Aku suka

Salam....

Sila nikmati lagu yang kerap kali aku dengar ketika menulis manuskrip, baik yang terbaru atau yang sebelum ini. Kalau anda seorang penggemar siri drama Jepun pasti akan mengingati cerita ini yang bertajuk Ice World. Pernah ditayangkan di kaca tv satu ketika dulu. Masa itu heronya Yutaka Takenouchi dan heroinnya Nanako Matshushima memang tengah meletups abis.

Masa kat U dulu aku ambil bahasa Jepun sebagai subjek elektif. Kira antara subjek yang aku sentiasa dapat A. Sekarang ni, aku tak boleh mengakui pandai macam dulu lagi. ( hehehe..kalau dulu bolehlah berlagak sebab kertas contengan aku masa tgh jawab final exam Jepun menjadi rebutan classmate. heheheh. tapi sekarang hmmmm....

Dan walaupun aku hanya kurang dari sedikit2 faham apa yang dinyanyikan tapi aku suka musicnya...dan sayangnya si yutaka pada nanako cukup terserlah dalam video ini dan akupun mula berangan....KALAULAH....hahahhaha...

Comments

Salam.

Ini kali pertama berkunjung ke blog ini. Saya suka Rindu Belum Berhenti. Saya belum baca kesemuanya, langkau2. Tetapi saya jatuh suka. Mengingatkan saya kepada novel-novel Inggeris genre begini.


Dialog Dhiya yang ringkas dan padat buat saya rasa tercabar kerana kegagalan untuk menulis genre begini. Tapi saya akan cuba nanti. :)

Oh, ya, saya perempuan berlagak - jarang puji orang - tak percaya tanya Umi Azrini, dia pun kagum Dhiya Zafira berjaya buat saya kagum. :)


Dan oh saya sangat suka Ice World. Siap beli simpan sebagai koleksi. :)

Salam perkenalan. :)
Semoga karya seterusnya lebih baik.
dhiya zafira said…
Salam Leeya myra...

Terima kasih kerana sudi membaca dan menyukai RBB. RBB adalah cubaan saya dalam menulis novel bergenre aksi romantis. dan saya juga senang membaca buku2 sebegini lewat novel2 inggeris.
Kalua Leeya berminat menulis genre begini saya ucapkan semoga berjaya. mudah2an makin bertambah penulis di dalm genre sebegini. heheheh...

salam perkenalan dan terima kasih sekali lagi

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

Pre Order DIBUKA SEKARANG - HAQ II

mutiara kata sasterawan negara