Posts

Showing posts from January, 2009

Izz n Dinie dari kaca mata Fauzan

Image
Salam...

Tadi masa boring2., aku sempat menggoogle nama sendiri dan singgah ke blog2 yang aku tahu pernah membaca RINDU BELUM BERHENTI. Aku masuk ke blog Fauzan...dan terjumpa satu n3 nya berkenaan RBB. buat Fauzan...terima kasih kerana begitu sukakan RBB dan mengambil masa untuk melukis dan mengambarkan watak2 hero n heroin RBB. Aku sendiri tidak pandai melukis...ataupun membuat apa-apa bentuk grafik melalui komputer tetapi apabila ada pembaca yang sanggup berbuat begini...aku jadi terharu. Ini kata2 yang diletakkan dalam n3nya.. this is an illustration i made last year...sekitar final exam part 5.hahaha, i was so obses with this novel, RINDU BELUM BERHENTI/RBB, and i started to illustrate the main characters of this novel as my appreciation to this novel la...the characters are zack/izz and adni/dinie...enjoy it...anyway thanks to kak Dhiya Zafira for writing this awesome novel...love it so much, i just can't help it!!!!! Ps - Fauzan...amboi seksinya Dinie...hehehheeh

Alahai EMAK...

Salam... Pagi tadi emak aku buat lawak. Sedang aku lena dalam mimpi tiba-tiba mak datang mengejutkan aku dari tidur. Katanya sudah jam 7.30 pagi. Bermakna untuk hari ini kami sudah terlepas solat Subuh. Mak dengan kelam kabutnya mengambil wuduk dan aku terus lena menunggu mak selesai solat sebelum kejutkan aku semula. entah mengapa pagi itu aku rasa mengantuk sangat. Sampai alarm di handset yang berada di tepi telinga pun tak aku dengar. Semalam aku berjaga hingga lewat malam untuk menyiapkan mssku yang bertangguh sekian lama. Dan apabila mak kejutkan aku, aku terus bangun dalam keadaan sedikit mamai mengambil wuduk dan seterusnya menunaikan sembahyang subuh. Dalam aku berdoa itu aku melihat mak sudah menjalankan rutin hariannya setiap pagi iaitu senaman ringan dengan berjalan dari ruang tamu hingga ke dapur. selepas itu mak akan duduk membaca Al-Quran. tapi pagi ini emak berjalan sambil mengepit Quran. dan aku rasa kalau mampu, mak mahu membaca Quran sambil berjalan. mungkin mak diser…

dah jumpa....

Image
Salam...


Sebentar tadi sewaktu menunggu pesanan makanan untuk makan tengahari siap, aku berjalan disekitar kedai-kedai berdekatan.(hmmmm...sebenarnya satu kedai sahaja yang aku singgah iaitu kedai buku. niat hati memanglah tidak mahu membeli apa-apa namun sebaik sahaja melangkah masuk ke kedai buku agama itu aku terpandang beberapa naskah buku yang aku cari-cari selama ini. Bila sena kembali berbunga 2 karya Amaruzati Noor Rahim. entahlah..masa terpandangkan buku tu aku seperti terlihat emasdi hadapan mata. begitu seronok dan teruja. telah lama aku mencari buku ini. bukunya yang pertama sudah lunyai dalam simpananku. Aku mengemari penulis ini semenjak membaca novel Siti Johanna.
Pertama kali aku membaca BSKB2 ini pada tahun 2000 kalau tak silap aku. seperti reaksi aku tadi, aku juga hampir melompat apabila terpandang buku ini di kedai uncle di pasar seni. namun aku tidak membelinya sebagai koleksi. aku membelinya sebagai hadiah hari lahir kepada kawan karib aku. untuk mmbeli 2 naskah b…

hmmmm....

Image
Alangkah seronoknya kalau dapat ke sini lagi.

ali baba...

Salam... Semalam untuk kali ke 3 nya perpustakaan aku dimasuki pencuri. kalau sebelum ini pencuri2 berjaya melarikan beberapa buah komputer dan duit, namun kali ini mereka tidak bernasib baik. pecah masuk mereka kali ini tidak mendatangkan hasil kecuali ruang pejabat yang bersepah-sepah ditinggalkan. Dan seperti biasa muka aku dan pembantu aku dah naik dikenali di balai polis. tiga kes dan tangkapan masih tidak berjaya dilakukan. entahlah...bukan sahaja perpustakaan yang kena pecah tapi dekat area kamunting dan taiping ni dah banyak sangat kes pecah rumah berlaku. Aku ada bersembang dengan seorang pengunjung ni. dia mengadu dekat kawasan rumahnya ada sebuah rumah dipecah masuk...hilang rm10000. aku dengar pon terkedu. dok simpan duit banyak2 dalam umah buat apa? yang ajaibnya kejadian berlaku semasa penghuni rumah masih belum tidur. sedang menonton tv dan mereka menyatakan mereka tidak dipukau. dan ada satu kes yang berlaku...perompak ni masuk di rumah seorang makcik dan berjaya melari…

untuk LK

Image
SALAM... 1000x TAHNIAH untuk LAILA KAMILIA kerana SAAT KAU HADIR berjaya menduduki tahkta no .1 senarai buku terlaris di MPH. Semoga buku-buku beliau bersama sahabat2nya(heheheh) laku keras di pasaran...

Pengumuman cuti

Salam... Mulai esok aku akan bercuti selama 3 hari dari dunia blog kerana Jabatan aku akan mengadakan satu retreat untuk kakitangannya. Kali ini Marina Cove Resort di Lumut yang menjadi pilihan. Aku tak pernah ke sini. Kalau mengikut lama webnya kira oklah...biasa sahaja. Nanti aku snap gambar banyak2. Tapi aku terfikir juga, bla dah sampai Lumut, kenapa tidak buat di Pangkor terus ya...? hahahh...berkali2 pergi pangkor pun masih belum puas. yang pasti aku cukup tertarik dengan keindahan alam di Telok Dalam Resort. rasa nak pergi ke sana lagi. Tapi bila ya aku berpeluang ke sana lagi?

Aku suka

Salam....Sila nikmati lagu yang kerap kali aku dengar ketika menulis manuskrip, baik yang terbaru atau yang sebelum ini. Kalau anda seorang penggemar siri drama Jepun pasti akan mengingati cerita ini yang bertajuk Ice World. Pernah ditayangkan di kaca tv satu ketika dulu. Masa itu heronya Yutaka Takenouchi dan heroinnya Nanako Matshushima memang tengah meletups abis. Masa kat U dulu aku ambil bahasa Jepun sebagai subjek elektif. Kira antara subjek yang aku sentiasa dapat A. Sekarang ni, aku tak boleh mengakui pandai macam dulu lagi. ( hehehe..kalau dulu bolehlah berlagak sebab kertas contengan aku masa tgh jawab final exam Jepun menjadi rebutan classmate. heheheh. tapi sekarang hmmmm....Dan walaupun aku hanya kurang dari sedikit2 faham apa yang dinyanyikan tapi aku suka musicnya...dan sayangnya si yutaka pada nanako cukup terserlah dalam video ini dan akupun mula berangan....KALAULAH....hahahhaha...

I'l love you to want me - nyanyian LOBO

When I saw you standing there I about fell off my chair When you moved your mouth to speak I felt the blood go to my feet Now it took time for me to know What you tried so not to show Something in my soul just cried I see the want in your blue eyes Chorus : Baby, I'd love you to want me The way that I want you The way that it should be Baby, you'd love me to want you The way that I want to If you'd only let it be You told yourself years ago You'd never let your feelings show The obligation that you made For the title that they gave Repeat chorus Repeat verse 2 Repeat chorus *N3 ini dibuat untuk menjawab pertanyaan Ya-t di ruangan chit-chat. entah mengapa sesuatu berlaku pada msjbox aku sebab aku tak boleh nak reply mesej dia. Apa2 pun semoga terjawab sudah pertanyaan Ya-t ini.

MANUSKRIP TERBARU ---------

Image
Salam... Kawan-kawan jangan terkejut. terutamanya yang tahu mss aku yang tidak bergerak sekarang ni. Manuskrip aku belum selesai. aku pun hibernate dari dunia blog pun agak lama, sampai kak Lily kata blog aku dah bersarang. Hari ni aku nak bercerita sikit pasal hero n heroin aku untuk mss terbaru ni. Kalau dulu semasa menulis watak Izz Karami dalam RBB. ada aku siarkan foto wajah lelaki yang sering aku lihat berulang kali untuk ambil feelnya. dan kini aku paparkan pula wajah2 yang aku lihat ketika menulis mss yang terbengkalai ini.
Amboi tak sedar diri betul dhiya ni...pilih muka2 omputih aje. tak ada muka melayu ke? hahahaha...mesti itu yang bermain2 dlm fikiran sesetengah pembaca kan? yang sebenarnya aku memang tidak membayangkan wajah2 pelakon kat msia ni sebab tak ada satupun yang menarik perhatian aku kecuali pelakon2 zaman 80an dulu. hmmm...kat atas ini adalah pelakon latin Dana Garcia. hmmm aku tak pernah tgk lakonan dia...(cuma ada yg pernah ditayangkan di kaca tv dulu2) tapi …

gambar kawin lagi

Image
Pengantin dengan bakal2 cikgu. kawan2 Sarah turut sama memeriahkan majlis. Ada yang sanggup turun dari Kulim. wpon still masih menjalani praktikal tapi suma memang dah nampak bergaya mcm cikgu betul....

Dr. kiri kak murni (sulung), mak, aku, Sarah dan metty.( metty ni coming soon heheheh)




Muka pengantin nampak penat. Ialah sebelum bersiap kena tolong pakcik2 susun khemah, kerusi meja bagai.



Salam...
Masih pengantin yang sama tetapi berlainan lokasi. Kali ini majlis perkahwinan berlangsung di rumah aku. Aku cuti lama juga dengan harapan hendak menyiapkan manuskrip namun bukannya aku bergelut dengan pen n kertas tapi dengan periuk belanga....dan wpon penat kenduri sudah hilang tapi mss aku tetap tidak berganjak...hua....isk....isk....