Friday, August 22, 2008

satu catatan perjalanan V

Ketika baru sampai di Barcelona. Belakang tu stesen bas dan belah kanan tu stesen keretapi. waktu ni kira2 pukul 7 pagi.


Laluan tangga yang menggayatkan di dalam bangunan Sangrada Familia. Separuh tangga ada dinding kedua belah, separuh lagi yang sebelah dinding saja. wow..memang gayat. laluan tangga memang muat2 untuk seorang. PESANAN ! JANGAN PANDANG BAWAH....heheheheh


Di luar bangunan. ukiran patung2 jelas kelihatan di setiap ruang bangunan.


Sangrada Familia, hasil rekaan arkitek terkenal iaitu GAUDI, yang katanya tak pernah siap2 dari dulu sampailah sekarang.

Salam...
hmmm...hampir seminggu aku tidak menulis apa-apa di blog ni. Tiada alasan melainkan diri ini terlalu malas untuk memperuntukkan sedikit waktu untuk menjenguk ataupun menulis n3 terbaru. Walau apa pun aku kini kembali dengan sambungan cerita yang entah bilalah nak habis kan....? heheheheheh

Seperti n3 aku sebelum ini, aku menceritakan bagaimana aku berjalan di sekitar Madrid. Kali ini perjalanan aku akan diteruskan ke Barcelona.

Barcelona ini senarai tempat yang wajib kami pergi lebih2 kakak aku yang nak sangat ke sana. Dulu sepanjang setahun dia di sini, dia tidak mempunyai peluang untuk berjalan2 di Barcelona. Jadi, kali ini by hook or by crook, kami mesti sampai sana.
Kami menaiki bas dari Madrid pada jam 11.30 malam dan tiba di sana lebih kurang pukul 6.30 pagi. Lepas tu terus cari Metro. Kami melakukan kesilapan apabila tersilap naik teren dan tidak turun di tempat yang sepatutnya. last2 tren bawa kami sampai ke last station. Nasib baik jaraknya tak terlalu jauh. tetapi membuang masalah jugak sebab kami hanya ada 7 jam sahaja untuk berjalan2 di Barcelona.
Tempat pertama yang dituju ialah Sangrada Familia. Oleh kerana kakak aku nak pergi sangat, jadi tempat ni memang dalam senarai teratas. lepas tu kalau ada masa baru beranjak ke tempat lain. Rupanya mudah saja nak sampai ke SF ni. Naik metro n turun di stesen SF. keluar metro, n bangunan yang menjulang ni terpacak depan mata.
Harus diingat, kalau boleh mulakan perjalanan seawalnya kerana tempat ni memang menjadi perhatian ramai. buka pukul 9 pagi dengan bayaran 10 euro seorang. kalau student dapat diskaun 2 euro.Kalau nak pakai guide, bayaran lebih tinggi akan dikenakan.
Nak naik ke tingkat atas ada 2 cara; sama ada naik lif atau tangga. Rasanya semua akan naik lif. bayaran dikenakan sebanyak 2 euro. bila nak turun, kita boleh pilih jugalah n selalunya orang akan turun dengan menggunakan tangga. ada dalam lebih kurang 300 anak tangga.( tak pasti).
Di atas, korang akan dapat lihat permandangan bandar Barcelona. Kat sini nak lepak lama2 memang payah sebab laluannya sempit. kalau nak bergambar sakan, jenuh orang belakang nak tunggu. cara yg terbaik, bagi mereka lepas dulu.
Turun pulak ok je..tak ada masalah. tapi bagi yang lemah semangat dan gayat janganlah gatal2 nak pandang bawah ye..ehheheh..seperti gambar di atas, tangga yang hanya ada sebelah sahaja pemegangnya. fuh...aku risaukan kakak aku je. dia ada dinding dua2 belah pun asyik menjerit gayat. Tapi alhamdulillah, selamat sampai ke bawah juga. mujur kami tiba awal, sebab masa kami nak keluar, line beraturnya teramatlah panjangnya.
samb...

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...