Saturday, January 24, 2009

Alahai EMAK...

Salam...
Pagi tadi emak aku buat lawak. Sedang aku lena dalam mimpi tiba-tiba mak datang mengejutkan aku dari tidur. Katanya sudah jam 7.30 pagi. Bermakna untuk hari ini kami sudah terlepas solat Subuh. Mak dengan kelam kabutnya mengambil wuduk dan aku terus lena menunggu mak selesai solat sebelum kejutkan aku semula. entah mengapa pagi itu aku rasa mengantuk sangat. Sampai alarm di handset yang berada di tepi telinga pun tak aku dengar. Semalam aku berjaga hingga lewat malam untuk menyiapkan mssku yang bertangguh sekian lama.
Dan apabila mak kejutkan aku, aku terus bangun dalam keadaan sedikit mamai mengambil wuduk dan seterusnya menunaikan sembahyang subuh. Dalam aku berdoa itu aku melihat mak sudah menjalankan rutin hariannya setiap pagi iaitu senaman ringan dengan berjalan dari ruang tamu hingga ke dapur. selepas itu mak akan duduk membaca Al-Quran. tapi pagi ini emak berjalan sambil mengepit Quran. dan aku rasa kalau mampu, mak mahu membaca Quran sambil berjalan. mungkin mak diserang rasa bersalah kerana terlajak Subuh. dan dengan mengepit Quran sambil berjalan itu mungkin emak merasakan dia sudah dapat menjimatkan masa yang terbuang.
Aku pula...selalunya kalau sudah pukul 7.30 aku akan bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Tapi godaan dari tilam bantal amat kuat sehinggakan aku lena kembali. Tiba-tiba aku terdengar suara adik aku bertanyakan mak sembahyang apa tadi. mak jawablah subuh. dan adik bertanya semula...pukul 3.30 pagi sembahyang subuh apa. Aku terbangun dari tidur, mencapai hanset dan ternyata benar. pukul 3.30 pagi. Alahai emak...tersalah tengok jam. tak pasal-pasal aku dengan mak terpaksa sembahyang subuh semula. dan itu bermakna...tempoh masa untuk aku tidur bertambah lama. hehehehhe...

2 comments:

Anonymous said...

Salam Kak Dhiya..
hehehe..kelakar..
teringat lak masa ain dulu2..
tp ngn roomate lah..
mesti gelak besar kan..

dhiya zafira said...

Salam kembali ain...


itulah tu..memang kelakar kalau2 nak diingatkan balik

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...