Sunday, September 03, 2006

lawatan

Rabu 30/8/06 hari tu, aku bersama-sama ahli kelab alaf 21fc berjaya juga mengadakan perjumpaan dan menunaikan hasrat kami untuk melawat ke Karangkraf dan Alaf 21. aku memang excited walaupun ini merupakan kali kedua aku ke sana.
kami telah sepakat untuk berkumpul di pintu masuk Karangkraf pada pukul 8.30. aku pergi dengan menaiki bus. memang agak payah untuk sampai tepat pada masanya. mujur kakak aku nak ke upm hari tu dan dia hantar aku sampai ke komuter serdang. jadi bertolaklah kami pada pukul 6.15 pagi. itupun sudah terlewat kerana kakak aku bercadang mahu menghantar aku ke kl sentral. kami terpaksa bertolak awal sebab dia pun tak berapa confident jalan mana nak ikut. di sebabkan bangun lewat aku terpaksa mengikut kakak aku ke serdang. dia ada kelas pukul 8. so, memang tak sempat nak antar aku ke mana-mana.
aku naik komuter kat serdang. cuak jugak aku. aku ingatkan jalannya terus ke shah alam. rupanya kena tukar tren dekat kl sentral. ceh...kalau tahu, baik aku suh akak aku antar ke kl sentral terus. tapi tak kisahlah. yg penting aku sampai. aku telah berjanji dengan pokcik mersik. dia kata dia nak ambil aku kt stesen komuter shah alam. aku sampai dalam pukul 8.45. dah sah2 aku lambat. bertambah pulak bateri handset aku flat pulak masa tu. memang tak dapat nak call pokcik. terpaksalah aku ambil teksi sebab aku tak yakin pokcik akan tunggu aku.
bila sampai ke Karangkraf aku tgk tak ramai yag ada. infact aku insan ke 3 atau 4 yang dah tiba. dalam hati aku....hmmmm..janji melayu. aku pun melayu jugak. sebab tu aku pun lambat ahaks....tak kisahlah.
lepas tu sorang2 sampai. rupanya2 pokcik mersik masih menunggu aku di stesen. alahai...rasa bersalah pulak aku. mintak tolong dia ambil tapi aku dtg pakai teksi. sory yek pokcikk...
kalau ikutkan kehadiran adalah dalam 40 orang tetapi hari tu yang muncul dalam 15 orang. frust memang frust sebab kita pun naklah berkenal-kenalan dengan peminat yang lain.
tapi aku tetap tak kisah. lagi sikit lebih senang nak handle kan.
mulanya kami dibawa bersarapan di cafe. masa itu Sri Diah, Norzailina Nordin dan Brother Richie Rachman ada bersama untuk join kami. Suara brother Richie memang kelas. seksi gitu. aku dulu selalu jugak dengar segmen Ritma Remaja dia dulu. memang kelassss....
selepas itu kami dibawa tour ke kilang. tgk macam mana majalah di publish. memang canggih. kagum aku melihat teknologi ya g digunakan. bertambah lagi Karangkraf merupakan syarikat milik melayu. respek habis aku dengan staf2 yang tak abis bertungkus lumus mengejar dateline. dalam hati nak je aku tanya " ada kerja kosong tak?" memang teringin bila lihat suasana persekiaran tempat kerja mereka.
selepas habis tour di Karangkraf, kami berpindah pula ke premis alaf 21 di seksyen 16 pula. kami disambut oleh en. Norden merangkap novelis Eyman Hykal. kami diberi penerangan berbentuk slide show. memang best. tapi yang paling best sekali apabila kami menyerbu kedai buku. potongan 30% beb. pesta buku pwtc pun tak dapat harga tu.
akhir kata, memang puas dapat melihat sendiri bagaimana semua majalah, paper di terbitkan. sekurang-kurangnya dapat jugak ilmu baru hari itu. bagi yang tidak hadir pada hari itu...memang rugi.
-buat teman2 yang bersama2 pada hari itu, do keep in touch k.

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...