Wednesday, January 09, 2013

Korea ~ Day Two Part Two

Salam...

Selepas habis melawat Jeju Folk museum (boleh baca di sini), kami bertolak ke SEOPJIKOJI HILL ( mak aiii..payahnya nak sebut nama benda alah ni). Di sinilah tempatnya pengambaran drama ALL IN..lakonan Song Hye Kyo dan Lee Byung Hun dilakukan. Masa sampai kat tempat tu si Jamilah siap berpesan supaya jangan ambil gambar sebarangan terutama gambar-gambar ahjumma yang sedang berniaga. Sebab kebanyakkan mereka ni memang tak suka pelancong ambil gambar mereka. Di kawasan sini juga terkenal dengan sotong bakar. Kalau ada peluang rasa..silalah rasa .itu kata Jamilah. tapi saya tak rasa pon..sebab saya tak suka bau sotong tu dibakar. semerbak masuk hidung...Masa tiba, hujan turun renyai2 tapi mujurlah sekejap aje. cuak juga kalau hujan turun main lebat. Bukit kat sini tak adalah tinggi sangat pun. Aman-aman sahaja kalau nak berjalan lebih2 lagi ada laluan yang disediakan. 
Separuh perjalanan kita akan nampak sebuah gereja kecil yang digunakan untuk drama ALL IN ni. Saya tak adalah eksaited sangat nak ambil pic sebab gereja kan..tak ade faedahnya..hahahaha...Tapi memang banyaklah couple2 yang mengabadikan kenangan kat sini. even ada yang tangkap gambar kawin pon kat sini. Boleh masuk ke dalam kalau nak dan ada bayaran yang dikenakan tetapi saya tak masuk pon. Pemandangan memang marvelous ya.. Jeju ni bukan nak cakaplah..memang cantik giler..memang rasa nak duduk lama2 kat sana dan menulis. wahhhh..sure ilham datang membuak2...
Kalau nak beli souvenir kat sini pun boleh sebab ada kedai kecil yang menjual segala souvenir. Kat sini saya beli fridge magnet aje. sebab nak FM dari jeju yang memang tak akan ada kat tempat lain. Tapi masalahnya fm yang melambangkan jeju ni kebanyakkan berbentuk dol hereubang ( patung atok tua tu). hmmmmm....saya beli aje...tapi nak letak ke tidak itu lain citer..hahahaha...Kat sini kami duduk dalam sejam macam tu. Bila turun bawah semuanya rasa tak tahan sejuk. terus serbu kedai nak cari coklat dan kopi panas. Harga pun murah sangat. Dalam 300 won secawan tapi coklatnya memang sedap. 

posing selagi boleh ya....


Di Seopjikoji Hill..kat sini ada bunga rape seed yang sangat cantik...

Selepas ke Seopjikoji, kami bertolak ke Seongsan Sunrise peak. Aktiviti hari ini memang pack sebab esok pagi kami akan bertolak semula ke Seoul. Kalau seopjikoji ni cantik, kat seongsan ni lagilah cantik. Tak tergambar dnegan kata-kata. memang sungguh indahnya ciptaan ALLAH YANG ESA. Seongsan ni puncaknya lebih tinggi. Jika nak mendaki dalam 40 minit boleh sampai. Jamilah siap pesan, siapa yang mampu sahaja boleh cuba naik ke atas. Kalau tak larat boleh jalan2 kat bawah sahaja. Saya mulanya bercadang nak naik juga tapi masa tu Sarah pun demam terkejut..hahaha..sejuk sangat agaknya jadi dia memang jalan slow dan sedikit pening. Alahai kesian pula tengok dia. Memang tak seronok nak berjalan kalau tak sihat ni. Jadi saya bagi minyak cap kapak dekat dia dan alhamdulillah dia makin ok lepas tu. Dia kata angin yang kuat dapat hilangkan rasa pening dia..hmmmm...so...bila nak decide ke atas hujan pulak sekali lagi..jadi kami ambil keputusan berjalan2 saja di bawah.  Subhanallah...cantik..angin bertiup memang kuat sampai kamera yang kami pegang pun boleh bergoyang okeh..hhahaha...Kat sini kita boleh lihat tempat women sea divers. Kami tengok dari atas aje sebab hujan dan jalan pun agak mencuram. 



Kat sini kami duduk dalam 2 jam. Lepas puas bergambar, saya ke kedai souvenir sekali lagi. Jeju ini terkenal dengan buah orennya dan banyak produk makanan mereka dibuatkan berasaskan buah ni. Salah satunya ialah coklat. Sebelum ni Jamilah ada terangkan apa makanan halal yang boleh dibeli oleh kami. Aiskrim semuanya halal dan coklat pula separuh halal. Kena tgk isi kandungannya dulu. Jadi Jamilah bawak kami ke kedai JE KISS yang memang penuh dengan coklat yang halal. Apalagi saya borong 10 kotak untuk dibawa balik ke Msia. Coklatnya memang sedap. Siap boleh rasa dulu sebelum beli...Kat sini hubby shopping tshirt jeju tapi saya pandang aje sebab tak ada saiz..huwaaa... kijammmmm...hahahahahaa...lepas shopping, makan time. hoyey..tak jauh pon tempat makan dari seogsan hill ni. Dalam seminit dua dah sampai. Punggung pun tak sempat nak panas dah kena turun..hikhihkih...Hmmm....makan apa ya kali ni???

Pemandangan sekitar Seongsan Ilchubong Sunrise Park...tersangattttt cantik okeh


Kali ni kami makan sup seaweed. Kedai ini rasanya sudah familiar dengan pelancong muslim dari Malaysia kot sebab di pintu masuk sahaja kami sudah disambut dengan kata-kata SELAMAT DATANG. wahhhh..terharu dan bangga gitu. Setiap daripada kami dibekalkan dengan seplastik seaweed untuk dimakan bersama nasi dan juga sup seaweed. Sebenarnya saya tak pernah makan seaweed ni ya.. jadi before pergi korea barulah saya menjejak kaki ke Sushi King untuk mencuba makanan, dengan anggapan..kalau tekak saya boleh telan makanan jepun, mungkin tekak saya boleh menerima makanan korea.hikhihkihk..sama ke tu? Hmmm...tak cuba tak tahu kan..memang sedap rupanya seaweed ni dimakan dengan nasi. Dan supnya pon boleh tahan. Tiba-tiba rasa macam harijadi pula..kan di korea setiap birthday disambut dengan makanan sup seaweed ni. heheheeh...selepas makan, kami solat dulu. Satu ruang diberikan kepada kami untuk solat. Kami bersolat di kawasan makan juga tapi bersih kerana ianya kawasan makan secara tatami ( duduk), jadi kasut sememangnya perlu dibuka. toilet hanya satu bayangkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk semuanya selesai solat..hikhihi..dahlah airnya macam ais..beku tangan dan kaki. sungguh azab masa nak basuh muka..hahahahha...Selepas makan2..kami bertolak untuk ke Trick Art Museum pula...

Clockwise, Kedai souvenir dan coklat halal area seopjikoji, area kedai makan., dalam kedai
Luar kedai dan sesungguhnya solat itu harus diutamakan dalam apa jua keadaan

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...