Saturday, February 14, 2009

DOA UNTUK AYAH

Salam...
Hari ini 14 Februari 2009. Hari Kekasih pada sesetengah orang. Walaupun menyambut Hari kekasih ini diharamkan dalam Islam, tetapi ada yang sengaja tidak mendengar atau mengambil peduli mengenai perkara ini. Sudahlah aku tidak mahu bercakap mengenai perkara ini. Masing-masing ada akal. Masing-masing boleh berfikir. Tepuk dada tanya Iman. Aku tidak pernah menyambut Hari Valentine ini. Tetapi sungguhpun begitu Hari ini tetap hari yang amat bermakna dalam hidup aku. Hari yang amat istimewa. Tanggal 14 Februari 1951, hari arwah ayah menjengah dunia.
Kalau dulu aku dan adik beradik yang lain pasti merancang sesama sendiri memikirkan hadiah apa untuk ayah tahun ini. Nak belanja ayah makan apa malam ni. Dari baju, jam, wallet, kasut, seluar, rak fail untuk ayah menyusun kerjanya, bermacam lagi yang pernah kami hadiahkan. sampai kadang2 tak tahu nak beli apa, kami akan tanya ' ayah nak apa, cakap je'. selalunya ayah akan cakap tak payah bazir duit untuk ayah. nak beli barang, beli kat hangpa. itulah ayah...tak pernah meminta kami membelikan apa-apa untuknya. Tapi wajah ayah yang bercahaya dan tersenyum setiap kali kami menghadiahkan sesuatu untuknya tetap aku tak akan lupa sampai bila-bila.
Untuk tahun ini...untuk tahun yang kedua aku dan adik beradik tidak berpeluang untuk memberikan hadiah pada ayah lagi. Seperti tahun lepas hanya doa dan kerinduan sahaja yang dapat kami sampaikan. Yang kami mampu hanya mengadakan tahlil untuk ayah. setelah dua tahun kerinduaan ini tidak pernah akan susut.
Aku ingat lagi bulan lepas...kami sekeluarga menghadiri kenduri sepupu di Bukit Mertajam. Seperti biasa sanak saudara dan kaum kerabat seluruh semenanjung ini ada bersama. Arwah ayah ada seorang adik lelaki yang kami panggil pak lang. semenjak ayah meninggal kami memang tidak pernah berjumpa dengan pak lang walaupun dia tinggal hanya di Bayan Baru. bukanlah jauh benar jaraknya dari Taiping ini. Tapi entah mengapa hubungan kami seolah-olah terpisah dengan pak lang sekeluarga.
Kami sekeluarga akhirnya bertemu pak lang di majlis perkahwinan sepupu aku. Tiba-tiba adik bongsu aku berbisik menyuruh aku melihat wajah pak lang. katanya muka pak lang macam muka ayah. Aku pandang dan tersentap hati. Memang mirip wajah ayah. Dengan tubuh kurusnya. dengan kopiah putihnya. pendek kata seolah-olah ayah berada di depan kami. Mak awal-awal lagi dah lari masuk ke rumah. Kata mak sebelum mak menangis, baik mak beredar. Aku dan adik beradik hanya menunggu dan berusaha keras menahan air mata dari menitis. Bayangkan...setelah hampir 2 tahun kehilangan dan kerinduan. setelah redha bahawa ayah pergi tanpa kembali...setelah kami belajar untuk senyum semula tiba-tiba....
Adik yang bongsu dah mula menangis. Satu tabiat keluarga kami, tak boleh seorang menangis sebab yang lain akan menurut. Aku pula menitis air mata dan aku melihat mata kakak dan adik aku yang lain sudah merah. Majlis perkahwinan yang sepatutnya disambut dengan perasaan gembira bertukar hiba. jenuh kaum keluarga berkerumun kami yang sedang menangis. Orang yang melihat memandang hairan. apa yang pasti kami sahaja yang tahu apa yang terjadi. Tidak dapat melihat ayah, aku mengambil peluang yang ada memadang pak lang sepuas-puasnya. cuba merakam detik dan menyimpan kemas dalam memori.
" Depa teriak tengok muka aku macam pak depa" terang pak lang kepada sesiapa sahaja yang bertanya. Aku rasa bukan kami sahaja yang akan berperasaan begini. Siapa sahaja yang berada di tempat aku dan keluarga pasti berasa sedih dan hiba.
" Mak Hari ni hari jadi ayah." adik bongsu aku mengingatkan tadi. Mak hanya mengangguk dan aku menyahut...tak akan siapa yang pernah lupa. Malam ini kami akan mengadakan tahlil untuk ayah. Hari ini genap usia ayah 58 tahun, cuma ayah tidak bepeluang mengecapi hari ini.
AL-FATIHAH.

14 comments:

© Opah De said...

Salam Dhiya,
Al-Fatihah dan sekalung doa akan panjatkan ke hadrat ALLAH, semoga roh ayahanda Dhiya dicucuri rahmat-NYA dan berbahagia di alam barzakh. Amin.

Na Shari said...

Salam...
menangis saya baca entri ni...sejujurnya, saya masih mempunyai mak dan abah. Saya belum bersedia untuk mengalami kehilangan seperti yang anda alami...semoga anda sekeluarga tabah...Al Fatihah untuk arwah...

dhiya zafira said...

Opah De...

Terima kasih kerana mendoakan. Hanya itu yang saya dan keluarga mampu lakukan sekarang ini. terus mendoakan agar arwah ayah bahagia dia sana. Sukar sebenarnya untuk menjadi orang yang tabah kak. lebih2 lagi jika melibatkan orang yang paling kita sayang.

dhiya zafira said...

Opah De...

Terima kasih kerana mendoakan. Hanya itu yang saya dan keluarga mampu lakukan sekarang ini. terus mendoakan agar arwah ayah bahagia dia sana. Sukar sebenarnya untuk menjadi orang yang tabah kak. lebih2 lagi jika melibatkan orang yang paling kita sayang.

dhiya zafira said...

Salam Na..

Alangkah beruntungnya Na kerana masih mempunyai kedua ibu bapa. Selagi ada peluang berbaktilah pada mereka sehabis daya. hilang mereka memang tiada galang gantinya. berkepuk2 wang sekalipun tetap tak akan dapat mengembalikan mereka.
Ya...kehilangan ayah menjadikan kami sekeluarga belajar untuk menjadi tabah. Insyaallah segala ujian dan kesedihan ini kami hadapi dengan redha. sudah tersurat ayah dipinjamkan kepada hanya seketika.

Fauzan said...

assalamualaikum kak, sebak saya kejap baca entri akak ni...terasa pulak saya yang macam take my dad for granted selama ni...my dad pun lebih kurang ayah kak dhiya jugak...tak mintak pape dari anak2 dia tapi yelah kita tak faham la orang tua mcm mane dia fikir...kita bukan kat tempat dia...takde salahnye akak sekeluarga menangis camtu pada saya...bila kita rindukan seseorang yang kita tak dapat nak jumpa lagi...menagis jer la...tapi apa pun saya harap akak terus tabah...saya sedekahkan al-fatihah pada arwah ayah akak...akak elok2 ek...

swEet zirCon said...

itu la org tua...xpernah mtk apa2 balasan di ats apepun yg pernah dicurahkan..
semoga arwah bahagia di sana...

Lynn Dayana said...

Salam...
Kau buat aku menangislah.... kejap ajekan dh 2 tahun. Macam baru semalam aku dgr gelak tawa abah aku. Mcm baru semalam aku dgr soal siasat abah bila kami keluar n balik lambat. Mcm baru seminit dua yang lalu aku mendengar abah menegur kami yang dah lewat malam tapi asyik ketawa dan tak reti2 nak tidur. Macam baru tadi aku mendengar abah ucapkan terima kasih saat aku belikan hadiah. Kita berkongsi kehilangan...

dhiya zafira said...

Salam Fauzan...

Selalunya memang macam tu. kita akan lebih menghargai seseorang itu selepas kita kehilangannya. Akak pun dulu ada juga buat perkara yang buat arwah sedih dan kecewa..n kalau difikir2kan balik..kalaulah kita dapat ubah semua itu...

dhiya zafira said...

Salam sweetzircon,

Mana-mana ibu bapa pun tak akan pernah mengharapkan anak-anak memanjakan mereka dengan duit. apa yang mereka mahu anak2 yang sayangkan mereka, menghormati mereka dan sentiasa 'ada' bersama mereka. kalau hendak diikutkan bukannya payah mengikut kemahuan mereka cuma kita sahaja yang suka mndatangkan masalah....

dhiya zafira said...
This comment has been removed by the author.
dhiya zafira said...

Salam Lynn...

Ya kita sama-sama berkongsi kehilangan dalam detik masa yang begitu hampir. 2 tahun. memang cepat masa berlalu. apa yang pasti kenangan kita bersamanya tetap tidak akan luput dari kenangan.

dila said...

assalam kak dhiya.saya sangat tersentuh dengan post ni. saya baru 12 hari kehilangan ayahanda tercinta di saat sedang menghadapi final semester exam universiti. begitu perit terasa kehilangan ini. xkan berjumpa dengan ayah lagi sampai bila-bila. ayah x sempat lagi untuk merasa duit hasil titik peluh saya sendiri pabila bekerja nanti.x sempat lagi nak balas jasa,dia dah dijemput ILAhi. hanya iringan doa dapat dipanjatkan. syukur alhamdulilah saya masih ada ibu penguat semangat untuk menhadapi final exam ini..

insan kesepian said...

saya pun bru kehilangan ayah pada 9hb6 2010....rasa cepat sungguh mase berlalu,xdpt d gambarkan mcm mne perasaan ni,betapa luluhnye hati ni bila mendengar kabar ketiadaan ayah,arwah pergi meninggalkan 11 orang anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang ayah,belaian yang sesungguhnya orang lain tidak dapat berikan....tapi,saya dan adik2 y lain tpkse kuat untuk hadapi semua ini,kami terpaksa berjuang hingga ke akhirnye untuk berjaya hingga dapat banggakan ibu,walaupun ayah sudah tiada.....Al-Fatihah untuk Arwah.moga Arwah di tempatkan di tempat yang mulia di sana....AMIN