Tuesday, March 29, 2011

kewl??? or cool?

Salam...

Aduh...rasanya blog saya ni dah bersawang bagai dah..jenuh nak menyapu habuk2...hehehhe...kepada yang rajin singgah ke blog saya ni... (hmmmm ada ke yg rajin singgah.hehhehe) minta maaflah ya...kerana tiada n3 baru. Tapi dek kerana nak meluahkan sesuatu perkara yang saya menganggu perasaan dan otak saya setelah sekian lama. Saya sudah tidak mampu untuk mendiamkan diri lagi..wah! Perkara apa tu...hehehhe...dan saya rasa mungkin ramai yang berkongsi perasaan dengan saya mengenai perkara ini. Ok..tak mau cakap banyak..kita layan video ini dulu...( kredit to IniAnwarHadi)

So...amacam...faham apa yang ingin saya sampaikan. Saya pun tak tahu kenapa saya kerap berasap di kepala kalau saya membaca tulisan yang berbunyi dan menggenakan ejaan yang entah apa-apa itu..Adik bongsu saya bercakap bahasa sms ni dengan kawan dia..saya selamba saja berkata..hang ni bercakap bahasa beruk ke? hahaha..memang bunyi kasar kan tapi kalau dah aq uk aq kewl..hmmm mmg macam beruk saya rasa..sorry ya kalau ada sesiapa yang terasa. Memang menjadi kepantangan saya kalau menulis bahasa yang macam ni. Bahasa saya pon bukanlah bagus sangat tetapi saya seboleh-bolehnya cuba menulis dalam ayat yang betul. Kalau setakat memendekkan ayat yang biasa seperti cth : yg, kg, bkt itu tidak mengapa sebab kependekan itu sudah diterima pakai oleh masyakat kita.
Satu hari seorang pembaca menegur saya di chat fb. dia tulis ' aswkeom'...aduhai...menyirap darah saya sekejap..saya tahu dia memberi salam..tetapi saya tak dapat menjawab salamnya kerana ditulis begitu sekali. Tolonglah...kalau ucapan salam sudah dipermudahkan begitu sekali...saya takut...nanti2 ayat bacaan quran pula ada yg buat shortfoamnya pula..na'uzubillah. Pembaca ini terus bersembang dengan saya dengan bahasanya itu..saya tegur..minta dia bercakap dengan bahasa yang betul sebab jujurnya saya mmg tak faham apa yang hendak dikatakan.
Mujurlah..selepas itu, apabila dia menegur saya dia menulis dengan bahasa yang lengkap. Syukur saya rasakan walaupun salamnya masih tidak berubah. Hmmm...
Yang peliknya...kebanyakaan mereka ini bercita2 mahu menjadi penulis. Ramai yang mahu meminta tunjuk ajar bagaimana mahu menulis. Ya..saya tahu...saya juga pernah berada ditempat yang sama. Tapi nasihat saya...kepada adik2 yang mahu menjadi penulis itu, tolonglah...betulkan bahasa anda dulu..menulislah menggunakan ejaan dan bahasa yang betul. macam mana kalau hendak menjadi penulis kalau menulis seperti ini ' aq cakit nie...dye cangat kewl...) aduhai...tolonglah..gunakan bahasa kebangsaan kita..cintailah bahasa..dan seperti kata P.Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapok ' Bahasa menunjukkan bangsa tau..'

p/s- Entri ini bukan bertujuan untuk menghina sesiapa. maaf andai anda terasa tetapi saya rasa masalah penggunaan bahasa seperti ini sudah berada ditahap yang membimbangkan...

7 comments:

Hezzy Azra... said...

Betul... aku setuju dgn pendapat kau ni. Anak2 sedara berSMS dan berFB dgn sepupu2 aku, semuanya pakai perkataan yg ntah apa2 ni! Dh la ejaan BM tunggang langgang, ejaan English diBM kan i.e jealous jadi jeles... cool jadi kewl...etc... Pencemaran bahasa betul!

dieya said...

bila ada update, i datang laa jengah ;-)
anyway i agree with u.. budah2 skrg nyer bahasa sms sampai tak faham dibuatnya. bukan makin singkat, ada yg makin panjang and takleh make sense langsung!

dhiya zafira said...

Hezzy...

jealous - jeles
excited - eksaited...
oh my god - omaigod..hheheh..n so on n so forth..hehhe..yg mcm ni aku bolehlah terima sikit dr

cool - kewl
aku - aq
dia - dier
comel = tomey...

yg ni mmg aku berasap..hahahhaa..banyaklah lagi sampai aku pon tak reti nak eja..hhehhee

dhiya zafira said...

Dieya...

kan...mmg tak boleh diterima akal kdang2 perubahan yang dibuat. kadang2 sampai tak terfikir pon ejaan boleh jadi sampai mcm tu..hehehe

Eera Shera said...

dah lama dah tgk video ni.lawak kn..haha..rmi yg perasan hal ni.rmi yg dah mula sedar bahasa jiwa bangsa =)

Mohamadjahn said...

amboi kak...kecik ati saya...

saya guna bahasa baku ni dekat surat rasmi jer.. belog saya pun menggunakan bahasa karangan sampah serta bertaraf binatang kak..harap akak tidak mencerca saya kerana menghancurkan bahasa.. aduh mak aih!!

tapi sms takleh nak elaklah kak.. nak save kredit katanya..

Mohamadjahn said...

and lagi satu kak.. saya paling tak gemar 'je' ditulis 'jew' ... tu jelah nak tambah...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...