Wednesday, January 21, 2009

ali baba...

Salam...
Semalam untuk kali ke 3 nya perpustakaan aku dimasuki pencuri. kalau sebelum ini pencuri2 berjaya melarikan beberapa buah komputer dan duit, namun kali ini mereka tidak bernasib baik. pecah masuk mereka kali ini tidak mendatangkan hasil kecuali ruang pejabat yang bersepah-sepah ditinggalkan.
Dan seperti biasa muka aku dan pembantu aku dah naik dikenali di balai polis. tiga kes dan tangkapan masih tidak berjaya dilakukan. entahlah...bukan sahaja perpustakaan yang kena pecah tapi dekat area kamunting dan taiping ni dah banyak sangat kes pecah rumah berlaku.
Aku ada bersembang dengan seorang pengunjung ni. dia mengadu dekat kawasan rumahnya ada sebuah rumah dipecah masuk...hilang rm10000. aku dengar pon terkedu. dok simpan duit banyak2 dalam umah buat apa? yang ajaibnya kejadian berlaku semasa penghuni rumah masih belum tidur. sedang menonton tv dan mereka menyatakan mereka tidak dipukau.
dan ada satu kes yang berlaku...perompak ni masuk di rumah seorang makcik dan berjaya melarikan barangan kemas. perompak ni pergilah gadai dan didapati emas tu tak laku. sah2 makcik tu memakai zhulian. jadi si perompak ni bengang dan pergi balik ke rumah makcik tersebut dan menyumbat barang kemas zhulian tu kat mulut makcik ni. dia bengang sebab tak dapat gadai barang kemas tu. memang kalau dengar pon rasa nak ketawa tapi gejala pecah rumah di kawasan aku ni memang menjadi2...
walaupun ada rukun tetangga...wapon polis dok meronda tetap ada rumah yang kena masuk. dan mujurlah belum ada kes yang lebih serius seperti kematian. (aku doakan ia tidak akan seteruk ini).
Dalam pada tu aku terfikir juga...yang dicarinya komputer, duit dan barang berharga lain yang boleh dijual. kenapa tidak mengambil buku2 yang tersusun di atas rak? agaknya depa pun sedar kot...nak mencuri buku tup-tup terambil buku agama bertajuk dosa dan hukum mencuri, langsung tak jadi mencuri.hahahah...

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...