Sunday, October 03, 2010

Another quiz???

Salam....

Saya ketandusan idea tiba-tiba. Fikiran saya seperti sebuah bullet train yang tiba-tiba sahaja mati powernya. Dalam begitu rancak saya menulis NBF bab demi bab tiba-tiba saya stuck di pertengahan jalan. Ya perkara yang saya takuti berlaku juga. Tepat-tepat 50% NBF telah saya siapkan, tiba-tiba sahaja saya jadi buntu. Inilah masalahnya kalau menulis cara saya. Saya menulis ikut suka. Ikut idea yang mengalir. Saya tidak menulis ikut turutan chapter by chapter.
Sekiranya saya stuck di satu tempat, saya akan mulakan dengan chapter yang lain. Dan akan kembali ke chapter yang tergendala selepas itu. Weekend ini saya tidak menulis langsung. Kerja saya menyusun buku-buku yang berterabur di bilik saya. Ya..walaupun saya bekerja di perpustakaan dan books shelving itu adalah rutin, namun tak semestinya saya amalkan dirumah ya..hahahah...
Ok..sambung balik apa yang nak saya ceritakan ini. Saya sudah print out segala kerja saya yang dah siap itu, dan orang pertama yang diberi penghormatan untuk membacanya adalah adik saya. Ya...setiap kali dialah orang pertama yang membaca. Dr 1st book hinggalah yang latest ni. Dia pengkritik utama saya. Dan saya percaya pada penilaian dia. Selalunya apa yang dia komen, sama sahaja dengan komen kebanyakan orang. dan ramalannya benar belaka..hahahha ( dah macam lagu pulak ek)...Hmmm..kalau dia baca benda ni harus kembang 40 inci dia...Tak apa..puji dia sekali sekala apa salahnya...ketika saya menulis ini saya sedang makan burger dan aiskrim...hasil belanja dia..so....mmg kena puji sikitlah ya...
Ok...dia sudah membaca..dan katanya..." Bestlah citer ni...flow lancar...dr awal baca tak ada langsung rasa bosan... n tak macam JKP..( ada certain part esp part jahat yg dia tak berapa minat..) tapi NBF ni ok...cuma...cuma...jeng jeng jeng..ayat cumalah yang saya lemah tu..Tapi saya kena ambil perhatian. sebab kalau dia komen dan saya abaikan, memang sah2 NBF akan merudum kualitinya.
Katanya..." citer ni dah ok..tapi x-faktornya tak ada...ummmphhhnya tak ada..." Bila dah habis baca..kita akan puas hati..tapi mcm itu sajalah..sekadar puas hati. Erk...saya dah risau...siapa yang tak risau kan..lebih-lebih lagi saya mmg tengah buntu idea ni. Ada 200 pages to go nak siapkan NBF ni. ( campur tolak dalam 150 pageslah kalau saya edit balik apa yg dah siap ni)..Nak tak nak..saya kena mencari X-factor dalam pages terakhir ini. Aduh saya nak demam ni...
Antara 4 buah novel yang dah saya siapkan...memang tak dapat dinafikan JKP yang paling nampak berjayanya. Saya pun tak tahu mengapa...adakah sebab heronya? heroinnya? jalan ceritanya? ataupun segala-galanya? Seperti yang saya katakan kepada salah seorang pembaca, JKP beruntung kerana lahir di saat FB menjadi kegilaan orang. Saya tidak dapat menafikan pengaruh fb dalam mempromosi buku-buku saya. Kerana JKP, ramai pembaca mencari buku2 saya yang lain. Kerana JKP juga..nama saya lebih dikenali ( hehehe...alahai poyonya ayat)..
Dan kalau melihat pada statistik yang saya buat pada page sebelah ni..JKP jauh mendahului semuanya..baik dari segi jalan cerita, hero, heroin dan pasangan kegemaran semua...Ya..tekanan saya ialah bagaimana mahu menghasilkan NBF supaya lebih baik atau setidak-tidakknya setanding dengan JKP ini.
Serasa saya, saya tahu apa sebenarnya x-factor untuk novel2 saya..mungkin anda tidak bersetuju dengan saya..tidak mengapa..tetapi antara yang dapat saya fikirkan adalah kerana kekuatan karekter hero2 saya...hahhaha...RBB naik sebab Izz Karami. JKP naik sebab Haiyan Rifqi. dan persamaannya kedua watak ini adalah mereka nampak gah dengan imej 'HERO' mereka. Menyelamatkan orang tersayang..sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri. Begelumang dengan senjata api...Ex-convict dan Komando..tak payah baca pun kita dah boleh bayangkan macam mana orangnya kan? Saya tidak mahu menghasilkan another Fik, Izz, Jad ataupun Rif. Saya mahukan SID...seorang yang karekternya berbeza daripada mereka sebelum ini tetapi masih mampu menarik minat semua...Sid tidak perlu memegang senjata atau mempetaruhkan nyawanya untuk menjadi HERO idaman bukan? Sid adalah Sid...
Jadi...saya memerlukan bantuan anda..kalaulah anda sanggup menolong saya...bolehkah anda terangkan apa kekuatan utama pada setiap novel-novel saya? Dari KDB, RBB, RUD & JKP, supaya saya dapat memahami lebih mendalam lagi apa sebenarnya kemahuan anda dalam setiap novel saya ini...kesudian anda, saya dahului dengan ucapan terima kasih...( Ya ampun, another ayat surat rasmi kerajaan saja ni...)

KEKUATAN 4 BUAH NOVEL TERSEBUT dari segi berikut dan alasan anda ;-

a) Jalan Cerita / PLOT
b) Karekter / Watak
c) Aksi / aspek Thriller
d) Bahasa / Kekuatan Dialog
e) Konflik

~ Anda boleh pilih salah satu, dua, tiga atau kesemuaanya di atas....
Saya tidak meminta tolong sahaja ya...Kepada 10 jawapan terbaik, saya akan memberikan NBF / walau apapun tajuknya selepas ini, secara percuma kepada anda....(harap maklum..saya sendiri tidak tahu bilakah NBF akan siap dan akan diterbitkan...) tqvm....

p/s  - Boleh saja jawab di sini, fb ataupun emel saya dhiya_zafira@yahoo.com

2 comments:

Yazreina said...

dah send kat fb

dhiya zafira said...

Yaz, saya dah baca..terima kasih atas jawapan yang diberikan

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...