Saturday, August 29, 2009

lagi komen RUD (spoiler alert)


Salam.....

Tadi aku menerima emel dari Adhan yang baru selesai membaca RUD....Setelah debaran menunggu novel aku keluar...kini aku menghadapi debaran dalam bentuk yang lain pula iaitu menanti komen-komen daripada pembaca yang sudi membaca RUD...
Kepada sesiapa yang mungkin tertanya-tanya, bagaimana sebenarnya kisah RUD ini mungkin ini boleh membantu anda semua...saya paparkan sebahagian dari emel yang diberikan..
Kepada Adhan....terima kasih banyak2 ya...


ok,saya suka RUD..dari gaya penulisan awak ni, saya nampak dah banyak kemajuan (ye lah, dah buku ke-3 kan..)...jalan cerita pun straight je..takde payah nak fikir teruk-teruk...gaya bahasa pun mudah, takde nak bunga-bunga...bukanla saya ni 'anti' ayat bunga-bunga tapi kadang-kadang kalau ada ayat bunga-bunga tu jadi macam jiwa-jiwa pulak hehehehe..

cara awak tulis tentang Amie Najla' memang saya kagum...saya tahu awak mesti dah buat banyak rujukan dan disebabkan telitinya awak 'melahirkan' Amie, saya rasa macam awak pergi interview perempuan yang betul-betul mengalami penderitaan jiwa macam tu...untuk watak-watak sampingan tu pun saya puas hati la sebab saya boleh 'masuk' dalam 'diri' diaorang tu...

keseluruhan jalan cerita, saya puas hati..tapi sebenarnya saya tak sangka macam tu ending dia..saya tak sangka betul perkara yang menimpa Suraya tu...memang saya tak dapat nak tahan sebak masa Jad luahkan rasa hati dia demi untuk 'melepaskan' Suraya..saya macam dapat rasa kesedihan tu...ye lah, hati siapa tak sedih kan..nak lepaskan orang tersayang buat selamanya...tapi ending yang awak buat tu memang ada dalam realiti kehidupan kita...nak tak nak kena terima..

walaupun sekadar cerita tapi selalunya kita buat cerita berdasarkan pengalaman dan pemerhatian..kan? saya suka la ending tu walaupun begitu sebab tak perlu saya nak fikir
apa yang terjadi lepas tu (saya kata gini sebab ada penulis suka buat ending tergantung..hehehehe)

Friday, August 28, 2009

status pos

Salam....

Aku ingin mengucapkan jutaan Terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sudah pun membuat pesanan online kepada aku...Insyaallah kesemua novel tersebut akan diposkan kepada anda pada Hari selasa 1 September 2009. Terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca karya-karya aku...

Thursday, August 27, 2009

debaran menyesak dada...( komen pembaca)

komen kedua dr pembaca...
Bukak je emel, aku terkejut dan tersenyum lebar sebab mendapat komen dr pembaca ( tulippurple95@yahoo.com) yang sudah membaca RUD. Ini merupakan komen kedua yang aku terima selepas komen dr novelis lynn dayana. Komen ini dtgnya dr adik tulip dr shah alam...buat adik tulip..terima kasih banyak2 akak ucapkan. Teruslah menyokong akak ya...
Tahniah di atas buah tangan yang CEMERLANG....
kak Dhiya, saya dah baca novel ketiga akak ni. saya nak ucapkan tahniah kat akak sbb menghasilkan karya yang amat mengagumkan ini. untuk pengetahuan akak saya telah pun membaca kedua2 novel karya akak sebelum ni, dan ingin sekali saya katakan yang novel akak menjadi bagus dan semakin bagus dari novel pertama hingga novel yang terbaru ni.
selepas saya baca novel ini, apa yang terlintas di fikiran saya, sebagai penulis akak dapat menggambarkan dengan jelas bagaimana emosi atau sikap Amie apabila kehidupannya musnah akibat musibah yang menimpanya.bagi saya akak amat mendalami watak - watak dalam karya tersebut sehingga saya berasa empati terhadap watak Amie dalam novel ini. selain itu, jalan ceritanya atau plot yang teratur dan menarik melicinkan pembacaan saya.
dan yang paling penting sekali saya berasa amat kagum dengan penggunan bahasa yang amat indah dalam karya akak sehingga menyebabkan sy mengalirkan air mata tanpa segan silu. akhir sekali, say sekali lg nk ucapkan tahniah kpd akak dan sy harap akak akan terus menghasilkan
karya yang terbaik untuk masa akan datang.
p/s - aku menjadi semakin berdebar menunggu komen yang lain2...

BELI RINDU UNTUK DIA SECARA ONLINE


PERHATIAN...BERITA BAIK UNTUK SEMUA.....

Anda boleh mendapatkan naskah novel " RINDU UNTUK DIA" secara online dan Setiap pembelian akan disertakan penanda buku yang istimewa dan ditandatangani oleh penulis.


Bayaran boleh dibuat ke akaun:
Maybank/ Maybank2u email : dhiya_zafira@yahoo.com
No Akaun : 158305210032
Pemegang akaun : Mardhiyah Mohd Nor


Sila emel slip atau no rujukan pembayaran ke : dhiya_zafira@yahoo.com
penghantaran hanya akan dibuat selepas bayaran diterima

sekian, terima kasih
Sila klik PESAN ONLINE di sebelah kanan anda utk maklumat lanjut....

Tuesday, August 25, 2009

Rindu Untuk Dia - Hangat di Pasaran


Blurp...

" Dalam hatiku ada ingatan yang tidak pernah mati terhadapnya"

Amie Najla' nekad melarikan diri seminggu sebelum perkahwinannya. Tiada niatpun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin di bina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi pada dirinya. Kerana itu dia rela dituduh sebagai pembohong.

Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangananya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa.

Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu mengorbankan satu nyawa.
Harga : RM 19.90
Halaman : 492

Hadiah Ramadhan - RINDU UNTUK DIA

Salam...
Aku ingin maklumkan bahawa novel ketiga dan terbaru karya bertajuk " RINDU UNTUK DIA" aku sudah berada di pasaran sekarang. Kepada semua pembaca, sudi-sudikanlah mendapatkan buku aku ini. Segala komen dari anda semua amat dihargai...
p/s - cover & blurp akan dimasukkan kemudian..

Tuesday, August 18, 2009

Konvo Sarah





Salam....


Hari sabtu lepas aku ke USM menghadiri konvokesyen adik aku, Sarah. Sidang dia diaadakan pada waktu pagi. Oleh kerana penularan wabak H1N1 ni masih rancak lagi, kami semua membuat keputusan bahawa aku dan kakak aku sahaja yang akan masuk ke dewan, sementara emak dan adik2 yang lain akan menunggu di rumah adik aku yang jaraknya tidak sampai 5 minit dari USM. Mak dan adik yang lain hanya akan datang ketika selesai majlis sahaja. Apa boleh buat. Kalau kerajaan macam nak tak hendak je membendung penularan wabak ini, kita sendirilah yang kena mengambil langkah berjaga-jaga.
Aku tabik USM dalam menjalankan pesta konvo ini. Setiap keluarga yang masuk ke dewan akan diambil suhu badannya terlebih dahulu. Sekiranya tidak demam kita akan dilekatkan sticker bulat kecil berwarna hijau bagi menandakan kita sihat. sekiranya tidak...tempat duduk akan diasingkan daripada orang yang sihat. Setiap individu juga akan dibekalkan dengan 'doorgift' yang mengandungi mask, tisu basah, dan tisu. ( Ketika ini aku memang sudah sedia memakai mask yang aku bawa sendiri).
Bila ke majlis konvo sebegini, aku kembali teringatkan ketika aku menghadiri konvokesyen aku sendiri. Waktu itu hanya emak dan kakak aku sahaja yang menemani aku. Merekalah yang masuk ke dewan dan mereka jugalah hanya keluarga aku yang ada pada hari itu. Masa itu arwah ayah masih berada di hospital kerana buat pertama kalinya kanser ayah dikesan. Sedih memang sedih sebab tak ada ahli keluarga lain yang boleh berkongsi kegembiraan dengan kita. Tapi aku faham dan aku sedikitpun tidak pernah menyalahkan takdir kerana nasib aku tidak seperti orang lain. dan aku yakin ada insan lain yang mungkin lebih kurang bernasib baik dari aku.
Masa kakak aku konvo degree, itulah kali pertama dan terakhir ayah aku hadirinya. Even masa konvo master kakak, hanya aku dan emak sahaja yang masuk. 2 adik yang lain menunggu di luar. Dan untuk sarah...itu jugak yang berlaku. Masa arwah ayah masih ada, aku dan kakak bersembang dengan ayah di luar rumah. Ayah tenang saja duduk di atas buaian. Macam-macam yang kami sembangkan dan tiba-tiba masuk ke hal Sarah. ayah kata, untuk konvo sarah nanti mungkin ayah tak sempat kot. Aku terdiam. Kakak aku merungut kenapa ayah cakap macam tu. Maing-masing dalam penafian bahawa itu semua tidak akan berlaku. Tapi mungkin ayah sudah dapat membayangkan perkara itu. Bagai benar apa yang dikata...ayah sememangnya tidak sempat dan berpeluang menghadiri konvokesyen Sarah.

p/s - Buat Sarah, Tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian. Selamat menempuhi alam pekerjaan. Semoga menjadi pendidik yang cekal dan gemilang.

Thursday, August 13, 2009

AL-FATIHAH

foto dari munajathamba.blogspot.com

Salam...

Terkejut aku tadi apabila mengetahui bahawa Ustaz Asri dari kumpulan Nasyid RABBANI telah kembali ke Rahmatullah. Aku memang suka dengan alunan zikir-zikir dan doa yang dialunkan oleh arwah ini. Seingat aku semenjak aku tingkatan 3 lagi ( 16 tahun lepas) aku mengenali arwah yang menganggotai kumpulan nasyid Nada Murni ketika itu. Duduk di sekolah asrama aliran agama, sebarang bentuk muzik haramkan di asrama kecuali nasyid. Siapa yang ada walkman dan kaset ketika tu memang kena pandai sorok kalau tidak memang warden akan rampas. Tapi aku ingat lagi kaset nasyid aku ini selamat memanjang. Tak payah2 penat nak sorok2...gerenti akan selamat punya. Antara lagu nasyid alunan arwah, aku paling suka lagu Munajat ini. Sayu dan mengusik hati. Hmmm...antara lain sebabnya ada menyebut nama aku...semoga ALLAH SWT mencucuri RAHMAT ke atas rohnya.

MUNAJAT

Tuhan… kubisikkan kerinduan
Keinsafan… pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiahMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan… kubisikkan kerinduan
Keinsafan… Pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiahMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan… kubisikan kerinduan
Keinsafan… pengharapan…
Tuhan…kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Tuesday, August 11, 2009

emel crash...

Salam....

Entah mengapa tiba-tiba aku tidak boleh log in pada emel aku. Kalau nak kata aku terlupa password tidak pulak. Lagipun kalau terlupa pihak yahoo boleh resetkan balik password kita tapi kali ni tak berjaya langsung. Aku sudah buat aduan dan dalam masa 48 jam mereka akan cuba settlekan perkara ini. Kalau tidak berjaya juga sesungguhnya emel scented78@yahoo.com ini hanya akan jadi kenangan.
Kepada sesiapa yang ingin mrng-emel aku sila gunakan emel aku yang kedua iaitu dhiya_zafira@yahoo.com. Harap maklum.

Thursday, August 06, 2009

cerita semalam

Salam...

Semalam aku cuti temankan adik hadiri temuduga untuk posting tempat mengajar. Waktu temuduga jam 8 pagi di Pusat kegiatan guru Sk Manjoi 2 Ipoh. Jadi pukul 6.15 kami dah keluar rumah. Perjalanan lancar tapi bila masuk ke area pusat bandaraya Ipoh..kenderaan bergerak macam semut. Masa tinggal 20 minit je lagi sebelum pukul 8. Aku bersyukur sangat2 sebab sebelum tu aku dah survey dulu di mana letaknya PKG sekolah tu. Almaklumlah..aku pernah sesat di Ipoh dan terlewat sampai untuk interview aku sendiri dan aku tak naklah pulak kejadian yang sama berulang kepada adik aku. Tak dapat aku nak bayangkan kalau masa tinggal 20 minit lagi dan aku tersesat menjadi tempat. Memang nayalah jawabnya.
Lepas turunkan adik dan kawannya, aku cari kedai makan. Lepas perkena roti canai n teh aku kembali balik ke sekolah. Aku cadangnya nak menunggu saja di situ. Malas nak bergerak ke mana2. lagipun waktu masih terlalu awal..kedai pun banyak yang belum bukak lagi. Tengah leka baca paper adik aku mesej kata dia baru selesai ujian bertulis iNSAK. Lepas tu baru temuduga akan diadakan.
Aku siap bawak laptop in case kalau aku bosan,boleh layan cd..tapi cahaya terang sangat...skrin tak nampak apa..buat potong stim aje..dahlah...wifi baik punya kat sekolah tu tapi apa pun tak boleh buat. Lepas tu Sarah mesej lagi kata dia nombor ke 23. dan interview baru bermula...masa tu dah jam 11 pagi. Aku dah separuh masak dalam kereta. Tgk mak ayah budak2 lain pun sama je macam keadaan aku. berkipas sana sini. Masing2 punyalah sabar menunggu hingga anak2 selesai.
Bila dah tak tahan sangat, aku mesej sarah kata aku nak jenjalan dulu. atleast boleh pergi Ipoh Parade ke..jaya jusco ke. Mana2 sajalah asalkan tempat beraircond. OTW..aku jumpa Ipoh parade dulu so aku lepak sana. tapi tempat ni tak sebest kat macam Jaya jusco. tak banyak kedai menjadi pilihan. Lepak kat popular..konon2nya nak tgk buku sendiri hampeh takde buku aku (buku lama le).
Tengah jenjalan tu kat bahagian foyer ada promosi thai massage. Aku berminat jugak nak cuba tapi malu sebab dia buat dalam keadaan terbuka...tapi bila tgk dia buat dekat sorang pompuan melayu tu aku tanpa buang masa terus join..hahha..promosi untuk urutan kaki atau tangan, leher dan kepala setengah jam rm 25. whole body sejam rm35. Aku ambil whole body sebab dah alang2 kan..
Bila time dia urut kaki tu bestnya...nak terlelap je aku...tapi malu2 jugak sebab bila pengunjung melayu tgk aku selamba je mengurut, depa akan berhenti dan melihat sekejap. Yelah..kebanyakkan customer dia banyak chinese. Ala..lagipun aku tetap berpakaian lengkap...pakai tudung lagi..(pandai2lah orang tu nak mengurut ek..)...bukannya macam mengurut kat spa tu yang kena tanggal segala. hahahahah...
Yang penting...urutan dia memang syiok...rasa ringan je badan lepas tu..Last2 Sarah call dalam pukul 3 kata dia dah sudah. fuh...dekat 8 jam aku menunggu dia...dahlah masa nak pergi ke sekolah tu aku sesat balik. berpusing2 aku mencari jalan..nasib baik aku jumpa. Masa drive nak balik tu..sarah dah terbongkang dalam kereta. nak qada tido dia yang selama ni tak nyenyak sebab risaukan temuduga ni. dia siap tanya aku lagi ngantuk ke tidak...abis aku nak jawab apa? cakaplah tak...kalau aku jawab ya karang dia nak memandu ke...?nanti aku pulak yang takleh tido...ahahhaha

p/s - masa kat sekolah tu ramai mak ayah yang menunggu anak2 depa. Aku teringat dulu masa arwah ayah dan mak yang begitu setia menunggu aku setiap kali aku menghadiri temuduga. Kadang2 mak bawak bekal lagi bila tiba time lunch.walaupun menunggu berjam2, ayah dan mak tak pernah mengeluh walau sekali pun. Kalau ayah masih ada...aku yakin ayah juga yang akan menunggu Sarah kali ini, namun aku yang mengambil tanggungjawab itu sekarang.