satu catatan perjalanan IV

dengan Metty lepas kuar dari Museo del Prado


Depan bangunan apartment Ina. tak sabar nak jelajah Madrid


Bangunan ni Banco de Espana ( Bank) cantikkan? aku suka


DI pintu masuk Museo del Prado. nanti aku cite apa yg ada dalam ni.

Salam....
Mari kita sambung perjalanan yang seterusnya.

Perjalanan Ke Madrid lebih menderita sebab aku duduk bahagian Aisle. depan aku mat saleh. belakang aku mat saleh. kanan aku mamat india n sebelah aku mamat negro. Yang tak tahan bila waktu lunch n pelbagai waktu di antaranya puak2 ni mesti pesan arak. adoi...baunya, mau nak pejam mata 10 hari. busuk. aku tak faham mcm mana orang suka benda haram ni.

Perjalanan waktu petang memang panas. air cond pun tak rasa. bukak je window tu hatta satu tingkap je...satu tempat tu cerah. dah cerah, panas lak tu. so...memasing tutuplah tingkap. dah jadi mcm malam lak. Aku masa tu dah pening2 lalat dah. orang bangun aku tido. orang tido, aku pon tido jugak.hahhahahaa.

Aku sampai airport Barajas dalam jam 8.30 malam ( petang? sebab cerah lagi). Masa beratur siap hafal ayat spanish yang akak aku ajar. mana tau dapat yang tak pandai cakap BI.
Mi hermana aqui. estudiando universidad Salamanca. ( kakak saya ada di sini. student universiti Salamanca)...hmm mcm tu lah lebih kurang. ejaan aku ntah betol ke idak. sebenarnya banyak yg dia ajar tapi itu yg aku ingat pon. hahahahahah

Aku kira2 macam minah sepanyollah masa tu. siap nak bercakap tup2 selamba je laki yang check passport aku tu. pandang muka aku n terus cop. Mak ai...senangnya. dah lepas aku terus p ambil luggage. Dalam hati mcm2 perasaan yang aku rasa. excited, berdebar2, syukur sesangat sebab selamat sampai. aku cuba bertenang sebaik mungkin. aku tak nak kakak aku nampak muka aku dalam keadaan pucat ke, takut2 ke.

Bila aku keluar, ramai manusia dah tunggu kat luar. berhimpun mcm buat perhimpunan haram lak. mata aku terus nampak kakak aku. aku lambai dia. nak tau apa yang dia cakap masa 1st time dia nampak aku keluar? dia kata; " apasal muka hang kerek sangat?" hahahhahahaha

Masa tulah aku kenal dengan Sabrina ( kakak aku kenal masa transit kt doha). dia Guru bahasa sepanyol di KUITTHO. tapi dia di universiti Madrid. kitaorang teruskan perjalanan ke mendez allvaro ( stesen bas). naik metro. yang bestnya Metro depa ni direct boleh terus pergi stesen bas dari airport. Plan asal kitaorang nak ke Barcelona dulu. Stay semalam kat sana balik Ahad n jenjalan kat Madrid lak. itu plan asal. tapi yang jadinya....hheheheheeh

turun naik metro akhirnya sampai gak ke tempat yang dituju. manusia memang ramai masa tu. weekend katakan. masalah nilah purse aku kena curi tapi aku still tak sedar. tanya suma kaunter bas ke barcelona penuh. yang ada pun pukul 6 petang esok. Kakak aku n Sabrina dah frust sebab tak beli tiket awal2. tapi kalau beli pun kalau flight aku delayed mcm mana kan. so kami bergegas lak ke charmatin ( stesen ketapi). ( kira malam tu berpluh2 kali jugaklah kitaorang turun naik metro. tren ni pilihan akhir sebab harganya mahal. tapi tren pun penuh jugak. ada pun untuk esok. pergi balik seorang 100 euro ( rm500). kalau bas 50 euro.

kami rehat sat fikir mcm mana na buat. Sabrina cadangkan pergi Barcelona balik hari. Hari Sabtu tu berjalan area Madrid dulu n malam ambil tiket ke Barcelona. Ahad kena balik sebab Isnin depa ada kelas. Aku frust jugak sebab aku tau Barcelona tu jauh. 7 jam perjalanan. kalau balik hari tempat apa yang boleh kami pergi? Tapi nak buat mcm mana kan? dalam kes ni masa memang tak ada sebab kakak aku n sabrina ada kelas. So kami patah balik ke mendez Allvaro beli tiket hari sabtu pukul 11 malam.

So..malam tu, sabrina ajak stay dekat stesen aje sebab nak jimat duit. aku dah geleng kepala. dah lebih 24 jam aku tak mandi. kepala aku dah start buat perangai. Sabrina ni umah dia di Madrid tapi oleh kerana dia plan nak ke Barcelona, maka housemate dia bawaklah boyfriend dia balik tido umah.( housemate nepal n cina. bf mamat spain). so...dia sendiri segan nak balik umah dia sendiri. hahahahahah. lagi satu kalau dia nak balik dia kena seludup aku n akak. stail menyewa umah kat sepanyol ni pelik sikit. tak boleh bawak kawan p rumah. bf spain tu boleh masuk sebab bangsa dialah katakan.dahlah tuanrumah tu rumahnya depan umah si Ina ni.
fuh memang mencabar sungguh adegan seludup tu. Naik lif kena sorang2. 1st si ina. then aku n kakak. si ina akan buka pintu umah dia siap2. then depend pada kepantasan kami nak masuk umah sebelum tuan umah dia sedar. bercakap dalam umah pun pelan2 sebab dekat sangat umahnya. Misi berjaya. Alhamdulillah.

bersambung lagi...

Comments

free lotto said…
I'm thankful with your blog it is very useful to me.
lotto winners said…
Nice blog. Thats all.
niza said…
Hi.. jalan-jalan Spain ekk.. kite duk sempadan ngan spain, tp br gi jalan barcelona. anyway, selamat berkenalan.
dhiya zafira said…
free lotto n lotto winners, thanx
dhiya zafira said…
hai niza...salam perkenalan. dok sempadan spain? di mana tu ya? portugal atau paris...

Barcelona...hmmmm..terkilan tak sempat pergi area pantai dia...apa leh buat. kalau ada rezeki nak ke sana lagi.
IdzaRis said…
best giler!!!
niza said…
hi dhiya..niza kat Toulouse, France. 3 hours from barcelona. dhiya kat mana sekrg? i add u kat my blog yek
dhiya zafira said…
idzaris...

memang best giler. kalau ada kesempatan, boleh pergi sana
dhiya zafira said…
hi niza...oh...kat france ya. saya dan balik msia. datang sana pun untuk bercuti je. silakan add. nanti saya add niza jugak.:-)
dhiya zafira said…
hi niza...oh...kat france ya. saya dan balik msia. datang sana pun untuk bercuti je. silakan add. nanti saya add niza jugak.:-)

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

mutiara kata sasterawan negara