Satu catatan Perjalanan II

Di Stesen Bas Cordoba . Canggih kan?

Al Hambra - Dalam bangunan inilah kesan tinggalan Islam begitu kuat. Setiap dinding penuh terukir dengan ayat2 Al-Quran dan Tulisan Arab.


dengan kakak di Stadium Santiago Bernabeu. Stadium pasukan REAL MADRID. wow...mcm terbayang2 pemain2 handalan Real beraksi. heheheh. Nak masuk kena 15 euro.


Permandangan luar Stadium. senang nak sampai sini. Naik metro. turun kat Santiago Bernabeu. Keluar dari bawah tanah tu nah terpampang stadium depan mata.


Dengan Ina menunggu masuk ke Sangrada Familia. Salah satu tempat yang mesti dilawati bila sampai ke Barcelona. Hasil rekaan Gaudi yang sehingga kini masih tak siap2 lagi. Kena sampai awal kalau tak beratur panjang. ke sini pon mudah juga. Naik Metro Barcelona n turun di Sangrada Familia. Memang depan mata jugak.

Tip2 yang Perlu anda Baca Sebelum ke Spain

1. Kemahiran berbahasa sepanyol. Sangat penting. sekurang-kurang basic kerana rakyat sepanyol ni rata-ratanya tidak boleh berbahasa inggeris. Pemergiaan aku kali ini dari aspek komunikasi memang tiada masalah kerana kakak aku ada. So..apa pun dia yang jadi jurucakapnya. Namun apabila aku sendiri, berjalan sendirian kerana dia ke kelas, barulah terasa azabnya. Macam Itik bercakap dengan ayam. Masalahnya depa ni basic english pon tak tau. kalau dapat yang boleh cakap bi tu dah memang beruntung sesangat.

2. Kena pandai baca peta n laluan metro ( mcm lrt la tapi bawah tanah).

Jangan takut kalau anda tersesat kerana Metro depa ni memang 1st class. memang boleh diharap. sentiasa on time. dan membawa kita ke mana sahaja kita nak pergi hatta ke stesen bas dan airport. Metro dan bus merupakan pengangkutan yang paling mudah dan murah. jangan guna teksi kecuali korang banyak duit. Dan kalau tgk sistem pengangkutan awam spain ni aku jadi malu sendiri dengan sistem di Msia ni. hmmmmmmm.
3. Berhati2 dengan pick pocket. Terutamanya dalam Metro. Seperti yang aku cakapkan dalam n3 sebelum ni, aku hilang hampir rm600 pd beberapa jam pertama aku menjejakan kaki ke Madrid. Pencopek2 ni memang pro sampai aku memang tak sedar bila masa purse aku di keluarkan dari sling bag aku yang sentiasa berada di depan mata aku. Di metro Barcelona juga kawan aku hampir dicopek oleh 2 orang perempuan tu. Modus operandinya, mereka buat2 tanya sesuatu sambil tangan cuba menjalar ke bag. Masa ni di dalam lif dalam stesen Metro. so..pandai2 jaga harta benda sendiri. kalau boleh asing2 duit n paling penting Pasport.

4. Jangan buang masa nak tawar menawar masa membeli barang2 atau cenderahati. memang tak akan dapat. kena pandai cari mana yang lebih murah. bandar besar mcm Madrid, barcelona memang mahal. Tapi kalau di Salamanca, Granada lebih murah untuk barang yang sama.

5. Kalau boleh jangan melancong waktu summer. Panas melampau. Barcelona sampai 40'c . Kebanyakkan tempat menarik di Spain ni agak berdekatan antara satu sama lain. Jadi pengangkutan utamanya adalah kedua belah kaki kita sendiri. Kalau boleh sampai dengan Metro atau bus ok tapi kalau tidak memang kena berjalan. Ketahanan fizikal memang penting. Kalau setakat kena berjalan 30-45 minit tu kira dekatlah tu. kena banyak minum air. Kat sana air minerallah air paling lazat di dunia. hahahhaha. sebotol 2 euro bersamaan rm10. kalau kt msia jangan haraplah nak beli. Air ni pon kena pandai cari. ada yang jual 1 euro dan ada yang jual 0.80. Yang penting kalau nak beli barang2 dapur cari di kedai LIDL. ( LIEDEL). barang2 kat sini memang murah tapi kena pandai cari di mana.
Yang bagusnya musim panas ni masa siang yang lebih panjang. aku masa sampai Madrid pukul 8 malam terkejut sebab macam pukul 5 petang. spain mulai gelap dalam pukul 10.45 ke atas. Jadi senang nak merangka perjalanan. Nak balik lewat pon tak takut sebab kat sini malam dia happening. metro pun sampai pukul 12 lebih n still ramai orang.


6. Kalau naik bas ke tempat yang lebih jauh contohnya Barcelona dan Granada, seeloknya beli tiket pergi n balik kerana lebih murah. Kat sini bas yang paling terkenal ialah bas ALSA. kira tahapnya macam Tranasional lah. Bas selesa dan sentiasa on time. sebelum beratur tanya information dulu kerana dia akan beritahu di mana kaunter nak beratur. Kat sini station bau n ketapi pon canggih2. siap ada screen yang tayangkan bas yang keluar masuk. laluan mana nak menunggu. so...tak ada kita nak terkial2.

7. Kalau nak menyewa hostal atau pension ( mcm rumah tumpangan -tapi kat sini lebih kurang mcm hotel kecil), lebih baik cari yang berdekatan dengan jalan Gran Via. ( Jalan besar). Jalan Gran Via ni setiap tempat akan ada. mudah kerana semua pengangkutan utama akan melalui jalan ini. Tapi kalau bandar2 besar mungkin lebih mahal. kena pandai cari. melalui internet pon boleh.


...lagi apa ya? Kalau aku ingat apa2 nanti aku tambah.

Comments

gambling online said…
Yugs, daw nabasahan ko naman ni sa iban nga blog?
© EM Muhammad said…
Salam Dhiya...
Sabar ajelah comment kat atas tu. Anyway, Dhiya tak ada ambik gambar kat dalam bangunan di Al-Hambra tu ke? Bubuh gambar dan cerita lagi, please (or nak bubuh dalam buku... jeng jeng jeng).

Popular posts from this blog

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

mutiara kata sasterawan negara