Thursday, January 31, 2008

loving yourself


"One must learn to love oneself before one can learn to love others." --Source Unknown
You must first love yourself before you can fully love another...by Jennifer Good

In life, we may find it easy to allow ourselves to love and accept multitudes of other people, but when it comes to loving ourselves we're not as forgiving. In fact, we can be quite relentless in our pursuit of perfection. So, how then do you learn to put aside all the shoulds and should nots we face, and really begin a love affair with yourself?
The first step is to realize that you are somebody. You're a friend, someone's daughter or son, possibly a lover, an employee or employer, or maybe even someone's spouse. No matter how your role changes, you're still somebody. Nothing will ever change that.
The next step is to take time out to actually love yourself. In romantic relationships it is often said that true love is shown through actions, not words. Learn to apply this to yourself with the following ideas, and you'll be on the road to a lifetime romance, with yourself!
Dear Me...
Write a love letter to yourself. In the letter describe what you really like about you, and what you'd like to improve about yourself. Keep it in a special place you can refer to when needed.
Scheduling Time
Make appointments with yourself to do artistic or spiritually uplifting activities. For example, you might enjoy going on a picnic at the park, taking a tour through an art museum, or taking a walk in a secluded area.
The Finer Things In Life
Enjoy the finer things in life! Eat on your "good" dishes. Enjoy a candlelit meal. Listen to a favorite CD . Wear your favorite clothes. Treat yourself to unexpected present.
Enlighten Yourself
Try learning an enlightening hobby such as yoga or meditation.
Freedom Of Yourself
Give yourself freedom to make mistakes. Instead of questioning why you are doing, or may have done, something, just accept that you did it. Know inside that you'll handle it when you're ready to, and that it is okay to do just that.
Forgiveness
Forgive yourself for something in your past. Write a letter of apology that includes everything you might have done. Seal it in an envelope, and keep it somewhere private.
Day-By-Day Live
life day-by-day. Try not to worry about what will, or will not happen in the future. Or, what may, or may not have happened in your past. All things are created in the present. Remember, your future and your past are created by what you are doing right now this very moment.

Thursday, January 24, 2008

TELOK DALAM RESORT, PANGKOR


Pemandangan kat sini memang superb. tenang dan mendamaikan. 1st time datang aku dok berkira-kira bila masa aku boleh terjun ke laut / kolam. sayang sekali jadual kursus memang pack sampai aku tak berpeluang langsung menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini. Foto ni dirakam pun in between classes dan on the way ke kelas. Aku sempat mandi sekejap melepaskan gian. Ajak kekawan semuanya tak mau. masing2 nak rehat sebab malam pun ada kelas. pertang sabtu ada masa luang sejam sebelum dinner. Aku memang tak tahan kalau tgk air...so sorang2 aku pergi ke pantai. konon2 tak nak mandi. hanya nak menikmati pemandangan tapi hahaha...aku terjun jugak. tak sampai sepuluh minit asalkan gian aku lepas. lagipun maghrib nak masuk. aku seorang pulak tu...kekadang tgk laut yang tenang pun jadi takut jugak..hahahaha


Ni satu lagi pemandangan yang membuatkan aku nak terjun walaupun tengah berbaju kurung sekalipun. Aku cukup dengki dengan budak lelaki yang terjun ke kolam walaupun dah pukul 11 malam. Aku...sayang tak ada geng...kalau nak kerana malu, harus aku join budak lelaki tu sama.


Ni kawasan chalet, laluan ke tempat aku menginap. Waktu malam memang cantik sebab lampu akan menyelusuri setiap jalan n lampu luar chalet akan menyala. Tetapi keadaan agak gelap kalau bilik kita tu jauh sikit pada orang ramai...seram beb...dahlah kelas habis pukul 3 pagi.

Ni chalet aku. Bilik 124. Aku duduk dengan bos aku. hihiihih...



Satu lagi pemandangan yang indah. sebenarnya banyak lagi gambar aku ambil. Siapa nak nak cari ketenangan, memang kat sinilah tempat yang sesuai. Kalau anda penulis, nak cari ilham...hihihi datanglah kat sini.

im back

Salam...
Aku akan postkan n3 sekejap lagi...

Thursday, January 17, 2008

pangkor




Salam...
Aku tidak akan online dari esok sehingga ahad kerana kursus di Pulau Pangkor. yey...yey...kursus sambil bercuti..hihihih. Dalam pada tu frust jugak sebab ari ahad ni adik lelaki aku akan bertunang. Aku dah memang plan nak pi ke Baling tapi tup2 dapat call semalam, jadi terpaksalah... "SAYA YANG MENURUT PERINTAH'. Apa pun kita berjumpa minggu depan. Doakan aku selamat pergi dan balik...

Tuesday, January 15, 2008

Finally...it's here...HAK CINTA TERPELIHARA


Salam...
Akhirnya aku dengan senang hati boleh mewar-warkan kepada anda semua. Novel terbaru daripada Novelis Lynn Dayana akhirnya boleh di dapati di pasaran tidak lama lagi. Kalau sesiapa yang tidak sabar menunggu ianya dijual di kedai2 buku, bolehlah melawat kedai buku Alaf 21 di Shah Alam untuk mendapatkan novel yang dijangka 'BOOM' ini.
Kepada sesiapa yang inginkan kelainan, inilah novel yang perlu anda cari dan baca. Aku yakin kepuasan tahap maksima untuk pembaca semua...hahahhaha...( promote gila ni...lynn, royalti bahagi dua tau...hahhahahah)
Untuk Lynn Dayana...Jika benar Cinta maka Hak Cinta akan terus terpelihara...TAHNIAH!!!

10 Tabiat rosakkan otak



1. Tidak mengambil sarapan pagi -Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok -Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ` Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan -Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur -Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur -Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat -Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasiboleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincanganyang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.



"Telah (jadilah) kamu sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia.. Kamu sentiasa menyuruh kepada perkara ma'ruf, sentiasa mencegah perkara munkar, dan kamu sentiasa beriman kepada Allah. Dan kalaulah ahli kitab itu semuanya beriman, nescaya itu adalah lebih baik bagi mereka. Cuma sebahagian daripada mereka yang beriman sebaliknya kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq."

Tahniah

Salam....
Aku ingin mengucapkan tahniah kerapa LD kerana novel ke 2nya bakal berada di pasaran hujung minggu ni.( kalau tidak pun minggu depan) Apa judulnya biarlah rahsia dulu kerana aku menunggu LD mengumumkan di dalam blognya terlebih dahulu.
Yeah...anaknya ke2 sudah lahir. Semenjak LD call aku semalam, aku yakin senyumnya sudah sampai ke telinga dan masih lagi tersenyum untuk hari2 mendatang.
Aku juga sedang menunggu kelahiran 'anak' ke 2. bila? Wallahualam...Insyaallah akan tiba masanya nanti. Aku percaya senyuman LD akan berjangkit pada aku, pada LK dan sesiapa juga yang sedang menanti. Aku percaya kerana percaya itu satu kuasa. sesiapa yang mempunyai kepercayaan...maka dia berkuasa.hahaha...

Wednesday, January 09, 2008

Hijrah

Salam...

1 Muharam detik permulaan
Permulaan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
rela berkorban harta dan nyawa
demi menegakkan ISLAM tercinta...
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
..............................................
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
tegakkan syiar ISLAM
untuk sepanjang zaman...
untuk sepanjang zaman...
* Aku terlupa lirik lagu ini. siapa yang boleh bantu....silakan jangan segan. Masa kecil2 dulu asal berkumandang je lagu ni mulalah aku koir dengan adik beradik. Kami lawan suara siapa yang paling tinggi dan best. hahaha...
Lagu ini liriknya simple sahaja tapi bisa menusuk kalbu bila membacanya. Kita sampai matipun memang tidak akan terbanding dengan pengorbanan dan keazaman Rasullullah SAW dan para sahabat dulu menegakkan ISLAM. sekecil-kecil zarah pun mungkin tiada. Membaca kisah2 Nabi dan para sahabat selalu sahaja membuatkan aku insaf dengan kelemahan diri. Rasullullah SAW berjuang bermati-matian untuk umatnya sedangkan aku, sering tewas dengan perjuangan diri sendiri. Diberi dugaan sedikit cuma, namun aku cepat mengalah. Aku cepat merasa hampa kalau apa yang diinginkan tidak menjadi kenyataan. Argh...Jauh sekali sikap aku kalau berbanding dengan pemimpin AGUNG itu.
Ya...hijrah itu pengorbanan. Hijrah itu perjuangan. kalaupun kita tidak mengangkat senjata berjuang mempertahankan ISLAM...perjuangan yang kita lakukan sekarang lebih kritikal berbanding dahulu. Perjuangan mempertahankan keimanan dan ketakwaan yang semakin menipis. Perjuangan mempertahankan maruah Islam yang sering diperkotak katikkan oleh anasir2 tertentu. Perjuangan memastikan umat Muhammad SAW tidak tergolong dalam golongan jahilliah. Itu yang perlu kita lakukan. Dan... kalaupun kita tidak mampu berjuang untuk orang lain, memadailah berjuang untuk diri sendiri.
SeLAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1429 UNTUK SEMUA UMAT ISLAM DI MANA JUA ANDA BERADA.

Tuesday, January 08, 2008

dapt buku yey...yey


Salam...
Aku terima buku ini kiriman dari seseorang. Semasa menerima terkejut juga sebab aku memang tidak menjangkakan akan mendapat kiriman ini daripadanya. siap pos laju lagi...hahha...apa pun terima kasih buat kak Fazilla, yang selalu tidak lekang dengan buah tangannya untuk aku. terima kasih kak. bertambahlah koleksi buku aku...yessss.....

Saturday, January 05, 2008

tulis...tulis...tulis!!!


Salam...
Musim aku berehat sudah tamat. Aku kembali mengadap laptop untuk meneruskan manuskrip ke 3. Permulaan masih belum panas...aku lebih banyak berangan dan merencanakan idea. Secara dasarnya aku tahu apa yang aku mahu lakukan namun seperti biasa bila jemari ini berlari di atas permukaan laptop, lain pula hasilnya. Ya...apabila menulis selalunya jari aku lebih laju dan membuat ceritanya sendiri. Setelah beberapa hari, aku sudah sampai ke mukasurat 26. Aku agak kagum dengan diri sendiri(wah...perasaan dhiya) kerana mengenangkan perasaan malas yang aku hadapi setiap kali mahu membuka laptop.
Cadangnya aku mahu menyiapkan mss ni pada bulan Jun sebelum mula projek yang ke 4. Kalau boleh aku mahu siapkan 2 mss pada tahun ini. Ataupun 1 setengah ( hahahah...boleh ke mcm tu?)
Apa pun aku harapkan tahun ini tahun yang produktif bagi aku.

Thursday, January 03, 2008

gerammmmmmmmmm....


arghhhhhhhhhhhhhhh....aku benci oggix...kenapa suka telan text aku???

back to school

Salam...
Hari ini persekolahan sudah bermula. Bebudak sekolah dah tak ada peluang untuk bangun lambat setiap hari. dalam umah aku, adik yang bongsu di kelas tingkatan enam atas. dia pun sibuk iron baju sekolahnya...siapkan beg dan apa yang patut. Yang pasti rutin tidur awal kembali jadi kebiasaan. Aku...hihihi yang pasti musim sekolah ni bermakna pagi-pagi aku di library akan lebih tenang dan aman. kalau sibuk pun selalunya waktu petang, masa bebudak balik sekolah.
Tadi aku hantar adik ke sekolah. dari kamunting sampai taiping jem teruk betul. dahlah dari rumah ke sekolah adik aku ada 9 traffic lights. hahhaah....nak tak nak terpaksa meredah short cut yang ada. dah nampak macam jem kt KL pun ada. yang untungnya, jarak tak berapa jauh. so tak adalah nak terasa keluar asap kat kepala.
Apa pun aku nak ucapkan selamat menjalani persekolahan pada pelajar2 sekolah dan selamat bekerja kembali pada guru2 yang bercuti panjang. hihihi...semoga terus kekal cemerlang...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...