Friday, September 01, 2006

PadaMu Jua....

Habis kikis
segala cintaku hilang terbang
pulang kembali aku padamu
seperti dahulu
Kaulah kandil kemerlap
pelita jendela di malam gelap
melambai pulang perlahan
sabar, setia selalu.
Satu kekasihku
aku manusia
rindu rasa, rindu rupa.
Di mana engkau
rupa tiada, suara sayup
hanya kata
merangkai hati
Engkau cemburu
engkau ganas
mangsa aku dalam cakarmu
bertukar tangkap dengan lepas
Nanar aku, gila sasar
sayang berulang padamu jua
engkau pelik menarik ingin
serupa dara di balik tirai
Kasihmu sunyi
menunggu seorang diri
lalu waktu - bukan giliranku
mati hari - bukan kawanku...
- Amir Hamzah -
Berikut merupakan antara puisi kesukaan aku. dan aku juga menggunakan tajuk puisi ini sebagai title blog aku. kalau sesiapa yang familiar dengan puisi Amir Hamzah pasti tahu apa yang aku maksudkan. bahasanya puitis dan meruntun jiwa. setengah orang mungkin menganggap bahawa semua karya Amir Hamzah banyak bertemakan cinta. ya memang benar. sajak dan puisinya penuh dengan cinta dan memuja sang kekasih. tetapi kekasih yang dimaksudkan bukan insan biasa, dan juga bukan wanita pujaan, sebaliknya puisi puitis ini ditujukan kepada Allah SWT.
Aku belajar Nyanyi Sunyi - Amir Hamzah semasa aku mengambil subjek sastera di tingkatan 6. dan aku jatuh cinta dengan semua karyanya. Amir Hamzah merupakan bangsawan keturunan langkat yang berasal dari Indonesia. Dengan pemberontakan yang berlaku pada zaman revolusi Indo menyebabkan Amir Hamzah dituduh sebagai seorang pemberontak dan beliau telah dihukum pancung.
Amir Hamzah menyintai seorang wanita. kalau tak silap aku wanita ini bernama Ilik Sundari namun mereka berpisah menyebabkan Amir Hamzah berasa sangat kecewa. lalu terhasillah puisi2 yang anda boleh lihat dalam kompilasi Nyanyi Sunyi. kerana kecewa dalam percintaaannya, AH telah menukarkan antara cinta kepada seorang manusia kepada cinta yang lebih agung dan rafik. iaitu cinta kepada Tuhannya.

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...