Friday, January 23, 2009

dah jumpa....


Salam...



Sebentar tadi sewaktu menunggu pesanan makanan untuk makan tengahari siap, aku berjalan disekitar kedai-kedai berdekatan.(hmmmm...sebenarnya satu kedai sahaja yang aku singgah iaitu kedai buku. niat hati memanglah tidak mahu membeli apa-apa namun sebaik sahaja melangkah masuk ke kedai buku agama itu aku terpandang beberapa naskah buku yang aku cari-cari selama ini. Bila sena kembali berbunga 2 karya Amaruzati Noor Rahim. entahlah..masa terpandangkan buku tu aku seperti terlihat emasdi hadapan mata. begitu seronok dan teruja. telah lama aku mencari buku ini. bukunya yang pertama sudah lunyai dalam simpananku. Aku mengemari penulis ini semenjak membaca novel Siti Johanna.

Pertama kali aku membaca BSKB2 ini pada tahun 2000 kalau tak silap aku. seperti reaksi aku tadi, aku juga hampir melompat apabila terpandang buku ini di kedai uncle di pasar seni. namun aku tidak membelinya sebagai koleksi. aku membelinya sebagai hadiah hari lahir kepada kawan karib aku. untuk mmbeli 2 naskah buku yang berharga rm60, sesungguhnya aku tidak mampu. Jadi, aku cuma berpuas hati dapat membaca buku yang aku beli untuk kawan aku sendiri.

Dan beberapa tahun selepas itu setelah aku mampu membeli buku sendiri(tanpa mengharapkan duit pinjaman belajar), aku mencari kembali BSKB2. Namun pencarian aku tidak berhasil. Tahun lepas ketika berborak dengan Kak Lily, kami pernah berniat mahu memfotostatkan saja buku itu, lantaran sukarnya mahu mendapatkan karya yang cukup hebat ini. ditambah lagi dengan syarikat penerbitan Dwiwangsa yang yang tiba-tiba tenggelam tanpa berita. namun rancanganku bersama kak Lily hanya tinggal rancangan sehinggalah hari ini.

Tidak mahu mengambil risiko, aku terus mencapai BSKB2. sewaktu mengoogle nama penulis ini aku terjumpa laman webnya. dan apa yang membuatkan aku bertambah teruja lagi apabila mengenangkan BSKB akan disambungkan lagi.

Ya...aku rindukan Zakri dan Afikah yang pernah mewarnai dunia remajaku.

5 comments:

EYA ZAMANI ZAITEE said...

tq dhiya bgtau ada BILA SENA KEMBALI BBUNGA 2 ....SBLUM NI BACA YG 1 TU JE...KENE GI CARI NI ...TAKE CARE

Anonymous said...

sy pon suka citer amaruszati..
sy suka bc citer ct johanna..
coz ada juga yg b'kaitan dlm idup sy..
sy hrp r author citer ni sambung
blk citer ct johanna dlm bentuk citer yg hebat..

dhiya zafira said...

salam...

siti Johanna...citer ni pun best..terbitan dbp kan kalau tak silap...

masa sekolah dulu2 ada depa buat drama citer ni tapi efek novel dia lagi hebat....

dhiya zafira said...

Eya...

yang SKB2 tu memang susah nak dapatkan sekarang..certain2 kedai je yang ada tapi memang yg kedua ni lebih mantap, hebat dan sedih..huhhuhuh..isk..isk...

memang kena baca...

digital4ever said...

kat mana leh beli novel siti johana tu dah lama saya cari.. email kat saya kalau tau.. ehasz.smkpi@gmail.com

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...