Salam...
Ye...iya..saya tahu...cerita basi kan? Cerita yang telah berlaku hampir 7 bulan lamanya dan baru sekarang saya mahu menulis mengenainya. Rasa-rasanya tahukan apa yang berlaku bila tengok gambar-gambar di bawah ini...Iya...sangkaan anda tepat. ini gambar yang dirakam ketika saya berhoney moon di Langkawi bulan Dis tahun lalu. Hmmmm...sekarang ni saya perasaan, ramai yang honeymoon di Langkawi ek..Agak2nya kenapa ya? hehehhehe....
Ini merupakan kali kedua saya ke Langkawi dan pertama kali bagi enche suami. Seperti biasa saya parking kereta dekat Motel kawan saya di Kuala perlis iaitu Q Motel. Ikutkan Ferry naik pukul 12.30 tengahari. Sedang elok la sebab dari Taiping kami bertolak lebih kurang jam 8 pagi. Sampai Dalam 11.30 terus ke hotel kak Jas, dan dia hantar kami berdua ke jetty. Memandangkan masa dah hampir, kami hanya melepak sahajalah di Jetty. Tiba2 saya sedar yang handset saya tertinggal di dalam kereta. Aduhai....nak call kak Jas, saya tak ingat nombornya. Nak berjalan kaki ke hotel kak Jas memang alamat tak sempat sampai. Masa dah nak dekat dah..nak nangis pun ada mengenangkan kecuaian sendiri. Teksi pulak masa tulah tak nak jalan atau ambil pelanggan. Aduhai saya dah makin panik. Last2 saya teringatkan tempat kerja lama kak Jas yang berhadapan dengan jetty. terus saya ke sana..pinjam telefon...mujurlah mereka ada contact number Kak Jas...dengan ala2 speedy gonzales, saya ceritakan apa yg berlaku. Kak Jas..terus datang amik saya. Aduhai..kalaulah saya tinggalkan kunci kereta dengan Kak Jas, tak perlukah kami ulang alik sebanyak 2 kali kan...Memang dugaan betul. Saya katakan kepada enche suami suruh dia tunggu di jetty incase ferry dah sampai dan minta tunggu sekejap ( cewahhh..besar mandat ya nak suruh ferry tunggu)...dah ke hotel yang hanya 5 minit perjalanan tu memang banyak betul dugaan. masa itulah kereta tiba2 bertambah banyak dan jem pulak tu...Lepas capai je tipon yang entah bila tercampak kat seat belakang, terus saya ke Jetty semula.
Bila masuk ke dalam, saya tengok hanya Enche suami dan beberapa orang sahaja yang menunggu di situ. dari jauh, saya lihat dia menggeleng. Ferry baru berlepas pergi. Aduhai...lemah lutut rasanya. enche K cakap..dah puas dia memujuk untuk tunggu sekejap tapi pihak berkenaan tak nak. Sya memang geram masa tu. Selama ni Ferry datang tak pernah tepat waktu...tiba2 bila jadi mcm ni...tepat pulak masa dia berjalan ya...ceh...nak tak nak terpaksa menunggu sejam setengah untuk ferry yang seterusnya. Enche K tak habis2 suruh saya bersabar...mana boleh sabar..geram tau tak..geram pada kecuaian diri sendiri sebenarnya....
Lepas berjanggut menunggu, akhirnya ferry seterusnya tiba...dan 40 minit kemudian sampailah kami di pekan Kuah. Menunggu seketika dijemput oleh pihak yang menguruskan kenderaan dan penginapan kami...Lepas settle bayar deposit kereta, penginapan, boat tour kat KILIM tu, kami terus ke chalet kat area pantai cenang. Alhamdulillah...dapat depan pantai...
Penginapan kami ni so so ajelah..basic aje...tak adalah welcoming drinks ke...bunga mawar ditabur atas tilam ke..hahahah..pendek kata..kalau tgk keadaan biliknya mcm orang tak honeymoon je..hahaha..nasiblah sebab kami decide ke sini saat2 akhir sebenarnya.
Lepas berehat dan solat, kami keluar berjalan2 di sekitar area cenang tu...keluar makan dan malam tu ada persembahan tarian kebudayaan berdekatan restoren makan berkenaan..apa lagi kami lepak melihat tarian yang best tu...tgk dari luar aje..tiba2 tengah syok2 menonton..blackout pula..hahhahaha...kesian tgk umat2 yang tengah makan tu...kami terus sambung jalan2 dan tapau burger..( walaupun bru je lepas makan tadi)..jalan2 tepi pantai kejap tengok live show..dengar bunyi ombak memang fuhhhhh...dah jauh jalan, patah balik balik bilik.. makan burger sambil tgk tv...Rehat untuk akviti yang penuh esok....
Pagi2 kami dah keluar cari sarapan dulu. Lepas tu terus gerak ke Langkawi Geopark / KILIM yang terletak dekat Galeria perdana. Kwasan dia agak tersorok sikit tapi senang aje nak cari. Ikut je papan tanda kat jalan..sampailah anda ke sana. Kalau sebelum ini saya ambil pakej island hopping yang mengandungi trip ke tasik dayang bunting, pulau beras terbakar dan pulau apa ntah, kali ini saya mahu mencuba sesuatu yang baru, yang saya rasakan mungkin lebih menarik. Kami mengambil Pakej Pak Ali yang saya dapat daripada internet. saya sudah telefon awal2 dan untuk pakej 4 jam, kami hanya perlu membayar RM 250 sahaja. Kalau walk in harganya dalam RM 450 untuk tempoh masa yang sama.
Kalau nak lebih jimat boleh kongsi ramai2 tapi tak best le kalau bercampur dengan pelancong lain...jadi kami hanya berdua sahaja( wink) sambil ditemani pemandu bot.
Perhenti pertama melawat Gua Kelawar....Masuk gua yang ala2 gua kelam kat perlis tu tapi lebih pendek..tak ada apa2 yang menarik di sini. kelawar nya pon malas nak keluar..mungkin bosan agaknya ramai sangat manusia yang datang mengacau depa...spent dalam setengah jam je kat sini sebelum bertolak ke gua buaya. keadaan muka gua ni mmg sebijik macam mulut buaya. nak masuk dalam ni bot kena beratur ya sebab kawsan di dlaam gua ni sempait dan bot yang masuk keluar agak banyak jadi...bawa2lah bersabar..tak ada lah lama sangat...sekejap aje...yang pasti kawansan Geopark ini memang cantik. Almaklumlah kawasan ini diiktiraf UNESCO sebagai Geopark yang tertus di dunia....
Kawasan memang fuh..mengancam...cantik sangat...laut yang membiru..bersih...
Lepas tu kami meneruskan perjalanan ke sangkar ikan...Tempat yang menjadi kesukaan enche K ya...fyi..apa sahaja yang melibatkan binatang dan kawasan alam...enche K mmg suka...senang aje dia ni...kalau bosan,,,bawak je pegi zoo..hiduplah dia..hahhaha..macam budak2 pun ada....
Kat sini macam2 ikan yang ada..antaranya ikan pari yang jinak..saya dan suami sempatlah membelai2 badan ikan pari tu...ada ikan tembak ( saya tak sure ikan apa) tapi ikan ni kalau kita letak makanan di atas tempat tinggi, dia akan menyembur air liur dia sampai makanan itu jatuh..memang best tengok..saya sempat membuat demo di sini...ala2 menjerit juga bila ikan tu melompat ke arah saya..hehehehe...
Mengikuti tour selama 4 jam di KILIM GEOPARK...memang best..nantilah saya cerita...bersambung ya...