apa-apa jelah

Hari ni jugak member aku datang jumpa aku untuk mengambil manuskrip yang telah diserahkan pada aku jumaat sebelumnya. kawan aku ni bakal novelis. dia kini aktif menulis. dan insyallah novelnya bakal di terbitkan tahun depan oleh Creative enterprise. hmmm mendengar nasib yang baik membuatkan aku terfikir, bila pulak rezeki aku nak tiba macam dia. aku sangat terharu apabila dia sudi memberi peluang kepada aku untuk membaca manuskripnya. Aku ni bukanlah pandai nak mengomen karya orang tapi aku ni memang suka membaca. so, sebagai pembaca mungkin aku boleh bagi serba sedikit idea yang boleh digunakan untuk mencantikkan karyanya lagi. aku mengharapkan yang terbaik untuknya. juga untuk seorang lagi kawan aku yang turut dalam situasi yang sama. doa aku semoga segala usaha dan doa kita dimakbulkan.
menjadi seorang penulis tidak mudah rupanya. semasa mendengar penerangan en. norden kebanyakkan manuskrip yang sampai ke tangan mereka terpaksa ditolak kerana tidak mencukupi kriteria yang diperlukan. memang payah tetapi apa kerja yang senang. dan setiap kerja yang payah itu apabila berjaya hasilnya pasti lebih bermakna lagi.
hmmm..kenapa mood aku begitu baik malam ini untuk menulis 2 n3 sekaligus. mungkin kerana mengenangkan sekarang adalah cuti semester dan library hanya akan dibuka ofiice hour sahaja yang berjaya mencerahkan mood aku? yeahhhhhh...memang syok. walaupun hanya seminggu, aku memang amat menantikan saat2 cuti semester ini. bolehlah rehat sedikit serta menyambung kerja yang seringkali tertangguh dihambat waktu. kepada semua student UPSI, selamat bercuti.

Comments

Ayu said…
salams Violet... tima kasih dtg blog akak yer.. :) ooo UPSI yer.. dedulu masa husband akak dok Lumut akak selalu gak lalu lalang ikut jln lama tak ikut hihgway.. lalu le area2 UPSI tuh :)
violet said…
hehe...nanti kalau datg sini...boleh ler berjumpa yek....
mawar biru said…
aku juga doakan untuk kawan ko dan kengkawan ko violet... semoga cita-cita kalian semua tercapai!

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

mutiara kata sasterawan negara