Wednesday, January 02, 2013

'BACA dan ULAS' ~ ulasan 5 pemenang


BerikUT adalah ulasan dari 5 pembaca yang memenangi peraduan ' Baca dan Ulas' Oktober lalu...Nombor adalah random ya kerana setiap daripada mereka memenangi hadiah yang sama. Set sujeo ( sudu n chopstick) dan Bookmark merangkap sanggul rambut merangkap pembuka surat..heheh all made in korea okeh..heheheheh



1. Noraini Abd Aziz

Sebelum saya membuat ulasan ttg TBK, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah & syabas kepada Dhiya kerana penghasilan novel ini.
Walaupun ulasan ini untuk pertandingan, tapi saya menulisnya berdasarkan pandangan peribadi saya dan terlebih dahulu saya memohon maaf andaikata ada ulasan saya yang tidak kena pada pandangan Dhiya. Maklumlah, I’m just a reader so ulasan pun mesti tak sama macam the writer kan ? Anyway, I’m glad to be a part of it…so this is it!
TBK memang novel yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat Dhiya, termasuk saya! Jimmy’s story always worth waiting. Bagi pembaca tegar novel2 Dhiya mcm saya, Jimmy dah well known dah. His feature dah mmg terlekat di minda. Begitu juga dgn twinnya Afi dan klik dia terutamanya Rif. Tetapi walaupun kehadiran hero&heroin JKP sentiasa ada dlm TBK, novel ini masih lagi all about Jimmy & Auni! Itu yang saya suka sangat. Dhiya berjaya menjadikan TBK berdiri dgn sendirinya. Sehingga kadang-kala saya sendiri terlupa bagaimana hangatnya Rif & Afi bercinta disebabkan Jimmy & Auni!
Saya suka cara Dhiya mengolah percintaan antara Jimmy & Auni. Straight forward & sweet! Love at the first sight..suka tengok ( diminda ya ) karakter Jimmy masa memikat Auni.  Funny yet logical! Kelakar tetapi mmg cinta itu sesuatu yang boleh membuatkan dunia kita tunggang terbalik ! TBK memperlihatkan the other side of Jimmy. Kalau dlm JKP, Jimmy yg kita kenali adalah lebih serius ttp TBK mengenalkan kita kpd Jimmy sebagai seorang lelaki biasa. Lelaki yg perlukan cinta & keluarga.Dhiya mmg pandai memilih pasangan Jimmy. Saya suka sangat dengan watak Auni Sofina. She really something. Entah mengapa, saya asyik terbayang Angelina Jolie bila baca ttg Auni Sofina! She fit the character!! Macam dalam TOMB RIDERS tu..terutama waktu dia dan Jimmy beraksi.
TBK bukan sekadar novel yang boleh dibaca tebuk-tebuk ( istilah kawan saya yg mmg kaki novel gak ). TBK perlukan penghayatan . TBK perlu dibaca daripada mukasurat pertama hingga ke akhirnya. This is the beauty of TBK! Tidak seperti sesentengah novel yg mmg predictable. Ya, memang pembaca sukakan happy ending but the twist in it yang buatkan pembaca teruja. Itulah yang ada dalam TBK. Tidak seperti kabanyakan novel yg hanya menggunakan konflik jiwa @ keluarga, TBK lebih besar skalanya. Tidak meleret-leret dan padat dengan plot-plot yang berbeza.
Seperti yang pernah saya nyatakan dulu, Dhiya mmg queen of flashback! Imbas kembali Dhiya mmg brilliant..saya suka! Walaupun watak2 dlm TBK telah wujud dlm JKP tetapi penghasilan ceritanya mmg berbeza. Tak klise langsung! Kali ini Jimmy lebih byk beraksi sbg individu & tanpa uniform! Walaupun banyak aksi, tetapi TBK juga penuh emosi. Saya rasa touching sangat membaca part Auni ckp dgn Jimmy ttg baby mereka waktu habis tahlil di pusara Jeff…feel like crying jer…dan suka sangat bila Dhiya mentioned JIMMY OPPA..sweet je bunyinya…
Overall, TBK memang TERBAIK BUAT KU! Sungguh tidak menghampakan. TBK akan memberikan impak yang besar kepada orang yang membacanya. Garapan Dhiya kali ini, seperti yang sudah2, memang TERBAEK!! Salute to you..semoga terus sukses lagi dalam menghasilkan novel2 yang bermutu dan menghiburkan. InsyAllah J
p/s : Cover pun mmg sesuai untuk Jimmy ‘s Story…I LIKE...


2. iLHANI mAZLAN

~assalamualaikum kak dhiya,sy pn nak join baca dan ulas TBK.. 

Assalamualaikum wbt..
Sekalung tahniah buat novelis Dhiya Zafira di atas kelahiran buah tangan yang ke- 6,Tertulis Buat Kita aka Jimmy’s Story.
Kalau dulu dalam JKP,watak Jimmy ada di antara celah-celah Rif dan Afi. Tapi kali ni Najmi Hariri si komando yang menjadi hero di samping pelengkap hidupnya,Auni Sofina.
Bagi saya, cerita ni sangat best. Satu,jalan ceritanya lain dari yang lain. Kalau sekarang fenomena novelis menulis cerita kahwin paksa, kahwin sebab khalwat dan sebagainya. Tapi penulis TBK memilih jalan cerita yang langsung jauh dari cerita yang stereotaip. Saya puji penulis yang berani membuat kelainan pada jalan ceritanya. Jalan cerita yang tak klise.
Kedua, penulis TBK menggunakan ayat yang mudah untuk dihadam oleh pembaca. Dan saya amat suka penggunaan bahasa Inggeris dalam TBK. Simple.
Ketiga, dah tentu warna-warni watak hero dan heroin TBK yang melengkapkan perisa dalam TBK. Kalau dalam JKP, kita hanya kenal Jimmy si Cougar yang merbahaya. Tapi melalui TBK,kita dapat kenal Jimmy dari pelbagai sisi. Jimmy yang tegas,dan tough. Tapi pada sisi lain seorang yang lembut hatinya dan juga kelakar. Kalau lelaki lain di tempat Jimmy belum tentu lelaki tersebut punyai kesabaran macam Jimmy. Sabar je walau nak kena tembak dengan isteri sendiri.
Auni Sofina. Nampak je lembut tapi sebenarnya sangat lasak. Kasih sayangnya terhadap Jeff amat mengharukan. Tetap berharap abangnya pulang. Tapi Allah lebih sayangkan Jeff. Auni, seorang wanita yang keras kepala tapi lembut di hati.
Part yang paling best dalam TBK semasa Auni tembak Jimmy. Jimmy sempat lagi berayat manis dengan Auni. Padahal waktu tu antara hidup dan mati. Jimmy pun macam pasrah je dan sangat memahami kenapa Auni tembak dia. Tapi Auni pun sebenarnya tak sanggup nak tarik picu tu. Part paling sedih sewaktu Auni menjadi ‘tawanan’ pada suami sendiri. Masa tu, Jimmy seolah-olah dibayangi Cougar. Sangat menakutkan. Cakap pun beraku-kau. Tapi dalam hati,Jimmy pun sedih sebab layan Auni macam tu tapi itu semua untuk kebaikan Auni sendiri.
Keseluruhannya, TBK amat mengujakan kerana jalan cerita lain dari yang lain,dan watak-watak hero-heroin yang membuai rasa. Konflik pun mudah untuk difahami. Dan cerita ni buat saya rasa semakin nak tahu apa yang akan jadi selepasnya dan seterusnya. Di tambah pula dengan unsur-unsur suspens,komedi dan romantika de amor membuatkan adunan TBK menjadi sempurna dengan segala rencah rasa. Tahniah buat Dhiya Zafira. Semoga terus berkarya 




3. Ilham Adda

Assalamualaikum akak dhiya zafira --_--



Hehe rasanya belum terlambat lagi kan nak wish happy belated 1st anniversary..semoga akak dan suami berkekalan bahagia hingga ke jannah…akak tarikh luput dah nak tamat kan peraduan  “baca” dan “ulas” TBK..baru berkesempatan nak review nih…sorry sangat-sangat lambat post…buzy lah “konon” eheh  apa-apa pun saye cube ye…
Watak di dalam TERTULIS BUAT KITA dijodohkan sekufu..sekufu di dalam keturunan,sikap dalaman dan luaran..AUNI SOFINA dan JIMMY merupakan watak utama sebagai “HERO” dan “HEROIN” di dalam novel ini..sekufu yang saye  nak katakan di antara mereka ini antaranya yang dapat di lihat :-

PERTAMA:  Mereka mempunyai 2 sahaja adik beradik iaitu lelaki dan perempuan..pertama pasangan kembar yang berlainan jantina.JIMMY abang ,adik kembar perempuannya AFI…manakala AUNI adik perempuan kepada JEFFRI..erk first time saye bace,saye rase Auni and Jeff kembar..betol kan saye rase betol dieorang kembar.. tp saye cek cek balik saye jumpe “abang” je…ehhh???apakah.. eheh kalau salah maaf akak...@_@

KEDUA: Kedua-duanya terlibat di dalam suasana dan profesyen /kerjaya ketenteraan.Jimmy atau Mejar Najmi Hariri dari Unit Grup 21 Gerak Khas dari Kem Sungai Udang Melaka... #bace cerite ni bile lalu melake and sg udang hati rase berbunge bunge je...gaye macam jumpe 5 komando tu kihkihkih....Manakala abang Auni, Jeffri juga merupakan seorang askar komando.Semasa di hantar ke Kem Mersing ,Jeffri mengatakan dirinya telah dianaiya dengan fitnah mengambil dadah yang telah dijumpai oleh pegawainya di dalam loker Jeffri.Walaupun Jeffri lepas ujian air kencing ,kesnya dibawa ke mahkamah tentera yang telah menyebabkan Jeffri  telah dijatuhkan hukuman ‘DI BUANG PERKHIDMATAN’.. bab nie saye sungguh geram tang abang die ikut kumpulan jahat tuh…isyhhh patotlah Auni brutal plus lasak…^^

KETIGA: Dalaman diri yang kuat ,bersifat berani dan nekad,dendam yang kadangkala mempengaruhi pertimbangan akal… TBK merupakan sekuel JKP... jujur di akui.. ’tak senang baring’ duk habiskan TBK...kejap kanan kejap kiri pastuh menonggeng semua ade..ehe. lagi lagi bila imaginasi penulis bertembung dgn  emosi dan realiti si pembaca.... amat mendera perasaan,fizikal dan mental..amat amat geram!!! Akak masih mengekalkan (prolog) yg mampu menjadikan ‘oh kenapakah, apakah, mengapakah sume terlayar2 di dalam kepala,hati dan sanubari..
 
Dgn situasi yg sebegini
 
pin keselamatan pistol dibuka.. & muncungnya dihalakan kearah jantung ‘ lelaki’ itu...”..dan ‘lelaki itu’ menjawab tenang “ I love you. Remember that, at least...”
 
Ingat kan sape yang terbunuh dan dibunuh..oh akak.. Dan untuk heroin “A” kali nie memang lebih tripple tabik spring toing toing plus brutal.. paling ekstreem..bab paling cun dan tersenyum2 apabila MEJAR NAJMI HARIRI mula falling in love dengan gurlz yang benci tahap petala kelapan dengan tentera di pulau lagenda tu.....tapi tapi tapi dari benci  bertukar sayang dan akhirnya lafaz ‘aku terima nikahnya’ termetrai....awal2 perkahwinan yang bahagia tuh sesungguhnya so sweet...

KEEMPAT: Perasaan kasih dan sayang.Setegas-tegas hati,sekeras-keras semangat,sebagai manusia biasa,anugerah berkasih sayang,ingin dimencintai dan dicintai  tidak dapat di hindari oleh kedua-dua watak.Akhirnya perasaan ini diluahkan dan mereka bertemu jodoh seterusnya menjadi pasangan suami isteri. TAHNIAH akak..akak berjaya membuatkan saya ‘merasai’ keperitan.. kesakitan saat Jimmy diperlakukan sebegitu hingga  meninggalkan ‘parut’ yg mengakibatkan Afi trauma dan Auni menjerit sedih dan marah saat pertama kali terpandang  “art yang sungguh ‘opsss’ tercipta di belakang badan jimmy”.

KELIMA: Kasih sayang di antara dua bersaudara,walaupun berlainan jantina biasanya pasangan kembar ini kuat deria rasanya..dan saling berhubung kait lebih-lebih lagi jika salah seorang dari mereka berada di dalam kesusahan atau kesedihan.rasa begini pasti akan terasa sejak mereka dilahirkan sehinggalah salah seorang daripadanya meninggal dunia..memang terasa saat Afi marah gila-gila ngan Auni dekat hospital tu..saat pinggan pringggg jatuh bekecai time abang dia nak kene tembak and time Afi takut nak lepaskan abang dia kawin…

Walau bagaimanapun novel ini mengajar pembaca menerima hakikat bahawa takdir setiap orang telah ditentukan Allah SWT sejak azali lagi.. seharusnya pasangan suami isteri haruslah saling berkasihan, saling memahami, saling mempercayai dan menerima kekurangan dan kelebihan pasangan nya sebagai satu anugerah yang istimewa...sikap sedia memaafkan adalah kemuliaan akhlak seseorang insan..#tapi akak bab yang nak last-last tu saye memang geram and tak percaya sampai sekarang kenape Auni nekad nak bunuh suami dia..heeh suami tuh S.U.A.M.I…pastuh die menyesal pulak dia dah tembak.. dia tak terfikir ke kalau suami dia betol-betol mati time tu..memang tak faham... complicated sungguh jiwa time ni..

Last but not least asal lah name2 hero akak semua nye sedap2....rase macam betol-betol hero lah.. Adnan Taufik,Izz Karami,Jad Imran,Ziyad Sidqi,Najmi Hariri
Adha Hijazi...Isyhh  kalau bolehkan novel kief story(Khilfi Arami kan name die...^^) lepas ni nak tebal-tebal ea,so tak de la cepat sangat rase habis baca. Hehehe.. ape ape pon terubat rindu pada Afi dan Rif bersame anak-anak kembar mereka…

Paling cun habis ayat nih…
Aku bukan orang pertama yang kau benci,tapi percayalah..Kau orang pertama yang kucintai.
Novel ini tetap ada keistimewaan tersendiri antara kesemua novel akak…keep up the good work akak..may ALLAH bless u


Yang mengkomen,
Ilham Adda at kem desa pasifik kL
isnin



4. Melawati Ali

Salam dhiya...ni ulasan dari saya, tak tahu ok ke tak, dah lama tinggal alam sekolah hihihi......

Sebuah lagi karya Dhiya Zafira, TBK-Tertulis Buat Kita- dari sudut pandangan saya.
TBK juga novel aksi-romantik, cuma kali ini Dhiya banyak bermain dengan emosi.Sesiapa yang sudah pernah baca karya Dhiya sebelum ini pasti telah mengenali watak Jimmy iaitu hero dalam novel ini.Bagi yang belum mengenali Jimmy, Jimmy adalah seorang komando berpangkat mejar-Mejar Najmi Hariri. Kali ini Jimmy tidak banyak aksi namun Jimmy lebih bermain dengan emosi apabila dia bertemu dengan Auni, seorang gadis yang dikenali di Langkawi semasa menjalankan operasi mengumpul maklumat. Mereka telah jatuh cinta dan kahwin tanpa mengetahui ada rahsia yang perlu dirungkaikan. Permulaan perkahwinan yang sepatutnya mereka rai dengan gembira telah bertukar menjadi tragedi apabila Auni mengetahui bahawa pembunuh sebenar abangnya adalah Jimmy atas tuntutan tugas.
Jimmy yang pada mulanya baru mengetahui bahawa pembelot yang dibunuh semasa dia dalam undercover dahulu adalah abang Auni, yang sentiasa ditunggu oleh isterinya itu. Melayan perasaan kecewa, dendam dan tertipu, Auni telah berpakat dengan Robert iaitu musuh lama Jimmy untuk membalas dendam. Demi dendam juga, Auni sanggup membunuh Jimmy. Walaupun Auni telah berjaya membalas dendam, namun hakikatnya hatinya tidak tenang, malah semakin pedih da perit disebabkan cinta yang mendalam terhadap Jimmy.
Rif, Afi,Luqman,Eddie dan Helmi pula adalah 'penambah perisa' da watak penyokong dalam memainkan peranan besar dalam membantu Jimmy melalui masa2 pemulihan emosi.
Dhiya berjaya membawa kita menyelami hati Auni dan juga Jimmy. Walaupun Jimmy salah seorang komando yang cukup berani dalam menjalankan tugas, kadang kala tertewas juga dalam perang emosi.
Keseluruhan ceritaTBK ini adalah terbaik. Bagi saya, Dhiya telah menghasilkan novel yang cukup hebat. Kepada sesiapayang belum mendapatkan TBK, cepat dapatkannya dan hayati sendiri.Jom kita pakat2 mengenali Jimmy-Auni and the gang.
Kepuasan membaca karya beliau, terasa harga novel yang dibayar amat rendah berbanding pulangannya.Boleh dikira menang membeli, menang lagi membaca.....sekian.


5. SiKicap LadaHitam aka Rinn

askah yang mengangkat Jimmy sebagai hero ini sangat berbeza dari komando-komando lain yang pernah diangkat Dhiya Zafira dalam novelnya. Jimmy memang kita kenali sebagai seorang abg yg penyayang walaupun kerjayanya penuh pertempuran demi pertempuran. Pertemuan pertama Jimmy dan Auni jelas membuat kita merasa mereka seperti pinang dibelah dua apabila mereka sama2 meredah laut dalam kenderaan yg mengalami kegagalan brek. Situasi yang mencemaskan itu dikendalikan Jimmy dengan tenang dan dengan hati yang dilamun cinta :)
Auni adalah watak yang ada kekuatan yang berbeza. Selalunya kalau menyebut watak wanita yang kuat dalam sesebuah novel, ia merujuk kepada kekuatan mental dan emosi. Tapi Auni dia bukan saja kekuatan mental dan emosi, dia juga memiliki kemahiran yang menonjolkan kekuatan fizikal. Kekuatan fizikal itu mengangkat dia menjadi setaraf dan seiring dengan Jimmy. Auni mempunyai ketangkasan yang mampu menjatuhkan seorang lelaki dewasa. Kelebihan2 dan kekuatan2 itu juga menjadikan dia seorang yg mudah berdendam dan bertindak dengan emosi untuk melunaskan dendam.
Kebahagiaan mereka tercemar dek tindakan lalu yg tidak dapat dielakkan. Apabila Auni menunjukkan gambar Adli Azeem, aku terus cepat2 menyemak prolog di awal cerita. Prolog itu pada awalnya tidak memberi apa-apa rasa terus menimbulkan rasa berdebar-debar. Will she pull the trigger? Dari titik itu pembacaan sudah tidak boleh dihentikan. Mesti dihabiskan. Kalau tak nanti tak bleh tido :)
Pada aku Dhiya Zafira berjaya mengangkat Tertulis Buat Kita lebih baik dari Jauh Kau Pergi yang sebelum ini kelihatan setara hebatnya dengan Hati Bergetar Rindu. SEbelum ini apabila membaca karya Dhiya Zafira aku letakkan JKP sebagai penanda aras, dan untuk karya Dhiya Zafira seterusnya, penanda arasnya adalah Tertulis Buat Kita. :) tahniah buat penulis yang berjaya membaurkan elemen thriller dengan baik sekali ke dalam sebuah kisah cinta yang penuh emosi.
Perjalanan cerita yang dalam gerakan cepat dan pantas membuat jalan cerita tidak membosankan tetapi entah kenapa endingya terasa ditamatkan dengan agak mudah dan predictible. At one point aku terfikir Auni mungkin akan menembak Jimmy untuk mengaburi Robert dan konco-konconya bahawa Cougar sudah benar-benar mati dan mereka akan berenti memburu Jimmy.
Apa2pun jutaan terima kasih buat Dhiya Zafira kerana menjadikan kisah ini HAPPY ENDING!
--
Sure fine whatever
Rinn

4 comments:

ismi nurash said...

terima kasih untuk hadia tu akak :)

i.A said...

terharu dpt hadiah...nk ckp lagi lagi n lagi...terime kasih akak dhiya zafira.....semoga murah rezeki..

dhiya zafira said...

Ismi nurash dan Ilham Adda..

Tahniah ya..Aminnn ya rabbal alamin atas doa...

sue said...

Baru hbis baca...salute...x blh tdo terkenang2 jimmy n auni..

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...