Assalamualaikum,
Sesuatu telah berlaku semalam. ayah aku ditahan di wad kembali. setelah mengadu demam dan sakit perut, sekali lagi ayah pergi ke hospital. pemeriksaan awal membayangkan yang kemungkinan darah putih ayah berkurangan. dan kemungkinan ayah mengidap gastrik. aku tak tahu nak kata apa. ayah ada history dengan kanser. setelah 4 tahun berlalu, aku takut kejadian itu berulang lagi. aku takut ayah akan berperang dengan penyakitnya semula. dengan chemo dan radiotherapynya. argh...aku tidak dapat membayangkan jika itu yang terpaksa ayah alami. hari ini ayah akan diperiksa oleh doktor. Ya ALLAH, biarlah tiada apa-apa yang berlaku kepada ayah. jangan Kau duga ayah dengan begini hebat. Tabahkanlah hati ayah menghadapi semua ini. biarlah ayah hanya demam biasa sahaja. ayah juga berhak sihat seperti orang lain.
buat teman-teman, kalau sudi tolong doakan ayah....
1 comment:
aduhhhh ... kimoterapi ... tak dapat dibayangkan .... walaupun yang kena tu sedara ... semoga ayahanda sembuh segera ...AMIN
Post a Comment