Friday, November 10, 2006

boleh saja baca kalau mau....

Di mana boleh cari ramai Melayu

Pastinya di Kelantan dan Terengganu

Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu



Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu

Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu

Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu

Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu



Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu

Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru

Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu



Terkenal dengan budaya malas dan lesu

Berlepak buang masa tak jemu-jemu

Atau baca majalah URTV, Mastika, Metro pasal cerita hantu

Tengok telenovela dari Filipina dan Peru



Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu

Sambil makan junk food, kuaci dan muruku

Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru

Apa pakaian Siti nak pakai, itu yang nak tahu



Mana tak gendut berpenyakit selalu

Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu

Rambut warna perang perasan bukan Melayu

Asal bergaya jenama mesti ada, sanggup makan nasi dan toyu



Boleh tak jumpa mereka di kedai buku

Atau di perpustakaan dan majlis ilmu

Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu

Ada tapi kurang sangat mereka di situ



Kenapa melayu jadi begitu

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru

Pemimpin negara atau raja dulu-dulu

Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu



Nak harap Kerajaan saja membantu

Terutama sekali kontraktor kelas satu

Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu

Pasal jambatan sengek atau siapa dia penghulu



Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu

Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju

Boleh! dengan beberapa syarat tertentu



Pertama dengan banyak menguasai ilmu

Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku

Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu

Tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

4 comments:

Abang Long said...

ketawa mengekek - ngekek bila baca pantun tu, orang melayu kalau nak maju bukan susah, ambil Al - Qur'an sebagai panduan, bukannya Akhbar Utusan !.

Anonymous said...

bagus pantun ni. sapa yang tulih???-mawar biru

dhiya zafira said...

hihhi....ada umat emelkan kat aku...menarik dan sinikal....tu yg aku post tu

dhiya zafira said...

hihhi....ada umat emelkan kat aku...menarik dan sinikal....tu yg aku post tu

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...