Posts

Showing posts from October, 2008

alahai kopi

Image
Salam....





Hari ni aku diserang sakit kepala yang amat sangat gara-gara minum kopi. Entah mengapa minuman kesukaan aku boleh mendatangkan mudarat pulak. dari semalam membawa ke pagi ni kira hanya 2 gelas sahaja yang masuk dalam mulut aku tapi seksanya sakit kepala ni hanya Allah saja yang tahu.


Sejak bila aku sukakan air kopi ni. hmmmm...rasanya dah lama dah. cuma dekat rumah je amalan minum kopi ni jarang berlaku. kalau dulu masa aku sekolah rendah minuman utama keluarga aku nescafe. lepas tu...masing2 mengadu sakit kepala terus mak tukar pada teh. kalau nak merasa kopi pun kena balik kampung sebab tok n arwah tok wan aku minum kopi je. jadi bila masa kami balik kampung memang tok kena bancuh dua teko. kopi n teh. aku apalagi, bila balik kampung memang teh aku tak pandang. selain aku, arwah ayah pun hantu kopi juga. bila sekali dapat je...nikmatnya...aduh...tak boleh cakap.


Kalau siapa tengok citer Gilmore Girls tentu tahu betapa addictednya si Lorelai n Rory dengan kopi walaupn secara …

Satu catatan perjalanan - SALAMANCA

Image
Plaza Mayor yang sentiasa penuh dengan manusia. Walaupun mentari terik atas kepalan pon manusia2 eropah ni memang akan tetap bahagia menjemurkan diri mereka. awek baju biru belah kiri tu budak Korea. belajar sama dengan kakak aku.

Antara makanan yang popular di Spain. 'churros'. dicicah dengan coklat. rasanya pon biasa-biasa saja. kalau kat m'sia mungkin ada yang panggil kuih cakoi kot. ntahlah sebenarnyaada nama lain tapi aku tak ingat. bezanya kuih cakoi ni kita makan dengan sambal tumis yang ini dengan coklat.


Universidad de Salamanca. Hari pendaftaran pelajar





Universiti ni memang dalam pekan. so...kalau nak p jalan2..mesti kena lintas foyer ni n belok ke kiri.

yey...yey..dah sampai

Image
Salam... Aku tiba-tiba dihembus satu kekuatan baru untuk terus menulis. Alhamdulillah...hari-hari yang dilalui bertambah produktif. Ternyata menghadiahkan sesuatu pada diri sendiri merupakan usaha yang sungguh berbaloi sekali. Harapan dan tekad aku pastinya akan menjadi kenyataan. Insyaallah.

satu catatan perjalanan

Image
Hari Pertama di Salamanca. Depan Asrama kakak aku.
Sesi Berjalan-jalan di Salamanca yang merupakan bandar yang agak kecil kalau nak dibandingkan dengan Madrid dan Barcelona. Aku sukakan suasana kat sini. best je dengan jarak yang dekat antara asrama dengan pekan. kanan kiri penuh dengan kedai2 macam dalam gambar ni. ala...gaya yang selalu kita tengok dalam filem kat tv tu. lagi satu bangunan kat sini memang cantik. Nak jalan2 pon rasa selamat.
Universiti de Salamanca. Antara Universiti bahasa terbaik dan tertua di dunia.
Permandangan dari bilik Komputer.( Kat sini dipanggil Informatica)
Plaza Mayor yang ada di setiap tempat.


Salam...
Membaca kisah Laila di Jerman mengingatkan aku kembali pada Sepanyol. Ya, sudah agak lama aku meninggalkan catatan mengenai perjalanan aku ke sana. Melihat keindahan Berlin dengan bangunan sejarahnya mula mengamit memori aku.
N3 terakhir dahulu aku berhenti di Barcelona ( parc guiel). Selepas menghabiskan masa selama beberapa jam di Barcelona, aku, kakak dan k…

Subhanallah....

Image
Tempat : Penerbangan dari Doha, Qatar ke Kuala Lumpur Ketinggian : 38 000 kaki Suhu : -50'c Masa : 4-5.30 pm

TAHNIAH

Image
Salam...

Tahniah, seribu kali tahniah untuk Sahabat2 penulis, Laila Kamilia dan Lily Haslina Nasir dengan kemunculan novel baru mereka di pasaran. Semoga novel2 yang best ini akan mendapat sambutan dari semua peminat di tanah air. Kepada anda semua, jangan lupa mendapatkan karya terbaru novelis ini. Semoga anda semua terhibur.

Aku Risau....Aku Nak....?

Image
Salam....
Aku risau. Benar risau. Apa nak jadi dengan aku sekarang ni? Kenapa aku jadi macam ini? Disember bakal menjelma tidak berapa waktu lagi dan aku masih termanggu-manggu mengenangkan manuskrip yang langsung tidak bersentuh. Oh...Tidak!!! Aku kena tekadkan semangat. Kuatkan azam.

Untuk itu aku nak hadiahkan diri aku sesuatu sebagai pendorong dan peransang. Aku perlukan laptop baru. Aku berkenan dengan sony vaio. Laila pon dah merasa pakai. Iyalah dia ada cik abang yang belikan. Aku? huhuhuhu...sekarang ni aku offer pada korang semua. sapa yang nak belikan aku Vaio warna biru satu? heheheheheheheheheh.....



p/s - Aku baru order laptop baru dari Dell sebentar tadi, warna midnight blue. n next week akan sampai. so...oklah. tak dapat vaio pon dapat Dell ok jugak. hmmmm..kalau dah dapat laptop baru tapi still malas menulis lagi tak taulah apa nak jadi.....

hezzy tagged aku

Rules:1. The rules of the game get posted at the beginning 2. Each player answers the questions about themselves 3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog Starting time: 3.48pm Name : Mardhiyah @ violet@ dhiya zafira Sisters : 2 kakak n 2 adik Brothers : 2 Shoe size : 5,6,7 ( bergantung pada jenis kasut) Height : 151cm ( hahahah hezzy aku 1cm tinggi dari ko) Where do you live : Taiping Perak Have you ever been on a plane : Yup Swam in the ocean : boleh2 sket2. asal kaki boleh jejak pasir kira confidentlah tu. Fallen asleep at school : always Broken someone’s heart : hahahhah...ada sorang masa study dulu2. Fell off your chair : kadang2. dolo2 je la Sat by the phone all night waiting for someone to call : yup esp kalau melibat hal2 family ni Saved e-mails : depends pada email2 yang penting n best saja What is your room like : penuh dengan rak …

Selamat Jalan Laila Kamilia

Image
Aku, Aleya aneesa, bikash, shanika, hezzy, metty( kakak aku), kak eka, lynn dan kak Lina siap berposing. Aku masa ni baru je sampai dan belum sempat bersalaman lagi bila masing2 nak berposing dulu.

Masa ni kak Aida Adriani, kak lily haslina, rose harissa dah sampai.
Bergambar ramai2. Lily Suriani dan yang diraikan Laila pun ada.Rancangan telah dibuat semasa majlis aku hari tu lagi. Masing2 sepakat menjadikan rumah kak Eka sebagai markas untuk mengadakan majlis perpisahan untuk Laila Kamilia yang akan ke Jerman. Infact, dia telah pun berangkat ke sana malam tadi.Buat Laila dan keluarga, semoga selamat di sana. Adios, Arriverdeci, Jaa ne, Auf Wiedersehen, Au Revoir dan hasta la vista. rajin2lah kirim berita untuk teman2 di Malaysia ni. Kalau ada rezeki, boleh juga kami terbang ke sana...hehehehehe

Selamat datang orang baru

Image
Salam... Syawal sudah masuk hari yang ke 10. Aku dah start keja sejak semalam setelah hampir 10 hari bercuti. Ya, aku cuti panjang kali ini. salah satu sebabnya seperti yang korang tengok pada gambar di bawah. Majlis pernikahan adik lelaki aku yang berlangsung pada raya ke 3. Sepanjang aku bercuti aku diserang demam yang agak teruk sehingga raya pun terasa kurang meriahnya. Demam yang sekejap elok dan sekejap pula menyerang menyebabkan suhu badan aku turun naik. Mood nak tengok adik aku bernikah pon jadi kurang. iyalah, ahli keluarga yang lain sibuk2 mainkan peranan masing2 sedangkan aku, terjelepok je atas sofa. Kalau dkutkan rancangan, rombongan kami akan ke Baling dengan sebuah van dan 2 buah kereta. 3 buah kereta lagi akan menunggu di masjid tempat berlangsungnya majlis nikah. Adik lelaki aku akan pandu van, sementara aku akan bawak sebuah kereta dan kakak aku akan bawa sebuah lagi. dek kerana aku demam dan tak boleh memandu, terpaksalah adik aku yang jadi pengantin membawa kereta. …