Friday, January 16, 2009
untuk LK
Friday, January 09, 2009
Pengumuman cuti
Aku suka
Salam....
Sila nikmati lagu yang kerap kali aku dengar ketika menulis manuskrip, baik yang terbaru atau yang sebelum ini. Kalau anda seorang penggemar siri drama Jepun pasti akan mengingati cerita ini yang bertajuk Ice World. Pernah ditayangkan di kaca tv satu ketika dulu. Masa itu heronya Yutaka Takenouchi dan heroinnya Nanako Matshushima memang tengah meletups abis.
Masa kat U dulu aku ambil bahasa Jepun sebagai subjek elektif. Kira antara subjek yang aku sentiasa dapat A. Sekarang ni, aku tak boleh mengakui pandai macam dulu lagi. ( hehehe..kalau dulu bolehlah berlagak sebab kertas contengan aku masa tgh jawab final exam Jepun menjadi rebutan classmate. heheheh. tapi sekarang hmmmm....
Dan walaupun aku hanya kurang dari sedikit2 faham apa yang dinyanyikan tapi aku suka musicnya...dan sayangnya si yutaka pada nanako cukup terserlah dalam video ini dan akupun mula berangan....KALAULAH....hahahhaha...
Wednesday, January 07, 2009
I'l love you to want me - nyanyian LOBO
MANUSKRIP TERBARU ---------
Amboi tak sedar diri betul dhiya ni...pilih muka2 omputih aje. tak ada muka melayu ke? hahahaha...mesti itu yang bermain2 dlm fikiran sesetengah pembaca kan? yang sebenarnya aku memang tidak membayangkan wajah2 pelakon kat msia ni sebab tak ada satupun yang menarik perhatian aku kecuali pelakon2 zaman 80an dulu. hmmm...kat atas ini adalah pelakon latin Dana Garcia. hmmm aku tak pernah tgk lakonan dia...(cuma ada yg pernah ditayangkan di kaca tv dulu2) tapi aku tertarik dengan kelembutan wajah pelakon ini. (mind u, heroin aku yang bernama Amie Najla' itu bukan seiras Dana ini ya. persamaannya adalah dari kelembutan yg terpancar dr air mukanya sahaja. itu sahaja, TITIK. Amie Najla' heroin aku itu melayu jati. tidak dikacukkan dengan mana2 bangsa kecuali melayu sahaja. dan aku mencari sepasang mata dan air muka yang kelihatan sedih( terbayang wajah manisha koirala)...kalau aku jumpa mata dan wajah yang sesuai akan aku pamerkan di sini.
Dan ini pula juga pelakon latin, Christian maier. kalau korang pernah tgk citer LUNA...itulah heronya. dan hero utk mss aku juga bukan seperti lelaki ini ya. aku hanya sukakan tubuhnya yang tinggi sasa dan matanya yang dalam menikam sehingga menusuk jiwa yg paling dalam. ewah....seperti Amie, Jad Imran juga seorang melayu totok sahaja.
gambar kawin lagi
Friday, December 19, 2008
lagi emel pembaca
Wednesday, December 17, 2008
emel pembaca
Aku terima emel ini sepuluh minit yang lalu.
Pertamanya tahniah sebab telah menghasilkan 2 buah novel yang sangat menarik dan seronok dibaca. Saya selesai membaca novel yang pertama KUDAMBA BAHAGIA. Penat saya menangis. sedih dan sendu... Saya bagi 5 stars untuk novel ini. Mulanya saya tidak pelik sangat kalau novel ini best, sebab kebanyakan novel pertama yang dihasilkan oleh penulis baru memang best...idea banyak lagi, mencurah-curah.
Saya baca pula novel kedua RINDU BELUM BERHENTI. Ada kelainan berbanding dengan novel yang pertama. Sangat bagus jalan ceritanya. Happy ending...Bukan nak memuji tapi betullah tu... Jangan terlebih sengih pulak... Novel inipun saya bagi 5 stars.
Kini saya menanti novel yang seterusnya... bila agaknya? Harap ada lagi kelainan dalam berkarya...
From:
SALBINA BINTI MOHAMAD@AWANG
Tuesday, December 16, 2008
corat coret
Aku teringin untuk menulis watak hero yang pandai bertukang.(kiri) tetapi sehingga sekarang masih belum ada. tetapi gambarnya juga sudah aku simpan. hahahah
Inilah lelaki yang kerap kali aku lihat apabila menulis watak Izz Karami@ Zack dalam RBB. Aku tidak kenal siapa dia. Aku menyimpan gambar ini dari tahun 2000 melalui kalender yang aku dapat semasa membeli t shirt. Gambar ini aku simpan rapi kerana aku memang berniat untuk menulis tentang watak hero yg pandai bermain senjata. kebetulan lelaki ini juga sedang memegang senjata. apamacam? hehehheWednesday, December 10, 2008
oooo...i'm half way there....ooooo
Selamat Bertunang
Salam....
Sambutan Hari Raya korban tahun ini menyebabkan sesi rumah aku kelam kelibut dengan majlis pertunangan kakak aku. Walaupun tahun ini 6 ekor lembu dikorbankan di tempat tinggal aku namun kemeriahan untuk sama-sama terlibat dalam acara korban itu tidak dapat dirasai sepenuhnya lantaran kami sibuk dengan majlis ini.
Tarikh 8 Disember 2008 kakak aku selamat menjadi tunang orang. Emak pula kata, inilah hadiah hari jadi yang terbaik dalam hidupnya. (besday mak 7 Dis). Bagi aku dan adik beradik yang lain, kami hanya mampu menadah tangan memanjat kesyukuran kepada YANG MAHA ESA. Aku yakin setiap manusia berhak untuk berasa bahagia. Dan bahagia itu sendiri datang dalam pelbagai cara dan kejadian. dan bahagia kakak aku datang setelah banyak kali dikecewakan.
Kepada Metty & Mahazir, Tahniah.
OFFER HATI BERGETAR RINDU
OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss) termasuk pos throwback 🔙 novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...
-
# throwback 🔙 yang seterusnya ✌🏻 Kali ini tentang novel # jauhkaupergi Terbit Julai 2010. Saya masih ingat lagi masa ni saya dah...
-
Salam... Walaupun tajuk n3 ini khas buat blogger baru, tapi sebenarnya usia saya dalam dunia blog ini dah 4 tahun sudah...blog sa...
.jpg)