Friday, August 22, 2008

satu catatan perjalanan VI

Nama tempat ni Parc Guiel ( Nanti aku rujuk balik betul tak ejaannya). Nak sampai memang azab. Pertama kami sesat sebab salah baca map. kedua, hampir kena rompak dalam lif metro n ketiga nak sampai ke sini kena panjat bukit. huarghhhh...penat. Seeloknya korang pergi ke sini pada waktu pagi sebab tak adalah rasa penat sangat. Time kami dulu dahlah cuaca 40'c n waktu tengahari lak tu. kat sini penuh orang. masa kami sampai tu manusia memang berterabur seluruh kawasan ni. Sekejap ke kami kat sini sebab masa dah suntuk sangat.

Permandangan dari atas bukit. nun sayup2 korang dapat lihat pantai Barcelona. Kalau ada masa kami nak sampai ke sini tapi sebab nak sampai parc gueil pun dan makan masa so...melepas.
Kalau korang yang tengok rancangan America's next top model cycle 7 ( pemenangnya Caridee), sinilah tempatnya yang buat runway untuk final episodnya. heheheh...syoknya aku. Ramai orang waktu ni jadi aku tak boleh nak buat runway aku sendiri. hihihihihi


Bangunan gereja yang mengingatkan aku pada cerita hensel n gretel. mcam kek n ice krim je aku tgk. kalau korang nak tau, GAUDI jugak yang reka tempat ni. Kira gaudi ni memang terkenallah. Lepas tu Gaudi sering dikaitkan dengan cicak. sebab apa...jangan tanya aku. agaknya binatang kesayangan dia cicak kot.hahahahha..

satu catatan perjalanan V

Ketika baru sampai di Barcelona. Belakang tu stesen bas dan belah kanan tu stesen keretapi. waktu ni kira2 pukul 7 pagi.


Laluan tangga yang menggayatkan di dalam bangunan Sangrada Familia. Separuh tangga ada dinding kedua belah, separuh lagi yang sebelah dinding saja. wow..memang gayat. laluan tangga memang muat2 untuk seorang. PESANAN ! JANGAN PANDANG BAWAH....heheheheh


Di luar bangunan. ukiran patung2 jelas kelihatan di setiap ruang bangunan.


Sangrada Familia, hasil rekaan arkitek terkenal iaitu GAUDI, yang katanya tak pernah siap2 dari dulu sampailah sekarang.

Salam...
hmmm...hampir seminggu aku tidak menulis apa-apa di blog ni. Tiada alasan melainkan diri ini terlalu malas untuk memperuntukkan sedikit waktu untuk menjenguk ataupun menulis n3 terbaru. Walau apa pun aku kini kembali dengan sambungan cerita yang entah bilalah nak habis kan....? heheheheheh

Seperti n3 aku sebelum ini, aku menceritakan bagaimana aku berjalan di sekitar Madrid. Kali ini perjalanan aku akan diteruskan ke Barcelona.

Barcelona ini senarai tempat yang wajib kami pergi lebih2 kakak aku yang nak sangat ke sana. Dulu sepanjang setahun dia di sini, dia tidak mempunyai peluang untuk berjalan2 di Barcelona. Jadi, kali ini by hook or by crook, kami mesti sampai sana.
Kami menaiki bas dari Madrid pada jam 11.30 malam dan tiba di sana lebih kurang pukul 6.30 pagi. Lepas tu terus cari Metro. Kami melakukan kesilapan apabila tersilap naik teren dan tidak turun di tempat yang sepatutnya. last2 tren bawa kami sampai ke last station. Nasib baik jaraknya tak terlalu jauh. tetapi membuang masalah jugak sebab kami hanya ada 7 jam sahaja untuk berjalan2 di Barcelona.
Tempat pertama yang dituju ialah Sangrada Familia. Oleh kerana kakak aku nak pergi sangat, jadi tempat ni memang dalam senarai teratas. lepas tu kalau ada masa baru beranjak ke tempat lain. Rupanya mudah saja nak sampai ke SF ni. Naik metro n turun di stesen SF. keluar metro, n bangunan yang menjulang ni terpacak depan mata.
Harus diingat, kalau boleh mulakan perjalanan seawalnya kerana tempat ni memang menjadi perhatian ramai. buka pukul 9 pagi dengan bayaran 10 euro seorang. kalau student dapat diskaun 2 euro.Kalau nak pakai guide, bayaran lebih tinggi akan dikenakan.
Nak naik ke tingkat atas ada 2 cara; sama ada naik lif atau tangga. Rasanya semua akan naik lif. bayaran dikenakan sebanyak 2 euro. bila nak turun, kita boleh pilih jugalah n selalunya orang akan turun dengan menggunakan tangga. ada dalam lebih kurang 300 anak tangga.( tak pasti).
Di atas, korang akan dapat lihat permandangan bandar Barcelona. Kat sini nak lepak lama2 memang payah sebab laluannya sempit. kalau nak bergambar sakan, jenuh orang belakang nak tunggu. cara yg terbaik, bagi mereka lepas dulu.
Turun pulak ok je..tak ada masalah. tapi bagi yang lemah semangat dan gayat janganlah gatal2 nak pandang bawah ye..ehheheh..seperti gambar di atas, tangga yang hanya ada sebelah sahaja pemegangnya. fuh...aku risaukan kakak aku je. dia ada dinding dua2 belah pun asyik menjerit gayat. Tapi alhamdulillah, selamat sampai ke bawah juga. mujur kami tiba awal, sebab masa kami nak keluar, line beraturnya teramatlah panjangnya.
samb...

Wednesday, August 13, 2008

satu catatan perjalanan IV

dengan Metty lepas kuar dari Museo del Prado


Depan bangunan apartment Ina. tak sabar nak jelajah Madrid


Bangunan ni Banco de Espana ( Bank) cantikkan? aku suka


DI pintu masuk Museo del Prado. nanti aku cite apa yg ada dalam ni.

Salam....
Mari kita sambung perjalanan yang seterusnya.

Perjalanan Ke Madrid lebih menderita sebab aku duduk bahagian Aisle. depan aku mat saleh. belakang aku mat saleh. kanan aku mamat india n sebelah aku mamat negro. Yang tak tahan bila waktu lunch n pelbagai waktu di antaranya puak2 ni mesti pesan arak. adoi...baunya, mau nak pejam mata 10 hari. busuk. aku tak faham mcm mana orang suka benda haram ni.

Perjalanan waktu petang memang panas. air cond pun tak rasa. bukak je window tu hatta satu tingkap je...satu tempat tu cerah. dah cerah, panas lak tu. so...memasing tutuplah tingkap. dah jadi mcm malam lak. Aku masa tu dah pening2 lalat dah. orang bangun aku tido. orang tido, aku pon tido jugak.hahhahahaa.

Aku sampai airport Barajas dalam jam 8.30 malam ( petang? sebab cerah lagi). Masa beratur siap hafal ayat spanish yang akak aku ajar. mana tau dapat yang tak pandai cakap BI.
Mi hermana aqui. estudiando universidad Salamanca. ( kakak saya ada di sini. student universiti Salamanca)...hmm mcm tu lah lebih kurang. ejaan aku ntah betol ke idak. sebenarnya banyak yg dia ajar tapi itu yg aku ingat pon. hahahahahah

Aku kira2 macam minah sepanyollah masa tu. siap nak bercakap tup2 selamba je laki yang check passport aku tu. pandang muka aku n terus cop. Mak ai...senangnya. dah lepas aku terus p ambil luggage. Dalam hati mcm2 perasaan yang aku rasa. excited, berdebar2, syukur sesangat sebab selamat sampai. aku cuba bertenang sebaik mungkin. aku tak nak kakak aku nampak muka aku dalam keadaan pucat ke, takut2 ke.

Bila aku keluar, ramai manusia dah tunggu kat luar. berhimpun mcm buat perhimpunan haram lak. mata aku terus nampak kakak aku. aku lambai dia. nak tau apa yang dia cakap masa 1st time dia nampak aku keluar? dia kata; " apasal muka hang kerek sangat?" hahahhahahaha

Masa tulah aku kenal dengan Sabrina ( kakak aku kenal masa transit kt doha). dia Guru bahasa sepanyol di KUITTHO. tapi dia di universiti Madrid. kitaorang teruskan perjalanan ke mendez allvaro ( stesen bas). naik metro. yang bestnya Metro depa ni direct boleh terus pergi stesen bas dari airport. Plan asal kitaorang nak ke Barcelona dulu. Stay semalam kat sana balik Ahad n jenjalan kat Madrid lak. itu plan asal. tapi yang jadinya....hheheheheeh

turun naik metro akhirnya sampai gak ke tempat yang dituju. manusia memang ramai masa tu. weekend katakan. masalah nilah purse aku kena curi tapi aku still tak sedar. tanya suma kaunter bas ke barcelona penuh. yang ada pun pukul 6 petang esok. Kakak aku n Sabrina dah frust sebab tak beli tiket awal2. tapi kalau beli pun kalau flight aku delayed mcm mana kan. so kami bergegas lak ke charmatin ( stesen ketapi). ( kira malam tu berpluh2 kali jugaklah kitaorang turun naik metro. tren ni pilihan akhir sebab harganya mahal. tapi tren pun penuh jugak. ada pun untuk esok. pergi balik seorang 100 euro ( rm500). kalau bas 50 euro.

kami rehat sat fikir mcm mana na buat. Sabrina cadangkan pergi Barcelona balik hari. Hari Sabtu tu berjalan area Madrid dulu n malam ambil tiket ke Barcelona. Ahad kena balik sebab Isnin depa ada kelas. Aku frust jugak sebab aku tau Barcelona tu jauh. 7 jam perjalanan. kalau balik hari tempat apa yang boleh kami pergi? Tapi nak buat mcm mana kan? dalam kes ni masa memang tak ada sebab kakak aku n sabrina ada kelas. So kami patah balik ke mendez Allvaro beli tiket hari sabtu pukul 11 malam.

So..malam tu, sabrina ajak stay dekat stesen aje sebab nak jimat duit. aku dah geleng kepala. dah lebih 24 jam aku tak mandi. kepala aku dah start buat perangai. Sabrina ni umah dia di Madrid tapi oleh kerana dia plan nak ke Barcelona, maka housemate dia bawaklah boyfriend dia balik tido umah.( housemate nepal n cina. bf mamat spain). so...dia sendiri segan nak balik umah dia sendiri. hahahahahah. lagi satu kalau dia nak balik dia kena seludup aku n akak. stail menyewa umah kat sepanyol ni pelik sikit. tak boleh bawak kawan p rumah. bf spain tu boleh masuk sebab bangsa dialah katakan.dahlah tuanrumah tu rumahnya depan umah si Ina ni.
fuh memang mencabar sungguh adegan seludup tu. Naik lif kena sorang2. 1st si ina. then aku n kakak. si ina akan buka pintu umah dia siap2. then depend pada kepantasan kami nak masuk umah sebelum tuan umah dia sedar. bercakap dalam umah pun pelan2 sebab dekat sangat umahnya. Misi berjaya. Alhamdulillah.

bersambung lagi...

Tuesday, August 12, 2008

Satu catatan perjalanan III





Kak Eka n Laila.
Antara makanan yang dihidangkan. tak berapa sedap pon. bolehlah kalau tengah lapar. hahahhaha
Suasana kat Airport Doha. Kecil je. sekali pusing dah abis. aku suka part sini. perfume. suma jenis ada. murah jugak tapi tak beli pun.
Masa ni aku bosan tahap cipan. sampai screen ni pon nak ambil gambarnya. Masa ni dok tertanya2 bilalah gate nak bukak. bila gate nak bukak.


Kali ini aku nak berundur sedikit. berundur ke masa aku hendak memulakan pengembaraan ( cewah) seorang diri sebelum bertemu dengan kakak aku di Madrid.


Seperti yang diketahui, flight aku pada 18 Julai jam 3.35 pg. Cadangnya aku hendak mengambil ERL saja ke Klia. yeah...memang aku kena datang awal sikit kerana tren yang terakhir pun pukul 12 tgh malam. so, aku dah memang rasa aku akan berjanggut menunggu masa nak check in n boarding.
Tup2 Laila Kamilia call cakap dia nak antar aku ke klia. aku apalagi. pucuk dicita ulam mendatang. rezeki jangan ditolak. legaaaa..kerana ada Laila, aku taklah bosan seorang diri. kira azab menunggu tu jadi kurang. hahahha. bertambah baik lagi bila laila cakap kak Eka Fahara nak ikut sama.
Sebelum sampai klia, kami lepak dulu kat r&r nilai. minum2. yg sebenarnya aku cuak jugak. yelah inilah kali pertama semenjak 15 tahun aku naik kapal terbang. Kali terakhir dulu masa aku tingkatan 3(lama gila kan). Pastu sorang2 lak tu. bukan p Sabah ke, sarawak ke tapi Sepanyol. Takutlah jugak sebab aku asyik tgk program national geographic' crash investigation' je.
Kakak aku dah bagi amaran siap2. Dekat doha orang yg bertugas kat airport sana sangat strict. Dia sampai kena tunjukkan bukti surat tawaran belajar sebab mereka tak percaya. Ala...saja je. dahlah surat tawaran tu dalam bahasa sepanyol. mcmlah depa faham sangat.
Nasib Aku baik dapat jumpa dengan seorang kakak ni( aku terlupa nak tanya nama dia). orang kita yang bekerja di Doha. dia sama flight dengan aku. oleh kerana kaunter check in lambat sangat bukak dan masa tu dah pukul 12 lebih, kak eka n laila terpaksa beransur dulu. iyalah kesian sebab esok Laila kerja.
Perjalanan aku ok. smooth je. pilot tu memang terer. Masa take off n landing memang tak terasa langsung. Aku sampai dalam pukul 5.30 pagi waktu Doha. masa tu dah memang terang benderang dah. kedai2 dalam airport dah memang beroperasi. Misi pertama aku sesudah menjejaki kaki di bumi Qatar ini adalah untuk menelefon emak n kakak aku.

Tapi Malangnya phone aku tak berfungsi walaupun sebelum pergi aku dah buat roaming terlebih dahulu. full bar tapi services limited. hampeh betul digi. konon iklan i will folow you...ni keluar msia sikit pon takleh pakai dah.

Aku dah tension. 1st aku tak mau emak n kakak aku risau kalau tak dapat berita dari aku. oleh kerana ada 7 jam...so aku rilek dulu. lepak2 sambil menghilang mengantuk. Sesungguhnya keadaan amatlah membosankan bila kita bersendirian. tak ada teman nak berbual. dalam hati aku menyesal tak bawak laptop tapi mengenangkan azab nak mengendong benda alah tu ke hulu ke hilir lagi aku tak sanggup. Aku siap ambil sarapan percuma, yang disediakan untuk penumpang transit. tapi oleh kerana perut yang masih kenyang, aku tak abis makan.

Aku merayap lak ke Tandas. hehehe. nak mandikan muka n kepala. biar nampak segar sikit. settle je suma, aku mulakan misi nak call umah. kat sini public phone suma pakai kad. Aku tanya kad sorang cleaner tu kat mana nak beli kad. dia cakap dia ada jual kad tapi 10 dolar. fuh sahih menipu tu. Aku mulanya sanggup nak beli tapi bila fikir2kan balik kot2 kad tu dalam bahasa arab mati aku.

Aku pusing2 jalan dalam aiport yg tak berapa nak besar tu. adalah dalam 40 kali aku pusing sebelum aku nampak ada kad phone yang tertinggal dalam phone tu. aku dah excited. dengan gaya2 orang yang nak buat panggilan, aku terus je angkat gagang n dail nombor ntah apa2. dekat kad tu ada baki dalam 17 riyal. Dalam hati aku dah tersengih dah. aku teruskan lakonan( kot2 ada yg dok peratikan kelakuan aku) letak gagang n keluarkan kad. n dengan selamba pergi ke arah lain.

Akhirnya, aku berjaya call emak. fuh legaaaa.....pukul 12 aku beratur utk boarding. mulut aku terkumat kamit baca salah satu ayat dalam surah Yaasin, mohon urusan aku dipermudahkan. yg check passprt aku mamat negro. Bila dia tau aku dari Msia, dia suruh aku keluar barisan. Aku tetap cool walau dalam hati rasa nak nangis je. Takut kot2 dia tak bagi aku masuk. rupanya dia nak check ic. hmmm nasib baik aku bawak ic. kalau tak tak tahulah mcm mana. yang herannya, klau dah ada passport kenapa nak tgk ic lagi? ntahlah biarlah dia. asalkan aku lepas udahle.

p/s- next aku akan sambung lagi ya...tulis banyak2 pon ada ke org yang baca..hehehehhe

Friday, August 08, 2008

Jawapan Kuiz RBB

1. Apakah nama tempat peranginan yang diusahakan oleh Adni Zuhayra?
Bella Rossa

2. Kenapakah Izz merahsiakan kepulangannya daripada pengetahuan keluarga dan Adni?
Kerana kecewa Adni bertunang dengan adiknya dan kerana Khairy sendiri tidak menerima kepulangannya.

3. Berapa lamakah hukuman sebenar yang dijatuhkan ke atas Izz?
9 tahun

4. Apakah hubungan sebenar antara Pot dan Murni?
Adik beradik. Pot abang kepada Murni

5. Berapa lamakah tempoh pertunangan Adni dan Khairy?
6 Tahun

6. Sebab apakah yang membuatkan Izz merasakan Pot mempunyai komplot bersama Murni?
Kerana ternampak gambar Murni bersama Pot.

7. Apakah yang menyebabkan identiti sebenar Zack terbongkar?
Apabila memanggil Adni dengan nama manjanya; Dinie.

Satu catatan Perjalanan II

Di Stesen Bas Cordoba . Canggih kan?

Al Hambra - Dalam bangunan inilah kesan tinggalan Islam begitu kuat. Setiap dinding penuh terukir dengan ayat2 Al-Quran dan Tulisan Arab.


dengan kakak di Stadium Santiago Bernabeu. Stadium pasukan REAL MADRID. wow...mcm terbayang2 pemain2 handalan Real beraksi. heheheh. Nak masuk kena 15 euro.


Permandangan luar Stadium. senang nak sampai sini. Naik metro. turun kat Santiago Bernabeu. Keluar dari bawah tanah tu nah terpampang stadium depan mata.


Dengan Ina menunggu masuk ke Sangrada Familia. Salah satu tempat yang mesti dilawati bila sampai ke Barcelona. Hasil rekaan Gaudi yang sehingga kini masih tak siap2 lagi. Kena sampai awal kalau tak beratur panjang. ke sini pon mudah juga. Naik Metro Barcelona n turun di Sangrada Familia. Memang depan mata jugak.

Tip2 yang Perlu anda Baca Sebelum ke Spain

1. Kemahiran berbahasa sepanyol. Sangat penting. sekurang-kurang basic kerana rakyat sepanyol ni rata-ratanya tidak boleh berbahasa inggeris. Pemergiaan aku kali ini dari aspek komunikasi memang tiada masalah kerana kakak aku ada. So..apa pun dia yang jadi jurucakapnya. Namun apabila aku sendiri, berjalan sendirian kerana dia ke kelas, barulah terasa azabnya. Macam Itik bercakap dengan ayam. Masalahnya depa ni basic english pon tak tau. kalau dapat yang boleh cakap bi tu dah memang beruntung sesangat.

2. Kena pandai baca peta n laluan metro ( mcm lrt la tapi bawah tanah).

Jangan takut kalau anda tersesat kerana Metro depa ni memang 1st class. memang boleh diharap. sentiasa on time. dan membawa kita ke mana sahaja kita nak pergi hatta ke stesen bas dan airport. Metro dan bus merupakan pengangkutan yang paling mudah dan murah. jangan guna teksi kecuali korang banyak duit. Dan kalau tgk sistem pengangkutan awam spain ni aku jadi malu sendiri dengan sistem di Msia ni. hmmmmmmm.
3. Berhati2 dengan pick pocket. Terutamanya dalam Metro. Seperti yang aku cakapkan dalam n3 sebelum ni, aku hilang hampir rm600 pd beberapa jam pertama aku menjejakan kaki ke Madrid. Pencopek2 ni memang pro sampai aku memang tak sedar bila masa purse aku di keluarkan dari sling bag aku yang sentiasa berada di depan mata aku. Di metro Barcelona juga kawan aku hampir dicopek oleh 2 orang perempuan tu. Modus operandinya, mereka buat2 tanya sesuatu sambil tangan cuba menjalar ke bag. Masa ni di dalam lif dalam stesen Metro. so..pandai2 jaga harta benda sendiri. kalau boleh asing2 duit n paling penting Pasport.

4. Jangan buang masa nak tawar menawar masa membeli barang2 atau cenderahati. memang tak akan dapat. kena pandai cari mana yang lebih murah. bandar besar mcm Madrid, barcelona memang mahal. Tapi kalau di Salamanca, Granada lebih murah untuk barang yang sama.

5. Kalau boleh jangan melancong waktu summer. Panas melampau. Barcelona sampai 40'c . Kebanyakkan tempat menarik di Spain ni agak berdekatan antara satu sama lain. Jadi pengangkutan utamanya adalah kedua belah kaki kita sendiri. Kalau boleh sampai dengan Metro atau bus ok tapi kalau tidak memang kena berjalan. Ketahanan fizikal memang penting. Kalau setakat kena berjalan 30-45 minit tu kira dekatlah tu. kena banyak minum air. Kat sana air minerallah air paling lazat di dunia. hahahhaha. sebotol 2 euro bersamaan rm10. kalau kt msia jangan haraplah nak beli. Air ni pon kena pandai cari. ada yang jual 1 euro dan ada yang jual 0.80. Yang penting kalau nak beli barang2 dapur cari di kedai LIDL. ( LIEDEL). barang2 kat sini memang murah tapi kena pandai cari di mana.
Yang bagusnya musim panas ni masa siang yang lebih panjang. aku masa sampai Madrid pukul 8 malam terkejut sebab macam pukul 5 petang. spain mulai gelap dalam pukul 10.45 ke atas. Jadi senang nak merangka perjalanan. Nak balik lewat pon tak takut sebab kat sini malam dia happening. metro pun sampai pukul 12 lebih n still ramai orang.


6. Kalau naik bas ke tempat yang lebih jauh contohnya Barcelona dan Granada, seeloknya beli tiket pergi n balik kerana lebih murah. Kat sini bas yang paling terkenal ialah bas ALSA. kira tahapnya macam Tranasional lah. Bas selesa dan sentiasa on time. sebelum beratur tanya information dulu kerana dia akan beritahu di mana kaunter nak beratur. Kat sini station bau n ketapi pon canggih2. siap ada screen yang tayangkan bas yang keluar masuk. laluan mana nak menunggu. so...tak ada kita nak terkial2.

7. Kalau nak menyewa hostal atau pension ( mcm rumah tumpangan -tapi kat sini lebih kurang mcm hotel kecil), lebih baik cari yang berdekatan dengan jalan Gran Via. ( Jalan besar). Jalan Gran Via ni setiap tempat akan ada. mudah kerana semua pengangkutan utama akan melalui jalan ini. Tapi kalau bandar2 besar mungkin lebih mahal. kena pandai cari. melalui internet pon boleh.


...lagi apa ya? Kalau aku ingat apa2 nanti aku tambah.

Thursday, August 07, 2008

SENARAI PEMENANG KUIZ RINDU BELUM BERHENTI


Salam...


Maaf kerana terlambat untuk memberi keputusan mengenai kuiz RBB. Di bawah ini adalah merupakan 3 orang pemenang yang bertuah. Tahniah!!!


Pemenang Pertama
Fadilah Diyana Bt Muhammed Fadhli


Pemenang Kedua
Mariya Bt Hussin Andak


Pemenang Ketiga
Dyea Lova @ Diyana Md


Kepada nama2 di atas, harap dapat menghubungi saya melalui emel untuk urusan penghantaran hadiah. kepada yang tidak berjaya, ribuan terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi membeli, membaca dan menjawab soalan kuiz ini. mungkin anda akan bernasib baik untuk novel ke 3. Insyaallah. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menyokong saya.

Wednesday, August 06, 2008

satu catatan perjalanan

Posing di Salah satu Bangunan di AL HAMBRA. Aku, kakak n Ina


Menanti waktu untuk bertolak ke Cordoba. Naik bas. Waktu pagi. Muka suma fresh lagi. heheheheh

Menyelusuri Laluan di AL HAMBRA

Dengan kakak di Al Baycin. belakang adalah AL HAMBRA



pemandangan AL HAMBRA dari jauh.
Assalammualaikum...

17 Julai - Taiping - KLIA


18 Julai [ 3.30 am] - Kul - Doha ( Transit)


[ 5.30 am] - Doha, Qatar ( dlm pukul 10 pagi msia -transit 7 jam)


[ 1.05 pm] - Doha - Madrid


[8.30 pm] - Madrid, Spain ( peristiwa bersejarah. aku hilang hampir rm 600 kena pick poket dalam stesen metro. hilang suma. nasib baik passport n duit euro aku dah asingkan siap2)


19 Julai [ 8 am ] - Berjalan pusing Madrid ( melawat tempat seperti plaza mayor, museo del prado, Palacio Real, Banco de Espana, stadium Santiago Bernabeu, ( stadium bola sepak pasukan real madrid dan banyak lagi)

[ 11pm] - Naik bas ALSA ke Barcelona ( perjalanan 7 jam) - pertama kali sembahyang dalam bas.


20 Julai [ 5.30am] - Sampai di Barcelona ( mengejar masa kerana kami hanya 9 jam shj) - hampir dirompak oleh 2 nenek tua di dalam lif dekat dalam stesen metro jugak. nasib baik cepat bertindak. dapat curi tiket bas balik madrid.)

[ 3.30pm] - Naik bas balik Madrid ( kami ber3. salah seorang kena seludup masuk bas sebab tak sanggup nak beli tiket balik sebab mahal. nasib baik selamat.)

[11.00pm] - bergegas ke mendez allvaro ( stesen metro sebab nak balik ke Salamanca. tapi tiket abis. terpaksa diseludup masuk ke madrid semula.


21julai [ 8.45am] - Naik renfe ( keretapi) ke Salamanca. perjalanan 3 jam setengah.


22 Julai [ 8.30 pm] - Naik renfe ke Valladolid. 1 jam setengah perjalanan. berjumpa dengan kawan kakak yang akan turut serta ke Andalusia bersama kami. sempat berjalan di valladolid.


23 Julai [11.30 am] - Naik bas ke Madrid. bertemu dengan 3 orang kawan lagi yang akan join. 2 dari brussle, belgium dan sorang dari madrid( kawan yg seludup kami ke biliknya)

[ 3.30pm] - Bertolak ke Granada, perjalanan 5 jam. check in hostal


24 Julai [ 8 am] - Menuju AL HAMBRA. perjalanan tidak sampai sepuluh minit dengan menaiki bas mini tapi line menunggu panjang. nasib baik kami dah booking melalui internet.


25 jULAI [10.30AM] - Menuju Cordoba. perjalanan dari Granada selama 2 jam setengah. kami hanya ada masa selama 3 jam untuk menjejaki masjid cordoba.

[ 5 pm ] - Menuju semula ke Granada


26 Julai [ 10.00am] - Balik ke Madrid

[6.30 pm] - Balik ke Valladolid


27 Julai [11 am ] - Balik ke Salamanca


30 Julai [7.45 pm] - Ke Madrid


1 Ogos [ 10.20 pm] - Menuju Doha


2 Ogos [ 5.30 am] - Sampai di Doha ( Transit 7 jam)

[ 2.20 pm] - Menuju Kuala Lumpur


3 Ogos [ 3.30 am] - Tiba di KLIA





p/s- Perjalanan aku betul menguji kesabaran. Aku betul2 all out travel suma tempat. memang tak sempat nak berehat. aku betul2 berehat bila dah balik Salamanca pada 27 Julai. sebelum tu...hmmmm...hanya orang2 yang terbabit sahaja yang tahu betapa penat dan lelahnya perjalanan. aku dah macam team travel backpackers dah. tapi itu semua amat memberi kepuasan. pengalaman yang susah aku nak ceritakan.
Nanti akan aku ceritakan lagi.

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...