Tuesday, August 12, 2008

Satu catatan perjalanan III





Kak Eka n Laila.
Antara makanan yang dihidangkan. tak berapa sedap pon. bolehlah kalau tengah lapar. hahahhaha
Suasana kat Airport Doha. Kecil je. sekali pusing dah abis. aku suka part sini. perfume. suma jenis ada. murah jugak tapi tak beli pun.
Masa ni aku bosan tahap cipan. sampai screen ni pon nak ambil gambarnya. Masa ni dok tertanya2 bilalah gate nak bukak. bila gate nak bukak.


Kali ini aku nak berundur sedikit. berundur ke masa aku hendak memulakan pengembaraan ( cewah) seorang diri sebelum bertemu dengan kakak aku di Madrid.


Seperti yang diketahui, flight aku pada 18 Julai jam 3.35 pg. Cadangnya aku hendak mengambil ERL saja ke Klia. yeah...memang aku kena datang awal sikit kerana tren yang terakhir pun pukul 12 tgh malam. so, aku dah memang rasa aku akan berjanggut menunggu masa nak check in n boarding.
Tup2 Laila Kamilia call cakap dia nak antar aku ke klia. aku apalagi. pucuk dicita ulam mendatang. rezeki jangan ditolak. legaaaa..kerana ada Laila, aku taklah bosan seorang diri. kira azab menunggu tu jadi kurang. hahahha. bertambah baik lagi bila laila cakap kak Eka Fahara nak ikut sama.
Sebelum sampai klia, kami lepak dulu kat r&r nilai. minum2. yg sebenarnya aku cuak jugak. yelah inilah kali pertama semenjak 15 tahun aku naik kapal terbang. Kali terakhir dulu masa aku tingkatan 3(lama gila kan). Pastu sorang2 lak tu. bukan p Sabah ke, sarawak ke tapi Sepanyol. Takutlah jugak sebab aku asyik tgk program national geographic' crash investigation' je.
Kakak aku dah bagi amaran siap2. Dekat doha orang yg bertugas kat airport sana sangat strict. Dia sampai kena tunjukkan bukti surat tawaran belajar sebab mereka tak percaya. Ala...saja je. dahlah surat tawaran tu dalam bahasa sepanyol. mcmlah depa faham sangat.
Nasib Aku baik dapat jumpa dengan seorang kakak ni( aku terlupa nak tanya nama dia). orang kita yang bekerja di Doha. dia sama flight dengan aku. oleh kerana kaunter check in lambat sangat bukak dan masa tu dah pukul 12 lebih, kak eka n laila terpaksa beransur dulu. iyalah kesian sebab esok Laila kerja.
Perjalanan aku ok. smooth je. pilot tu memang terer. Masa take off n landing memang tak terasa langsung. Aku sampai dalam pukul 5.30 pagi waktu Doha. masa tu dah memang terang benderang dah. kedai2 dalam airport dah memang beroperasi. Misi pertama aku sesudah menjejaki kaki di bumi Qatar ini adalah untuk menelefon emak n kakak aku.

Tapi Malangnya phone aku tak berfungsi walaupun sebelum pergi aku dah buat roaming terlebih dahulu. full bar tapi services limited. hampeh betul digi. konon iklan i will folow you...ni keluar msia sikit pon takleh pakai dah.

Aku dah tension. 1st aku tak mau emak n kakak aku risau kalau tak dapat berita dari aku. oleh kerana ada 7 jam...so aku rilek dulu. lepak2 sambil menghilang mengantuk. Sesungguhnya keadaan amatlah membosankan bila kita bersendirian. tak ada teman nak berbual. dalam hati aku menyesal tak bawak laptop tapi mengenangkan azab nak mengendong benda alah tu ke hulu ke hilir lagi aku tak sanggup. Aku siap ambil sarapan percuma, yang disediakan untuk penumpang transit. tapi oleh kerana perut yang masih kenyang, aku tak abis makan.

Aku merayap lak ke Tandas. hehehe. nak mandikan muka n kepala. biar nampak segar sikit. settle je suma, aku mulakan misi nak call umah. kat sini public phone suma pakai kad. Aku tanya kad sorang cleaner tu kat mana nak beli kad. dia cakap dia ada jual kad tapi 10 dolar. fuh sahih menipu tu. Aku mulanya sanggup nak beli tapi bila fikir2kan balik kot2 kad tu dalam bahasa arab mati aku.

Aku pusing2 jalan dalam aiport yg tak berapa nak besar tu. adalah dalam 40 kali aku pusing sebelum aku nampak ada kad phone yang tertinggal dalam phone tu. aku dah excited. dengan gaya2 orang yang nak buat panggilan, aku terus je angkat gagang n dail nombor ntah apa2. dekat kad tu ada baki dalam 17 riyal. Dalam hati aku dah tersengih dah. aku teruskan lakonan( kot2 ada yg dok peratikan kelakuan aku) letak gagang n keluarkan kad. n dengan selamba pergi ke arah lain.

Akhirnya, aku berjaya call emak. fuh legaaaa.....pukul 12 aku beratur utk boarding. mulut aku terkumat kamit baca salah satu ayat dalam surah Yaasin, mohon urusan aku dipermudahkan. yg check passprt aku mamat negro. Bila dia tau aku dari Msia, dia suruh aku keluar barisan. Aku tetap cool walau dalam hati rasa nak nangis je. Takut kot2 dia tak bagi aku masuk. rupanya dia nak check ic. hmmm nasib baik aku bawak ic. kalau tak tak tahulah mcm mana. yang herannya, klau dah ada passport kenapa nak tgk ic lagi? ntahlah biarlah dia. asalkan aku lepas udahle.

p/s- next aku akan sambung lagi ya...tulis banyak2 pon ada ke org yang baca..hehehehhe

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...