on what to write next. if not for NBF, perhaps your nx book abt jimmy and the gang.

here's my blog:
http://ronaldieya.blogspot.com

go to the right-hand panel, scroll bawah sikit u akan jumpa links cerita2 i kat kem sg udang.

selamat menulis, i tak sabar nak baca kisah jimmy pulak! ;-)

dhiya zafira said...

Hi dieya...

sangat enjoy baca u punya experience dengan abang2 komando kita..how i wish im there too..hahahaha...
yup ur n3 ni boleh i gunakan utk tulis kisah jimmy nanti...u tak kisah ya..kalau i cedok mana2..hahahaha....
salam kenal...n thank u sudi baca JKP...hehe

Hezzy Azra... said...

Tahniah Dhiya, utk entry yg ke500!! Ko mmg seorg penulis... born to be a writer!! :)
Yup.. aku pun rasa nye lbh suka blog... sbb ia mcm luahan rasa in detail. FB tu mcm ringkasan karangan je.. hehe... bagi aku la! Sayang jugak bila blog semakin terpinggir gara2 sibuk berFB (tat goes to me too!!) Apa2 pun both mmg ada pros and cons.

Teruskan berblogging!!

dhiya zafira said...

Hezzy...

wah ucap tahniah macam aku menang lucky draw je ni..apa kes? hehheheh...
Apa pun tq sebab sependapat dengan aku...

dieya said...

hi dhiya,

sure go ahead, i'm glad to be of help :-)
moga bertambah semangat utk terus menulis ya!

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...