Friday, February 27, 2009

TARIKH LUPUT CINTA


TLC ~ IMANINA

Bagi Imanina, pendirian dia dan Airel jauh berbeza. Airel di utara, dia di selatan. DI KL sentral, Rezzal mendoakan mereka bertemu. Namun hati Imanina tidak mahu. Tidak sanggup menerima Airel si kacang hantu! Airel mesti ditumpaskan.

TLC ~ REZZAL
Manakala warna pelamin Imanina dan Airel, Rezzal yang mengangankan. Ada masanya, Rezzal berdoa biarlah Imanina pekak manakala Airel pula bisu, agar dunianya jadi lebih tenang walaupun hanya untuk sesaat! Mereka berdua memang menyusahkan!

TLC ~ AIREL
Kata Rezzal, skala cinta Airel pada Imanina, bagaikan 7 gunung, 7 lautan dan 7 langit. Sedangkan bagi Airel, sebagai kekasih gelap dia tidak mahu, kekasih separuh masa dia tidak rela! Sayang pada Imanina yang hanya seinci, tidak mungkin menjadi seela!




P/S - TAHNIAH LYNN DAYANA DI ATAS KEMUNCULAN NOVEL TERBARUNYA TARIKH LUPUT CINTA. HMMM TAJUK PUN DAH CUKUP MENGODA GITU. KEPADA SEMUA PEMINAT JANGAN LUPA UNTUK MENDAPATKAN NOVEL INI. IA KAN MULA DIPASARKAN PADA KARNIVAL MINI KARANGKRAF DAN INSYAALLAH LYNN DAYANA JUGA AKAN BERADA DI SANA PADA ESOK HARI. APA LAGI TU..MOH KITA KE SANA RAMAI-RAMAI.

Pastikan Cinta dan Kasih sayang anda tidak akan pernah LUPUT TARIKH CINTANYA!!!

Thursday, February 26, 2009

jawab tag kak Eka

1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.
2. It doesn’t have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine














Keterangan:
Pic 1 - Aku suka Brad Pitt. Period. heheheh...banyak sebenarnya yang aku suka dalam citer ni...Julia Ormond, Anthony Hopkins memang membuatkan nak tak nak aku kena jugak suka citer ni.
Pic 2 - My 1st korean drama. impact dia cukup hebat. sampai la ni aku rasa tak ada siapa pelakon ( korea) yang boleh challenge kekuatan watak dan ekspresi muka u jinn n jun sang ni.
Pic 3 - Citer yang membuatkan aku minat seorang shah rukh khan n kajol. dialog yang cukup hebat. ekspresi wajah dan lakonan yang cukup hebat dari mereka berdua.
Pic 4 - Aku suka citer ni. humprey bogart yang sinis dan Ingrid bergman yang lawa. ooo..lagu...I fell in love wit u watching casablanca...
Pic 4 - Citer yang sentiasa buat aku tersenyum sorang2. tayanglah berapa kerap pun di astro..aku tak akan pernah jemu menonton.
p/s - Sebenarnya tag ni tak suruh pun aku jelaskan tentang kenapa aku suka citer2 ni tapi saja je aku nak buat. actually banyak lagi yang aku suka. dah minta 5...so..inilah dia.
3. You have to tag another 5 person to answer this tag.
Aku tag Opah De, Pokcik Mersik, Fad, kak radiah n ain aishah

Friday, February 20, 2009

takde tajuk

Salam...
Manuskrip berjalan macam siput. Macam siput kena tabur dengan garam. mati. lepas tu datang siput baru. masih berjalan dengan perlahan. kena tabur garam. mati lagi. hmmmmmm....Apa yang aku merepek ni?

Tuesday, February 17, 2009

Karnival ilmu






Salam....
Seperti yang aku beritahu, Jumaat lepas aku ke kolej Aminuddin Baki untuk menjayakan salah satu program yang dirancangkan untuk Majlis Karnival Ilmu. Terima kasih tidak terhingga kepada Akma kelate, Akma, Richard, Siti Sarah, Janah, dan beberapa nama lagi (minta maaf aku tak mampu mengingati semua nama) di atas kesudian menjemput aku untuk majlis seperti ini. Lain masa nanti mungkin kita boleh bertemu lagi.
p/s - Kepada yang membeli KDB n RBB, akak masih menanti komen ya. :-)

Saturday, February 14, 2009

DOA UNTUK AYAH

Salam...
Hari ini 14 Februari 2009. Hari Kekasih pada sesetengah orang. Walaupun menyambut Hari kekasih ini diharamkan dalam Islam, tetapi ada yang sengaja tidak mendengar atau mengambil peduli mengenai perkara ini. Sudahlah aku tidak mahu bercakap mengenai perkara ini. Masing-masing ada akal. Masing-masing boleh berfikir. Tepuk dada tanya Iman. Aku tidak pernah menyambut Hari Valentine ini. Tetapi sungguhpun begitu Hari ini tetap hari yang amat bermakna dalam hidup aku. Hari yang amat istimewa. Tanggal 14 Februari 1951, hari arwah ayah menjengah dunia.
Kalau dulu aku dan adik beradik yang lain pasti merancang sesama sendiri memikirkan hadiah apa untuk ayah tahun ini. Nak belanja ayah makan apa malam ni. Dari baju, jam, wallet, kasut, seluar, rak fail untuk ayah menyusun kerjanya, bermacam lagi yang pernah kami hadiahkan. sampai kadang2 tak tahu nak beli apa, kami akan tanya ' ayah nak apa, cakap je'. selalunya ayah akan cakap tak payah bazir duit untuk ayah. nak beli barang, beli kat hangpa. itulah ayah...tak pernah meminta kami membelikan apa-apa untuknya. Tapi wajah ayah yang bercahaya dan tersenyum setiap kali kami menghadiahkan sesuatu untuknya tetap aku tak akan lupa sampai bila-bila.
Untuk tahun ini...untuk tahun yang kedua aku dan adik beradik tidak berpeluang untuk memberikan hadiah pada ayah lagi. Seperti tahun lepas hanya doa dan kerinduan sahaja yang dapat kami sampaikan. Yang kami mampu hanya mengadakan tahlil untuk ayah. setelah dua tahun kerinduaan ini tidak pernah akan susut.
Aku ingat lagi bulan lepas...kami sekeluarga menghadiri kenduri sepupu di Bukit Mertajam. Seperti biasa sanak saudara dan kaum kerabat seluruh semenanjung ini ada bersama. Arwah ayah ada seorang adik lelaki yang kami panggil pak lang. semenjak ayah meninggal kami memang tidak pernah berjumpa dengan pak lang walaupun dia tinggal hanya di Bayan Baru. bukanlah jauh benar jaraknya dari Taiping ini. Tapi entah mengapa hubungan kami seolah-olah terpisah dengan pak lang sekeluarga.
Kami sekeluarga akhirnya bertemu pak lang di majlis perkahwinan sepupu aku. Tiba-tiba adik bongsu aku berbisik menyuruh aku melihat wajah pak lang. katanya muka pak lang macam muka ayah. Aku pandang dan tersentap hati. Memang mirip wajah ayah. Dengan tubuh kurusnya. dengan kopiah putihnya. pendek kata seolah-olah ayah berada di depan kami. Mak awal-awal lagi dah lari masuk ke rumah. Kata mak sebelum mak menangis, baik mak beredar. Aku dan adik beradik hanya menunggu dan berusaha keras menahan air mata dari menitis. Bayangkan...setelah hampir 2 tahun kehilangan dan kerinduan. setelah redha bahawa ayah pergi tanpa kembali...setelah kami belajar untuk senyum semula tiba-tiba....
Adik yang bongsu dah mula menangis. Satu tabiat keluarga kami, tak boleh seorang menangis sebab yang lain akan menurut. Aku pula menitis air mata dan aku melihat mata kakak dan adik aku yang lain sudah merah. Majlis perkahwinan yang sepatutnya disambut dengan perasaan gembira bertukar hiba. jenuh kaum keluarga berkerumun kami yang sedang menangis. Orang yang melihat memandang hairan. apa yang pasti kami sahaja yang tahu apa yang terjadi. Tidak dapat melihat ayah, aku mengambil peluang yang ada memadang pak lang sepuas-puasnya. cuba merakam detik dan menyimpan kemas dalam memori.
" Depa teriak tengok muka aku macam pak depa" terang pak lang kepada sesiapa sahaja yang bertanya. Aku rasa bukan kami sahaja yang akan berperasaan begini. Siapa sahaja yang berada di tempat aku dan keluarga pasti berasa sedih dan hiba.
" Mak Hari ni hari jadi ayah." adik bongsu aku mengingatkan tadi. Mak hanya mengangguk dan aku menyahut...tak akan siapa yang pernah lupa. Malam ini kami akan mengadakan tahlil untuk ayah. Hari ini genap usia ayah 58 tahun, cuma ayah tidak bepeluang mengecapi hari ini.
AL-FATIHAH.

Thursday, February 12, 2009

sekadar ingatan....

Salam....
Kalau ada kebetulannya pelajar ataupun kakitangan UPSI yang sedang membaca blog ini....adalah dimaklumkan aku akan berada di Kolej Aminuddin Baki bagi memeriahkan Karnival Ilmu yang berlangsung pada hari ini hingga 15 Feb. Cumanya aku hanya akan berada di sana pada 13 Feb sahaja ( Bermula 9am). Aku turut akan membawa beberapa naskah buku Kudamba Bahagia dan Rindu Belum Berhenti sekiranya ada yang berminat mahu membeli nanti. Diskaun akan diberikan kepada sesiapa yang membeli kedua-dua buah buku. Jangan ketinggalan. Mari Mari Mari......

Tuesday, February 10, 2009

stress tahap gaban

Salam...
Aku stress tahap maksimum...
Manuskrip yang aku janjikan pada editor untuk siap hujung bulan Disember ataupun awal Januari masih belum sampai ke titik noktah terakhir. Sms dari editor bertanyakan mana mss aku minggu lepas semakin membuatkan aku kecut perut. Aduh payahnya untuk menamatkan sebuah kisah. Apa nak jadi dengan aku ni? Kalaulah setiap kerja yang aku lakukan dinilai berdasarkan dateline yang diberi memang akulah orang pertama yang dibuang kerja agaknya. Bila sesiapa sahaja bertanya bila nak siap...jawapan standard aku ialah ' sikit je lagi. tak banyak dah'. Iya..sememangnya mss aku itu sikit sahaja lagi untuk disiapkan tetapi aku seperti siput yang berjalan perlahan-lahan mengharapkan orang lain juga berjalan seperlahan aku. tetapi aku tahu itu mustahil. dan kalau aku tidak mahu ketinggalan, aku kena berbuat sesuatu tentang perkara ini. Pesan editor lagi ' Dah masuk buku ke 3, pastikan betul2 mantops." Huhu. terkebil2 aku membaca. dan tiba-tiba sakit kepala aku datang lagi...
Aku betul2 stress...

Anak-anakku













































Buah hati pengarang jantung keluarga. Melayan karenah budak2 yang hampir sama baya dan saiz ni memang menuntut kesabaran yang tinggi. Itu belum ditambah dengan 2 orang anak kakak aku yang tidak dapat turut serta semasa kami ke Cameron. Dan mujurlah ketiga2 budak comel lote ini memang tidak buat perangai.

jejak kasih

KARNIVAL ILMU KOLEJ AMINUDDIN BAKI

PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA UPSI
Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Kolej Aminuddin Baki akan mengadakan Karnival Ilmu Kolej Aminuddin Baki. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut :-
TarikH :
12 - 15 Februari 2009
Tempat:
Foyer Kolej Aminuddin Baki DAN Dewan Kolej Za'ba
Pelbagai acara menarik. Insyaallah aku akan berada di sana menerima undangan daripada pihak urusetia Karnival Ilmu pada 13 Feb ini bermula jam 9 pagi untuk slot bersama Novelis.
Hmmm...setelah meninggalkan UPSI lebih 2 tahun, aku kembali.( walau untuk seketika tapi kira oraitlah jugak ek) hehehehheh

Wednesday, February 04, 2009

cuti2 malaysia - Cameron Highland













Salam...
Minggu lepas aku bersama keluarga bercuti ke Cameron. Niat aku hendak membawa emak ke sana. iyalah emak ni kira hantu bunga. so...bila kami adik beradik bercadang nak bawak dia ke sana...emak dah tersenyum sampai ke telinga.
Aku dan emak belum pernah sampai ke sini. Dan harapan aku semasa dalam perjalanan hanyalah yang indah2 sahaja. Aku mengharapkan pemandangan yang indah2 dan tenang seperti yang aku pernah lihat di tv dan baca di dalam buku. Namun sebaik sahaja tiba di Kampung Raja( aku ikut Simpang pulai), tringkap, terla, dan brinchang, harapan yang menggunung jatuh merudum. hampir sejam lebih kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sedangkan aku tahu jarak perjalanan satu tempat ke satu tempat yang lain tidaklah jauh mana.
Emak sampai mengadu suruh patah balik sahaja. namun aku kata dah alang2 sampai mesti teruskan.(heheheh mak memang pantang berjalan dalam keadaan jem). sampai kat apartment di tanah rata dalam pukul 11 lebih. mujur senang nak cari. kami mengambil kesempatan untuk berehat sebelum memulakan perjalanan selepas solat zohor.
Perjalanan pertama kami mencari tempat bunga. senyum mak semakin mekar. masa ni hujan turun dengan lebatnya. namun memikirkan kami ni orang taiping, jadi hujan tidaklah menjadi masalah yang besar. selepas itu kamu bergerak ke kea farm pula. emak kata...emak boleh bangkrap kalau datang ke cameron ni. semua pokok bunga emak hendak beli. aku ikutkan saja asal mak gembira.
Apa yang kekal dalam ingatan aku ialah pengalaman memandu ke sini. setiap seminit aku bagaikan diserang sakit jantung dengan ragam pemandu-pemandu yang tidak memikirkan keselamatan pemandu lain. sudahnya semasa perjalanan balik, adik lelaki aku pula yang mengambil alih. memandu memasuki ladang teh Boh juga satu dugaan. huhuhu...jantung aku rasa nak putus setiap kali kereta bertembung dengan kenderaan lain. dan mujurlah bukan aku yang duduk di kerusi pemandu.
Apa-apa pun, aku seronok kerana hajat nak membawa emak berjalan tercapai juga.