Assalamualaikum semua,
Memang agak lama aku tidak mencoret sesuatu di sini. Alhamdulillah, setelah 2 minggu, kursus aku tamat juga. di dalam n3 sebelum ini aku ada mencoretkan sesuatu mengenai interview kerja dan sukacitanya aku berjaya dalam interview tersebut. tahniah kepada diri aku sendiri. jadi, kursus ini merupakan satu latihan kepada aku sebelum bertukar tempat kerja.
Bermula 1 oktober ini aku tidak lagi berkerja di perpustakaan UPSI tetapi aku meneruskan karier ( cewah) di sebuah Perpustakaan di hometown aku sendiri. wah...balik duduk dengak mak n ayah...manyak syiokkk....tak sabar rasanya menunggu detik itu.
Sepatutnya aku terpaksa melapor diri pada 4 sept yang lalu namun surat panggilannya baru dapat dan aku sendiri berkampung di Port Dickson. so aku mengambil keputusan untuk melapor pada bulan depan. lagipun lebih senang aku nak menyerahkan tugas. dahlah dipanggil kursus dalam keadaan very short notice tak kan aku nak berenti kerja dalam tergesa2 gak kan?nanti tak pasal-pasal sebulan gaji aku lesap.
Hmm...nanti aku tak adalah masa pesta buku di UPSI nanti. nanti aku tak adalah ikut rombongan Library ke Pesta buku PWTC...nanti aku tak adalah pergi family day ke mana-mana dengan mereka. nanti...kakak aku akan bersendirian di rumah. setelah 3 tahun kami tinggal berdua...sikit sebanyak pasti dia berasa sunyi dengan ketiadaan aku. yalah...dah 3 tahun...aku lah teman bergaduh dia....dulu masing2 bising siapa nak lipat kain, siapa nak basuh pinggan. siapa nak kemas rumah. sekarang...dia kena buat semua tu sendiri.
Minggu ni aku nak balik kampung. nak bawak balik barang2 aku. pakaian tak sebanyak mana tetapi aku lebih risaukan buku-buku aku yang bertimbun2. nak cari kotak satu hal...takpe kat library banyak kotak....mahu tension akak aku nak tolong pikul sama...hahaha...pada muka dia.
kat office tak ramai yang tahu aku nak berenti. yang tahu hanya seorang dua. itupun aku suruh mereka rahsiakan. tapi bila aku masuk keje je hari ni masing2 bertanya. hmmm....rahsia tak menjadi rahsia lagi.....
Tadi aku baru menghadiri jamuan besday ketua pustakawan aku. bila dia berucap dia ada sebut tentang pemergian aku. aiik....aku tak story apa-apa dengan dia lagi...tup2 nama aku ter announce dalam majlis tu....terharu pun ada. terkejut pun ada....segan banyak la....hihihhi...sebab benda tu sepatutnya rahsia lagi...tapi takpelah...dah terbongkar...nak buat macam mana.
Ni aku dok sibuk nak kemas barang n nak serehkan tugas pada member. hah...selepas ni nama aku dah tak popular lagi la dalam Inter Library Loan di semua IPTA/IPTS. orang lain dah amik alih.....huarghhhhh....
No comments:
Post a Comment