Tuesday, January 15, 2013

Korea Day Two Part III

Salam

Selepas Lunch, kami bergerak ke Trick Art Museum pula. Museum ini merupakan museum 3D yang menunjukkan mainan seni ilusi kepada kita. Kesemua ilusi ini adalah berbentuk lukisan dan terbahagi kepada beberapa bahagian. Kat sini memang ramai orang dan kesemuanya mahu menunjukkan kemahiran bergambar. Masing2 memang tak kisah dan berasa malu apabila sanggup berbaring, melentang, merangkak ke apa ke hanya untuk mendapat shot yang dikehendaki. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk berbuat demikian. heheheh..memang eksaited la bila kononnya2 meniti titi yang halus yang bawahnya dipenuhi air sedangkan hakikatnya nan ado..hahhaa..lukisasn dan trick semata-mata. Kat sini tak ada apa sangat kecuali untuk bergambar saja..jadi layanlah gambarnya ya...

Bayaran masuk ke sini 8000 won tak silap..tapi kami free aje sebab include dlm package...

Hah amik ko..posing tak hengat.
Hmmm..Hubby ewah..mcm kuda nak hentam betul dan sebelah tu..hmmmmm..abaikan aje..hahahah
Selepas tu bergerak untuk acara seterusnya iaitu ATV RIDE....wahhhhhh..memang teruja giler sebab tak pernah merasa naik benda alah ni. Pic tak ada sebab semuanya nak memandu habis siapa nak tangkap gambar kan..cuma di pertengahan jalan..mereka akan tangkap gambar kita sebagai kenang-kenangan. Gambar tu boleh dibeli dan satu berharga lebih kurang 15K won..amboi mahalnya...hik hik hik..tapi pasrah ajelah beli sebab memang gambar lain tak ada dan sememannya kenangan ooo..1st time naik benda tu. Gambar nanti upload kemudian sebab kena scan dulu...
Kat sini ativiti atv ni memang popular dan sepanjang jalan kita akan nampak premis2 untuk aktiviti ATV ni... 
Setiap daripada kami dibekalkan helmet dan glove. Pilihan boleh dibuat sama ada hendak naik serorang diri ataupun berdua ataupun ditemani oppa yang hensem ( si jamilah yg cakap)...Saya, hubby dan sarah opted untuk naik sendiri. dan terjadilah adegan yang kelakar...Mana taknya, sebelum naik, saya tanya sarah..hang nak naik berdua ke sorang ...dengan angkuhnya sarah jawab " eh..tak mainlah naik bedua..mestilah nak sorang2.." so..it oklah sebab saya pun mmg nak naik sorang2..nak merasa bawak sendiri kan...
So...kami dilepaskan seorang demi seorang...dan kami 3 yang terakhir...saya sampai giliran saya, saya pon bawaklah benda tu dan berhenti di separuh jalan nak tunggu sarah..hahahah..tengok2 dia nak handle benda tu tak boleh..hahahahah...atv tu tak nak berjalan...last2.. oppa hensem tu yang bawak dia dengan dr juita. ceh...saya gelak aje...itulah kan siapa suruh berlagak lagi...
Perjalanannya memang ala2..berbukit dan berlopak2..dan patutlah dia wajibkan pakai glove sebab tangan saya memang rasa macam nak kena frostbite aje sebab terlalu sejuk...jari dah memang rasa menyucuk2 dah...kalau naik dengan hubby boleh peluk2 kan...( huwahhhhhh..apa kes nak gatal2 lak ni) kukkuikui...nasib baik perjalanannya tak lama..dalam setengah jam gitu..so oklah...seronok..lepas turun park atv tu semuanya lari ke api nak panaskan tangan..hhuhuhuhu....
Lepas tu kami bertolak ke Teseo Museum..teddybear museum...hmmmm...kat sini pon kita lawat2 aje..sebab semuanya bertemakan teddybear ni..dari yang sekecil2 hingga yang sebesar2nya...oleh kerana saya dan sarah ni bukan jenis main teddybear..so tak adalah rasa excited sangat wpon rasa nak sepak2 je muka bear yang kiut tu.
Pukul 6 kami keluar menuju ke bas untuk dinner lak..tetiba tu dengar ada orang jerit dengan penuh teruja " its snowing," eh dah turun ke salji.masing2 yg kat luar tu semua dah excited dah...hmmm...rupanya turun dalam 5 butir macam itu je yg exciter tu chinese man yang juga dari msia..memang banyak kali jumpa org msia kat sini...



Kami makan di kedai makan dekat hotel...Makan sup seafood..ada udang dan ketam yang besar. Wasabi yang sungguh tak sedap itupun dibekalkan sekali...Masa ni Sarah dah tak lalu dah dgn korean food..dia dah mcm tak berapa sihat ..dan tak lalu nak makan dah..so dia makan pun sikit aje...Sama dengan adik Aiman ( anak dr juita) yang mmg tak boleh terima langsung makanan korea..so..memang time makan nampak dia diam aje..alahai kesiannya...supnya sedap tapi oleh kerana dah terlalu overdosed dengan korean food tu yang ala2 rindu nak makan nasik lemak dan roti canai..hahahah..lepas makan kami balik ke hotel letak bag dan turun semula nak ke convenient store..nak cari banana milk yang sungguh popular itu. Saya memang tak sabar nak minum sebab dok asik baca perihal kesedapan air itu...jadi kat store tu saya borong..kami cuba lepak2 kat luar tapi angin malam tu kuat sangat sampai nak berjalan pun payah..so dapat bayangkan betapa kuatnya angin malam tu..jadi..oleh sebab tak tahan sejuk kami masuk hotel balik...hehehe..minum banana milk kat lobby sambil2 call keluarga kat msia dan update facebook untuk menjeleskan adik saya yang tak ikut..hahahaha....sedapkah air itu? Ya...sunguhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sedap...wajib p korea kena rasa air ni okeh...


No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...