Tuesday, March 29, 2011

kewl??? or cool?

Salam...

Aduh...rasanya blog saya ni dah bersawang bagai dah..jenuh nak menyapu habuk2...hehehhe...kepada yang rajin singgah ke blog saya ni... (hmmmm ada ke yg rajin singgah.hehhehe) minta maaflah ya...kerana tiada n3 baru. Tapi dek kerana nak meluahkan sesuatu perkara yang saya menganggu perasaan dan otak saya setelah sekian lama. Saya sudah tidak mampu untuk mendiamkan diri lagi..wah! Perkara apa tu...hehehhe...dan saya rasa mungkin ramai yang berkongsi perasaan dengan saya mengenai perkara ini. Ok..tak mau cakap banyak..kita layan video ini dulu...( kredit to IniAnwarHadi)
video

So...amacam...faham apa yang ingin saya sampaikan. Saya pun tak tahu kenapa saya kerap berasap di kepala kalau saya membaca tulisan yang berbunyi dan menggenakan ejaan yang entah apa-apa itu..Adik bongsu saya bercakap bahasa sms ni dengan kawan dia..saya selamba saja berkata..hang ni bercakap bahasa beruk ke? hahaha..memang bunyi kasar kan tapi kalau dah aq uk aq kewl..hmmm mmg macam beruk saya rasa..sorry ya kalau ada sesiapa yang terasa. Memang menjadi kepantangan saya kalau menulis bahasa yang macam ni. Bahasa saya pon bukanlah bagus sangat tetapi saya seboleh-bolehnya cuba menulis dalam ayat yang betul. Kalau setakat memendekkan ayat yang biasa seperti cth : yg, kg, bkt itu tidak mengapa sebab kependekan itu sudah diterima pakai oleh masyakat kita.
Satu hari seorang pembaca menegur saya di chat fb. dia tulis ' aswkeom'...aduhai...menyirap darah saya sekejap..saya tahu dia memberi salam..tetapi saya tak dapat menjawab salamnya kerana ditulis begitu sekali. Tolonglah...kalau ucapan salam sudah dipermudahkan begitu sekali...saya takut...nanti2 ayat bacaan quran pula ada yg buat shortfoamnya pula..na'uzubillah. Pembaca ini terus bersembang dengan saya dengan bahasanya itu..saya tegur..minta dia bercakap dengan bahasa yang betul sebab jujurnya saya mmg tak faham apa yang hendak dikatakan.
Mujurlah..selepas itu, apabila dia menegur saya dia menulis dengan bahasa yang lengkap. Syukur saya rasakan walaupun salamnya masih tidak berubah. Hmmm...
Yang peliknya...kebanyakaan mereka ini bercita2 mahu menjadi penulis. Ramai yang mahu meminta tunjuk ajar bagaimana mahu menulis. Ya..saya tahu...saya juga pernah berada ditempat yang sama. Tapi nasihat saya...kepada adik2 yang mahu menjadi penulis itu, tolonglah...betulkan bahasa anda dulu..menulislah menggunakan ejaan dan bahasa yang betul. macam mana kalau hendak menjadi penulis kalau menulis seperti ini ' aq cakit nie...dye cangat kewl...) aduhai...tolonglah..gunakan bahasa kebangsaan kita..cintailah bahasa..dan seperti kata P.Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapok ' Bahasa menunjukkan bangsa tau..'

p/s- Entri ini bukan bertujuan untuk menghina sesiapa. maaf andai anda terasa tetapi saya rasa masalah penggunaan bahasa seperti ini sudah berada ditahap yang membimbangkan...

Friday, March 18, 2011

Review HBR

Salam....ini antara komen2 sekali yang saya terima di inbox fb saya...Saya rasa bersyukur sangat dan berasa lega kerana HBR ini diterima ramai pembaca. Komen-komen yang saya terima juga positif. ALHAMDULILLAH...Syukur kepada ALLAH yang memberi saya ilham untuk terus menulis. Kepada Noraini..Nana dan Izan terima kasih ya...


Komen 1 ( Noraini)

Salam Dhiya...firstly, tqvm for ur auto n bookmarks...I really luv it!

Bila tghari smlm kerani kat office sy kata ada parcel dari Perak saya terus rasa teruja..Saya tahu novel2 yg saya pesan dah sampai, direct dari penulisnya! Sampai je kat umah saya terus buka walaupun syg nak koyakan bungkusan yg kemas tu...

Lepas maghrib saya terus membaca HBR dan saya x berhenti sehingga habis membacanya pada jam 12tgh mlm. Dhiya, saya sangat suka dgn plot2 dlm HBR. Saya mmg ulat buku time skool lg. Saya dh baca byk novel dari ramai penulis tapi saya mmg teruja dgn penulisan awak! flashback yg awk buat mmg bagus..rasa2nya dlm ramai2 penulis awk mmg yg terbaik utk menghasilkan flashback. Selalunya novel hanya ada prolog n epilog but u done it better. Bab2 dlm HBR seolah-olah mcm action movie jer..really! Rasa2nya awk pon sesuai jd film director! Watak2 pon pelbagai dan real. Tp maaf saya rasa HBR more like hollywood movie so watak Sid pon sy imagine cam aktor Hollywood jgk. Saya suka HBR sbb ianya bukan kisah cinta semata-mata..tp bukan jgk hanya kisah hero..mesti awk suka arm-forces kan..hehehe..HBR jd real sbb cara awk menulis mmg real...info2 yg awk bg terutama ttg jenis2 senjata, operasi ug dilakukan,mimik muka dan segalanya semuanya jelas dan seolah-olah ianya benar. Kesimpulannya mmg HBR antara novel terbaik yg saya pernah baca..khayalan awk sbg penulis mmg berjaya direalisasikan dlm HBR. Cuma saya rasa titile Hati Bergetar Rindu sedikit romantik n jiwang untuk novel yg penuh aksi ni. Teruskan berkarya Dhiya..saya akan terus menjadi peminat setia tulisan awak..
p/s : maaf jika komen saya pjg sgt.

All the best....
 
Komen 2 ( Nana)

saya tatau nak comment ape. tp yang pasti rindu bergetar lagi( hati bergetar rindu, nana) sangat hebat dgn unsur triller. i dont like triller,action plot/storyline but when it come to your story, i love it.


Sid- skrg sy da mcm jatuh hati dgn anggota polis teutamanya ASP haiyan rifqi.(ASP ZIYAD SIDQI nana,  hehehe..obses sungguh dgn rif..ahaks) Anda sangat macho oke. but knp la lelaki ni asek menitiskan air mata( actually hanya 2 kali saja dia menangis ya...hehhe). mungkin next time dia kena jadi lebih tabah walauapepun org yg dia syg perkatakan. sid seorang yang banyak besabar,betabah dan telalu menyanyangi isteri dia serta ibunya juga adik perempuannya. Dia sangat menyanjung wanita. Ada lagi ke org mcm ni dkt zaman skrg ni.Tapi tatau knp rase watak Riff lagi menusuk hati sket may be sbb rif dia mcm ade sense of humor tp Sid dia mcm straight mungkin sbb hati dia terluka kot.

Ari - tatau knp mula2 mmg sgt sedeh dkt dia ni,yela dgn mak dia xnak dia,papa dia plak macam tu. tapi bl lama lama baca rase mcm nak sekeh je minah ni.semua benda bagi dia,dia je yg betul. ya betul org sekeliling dia banyak melukakan hati dia,tapi mungkin kalau dia pandang dr sudut yg lain mesti dia rase idup dia sgt menarek. sbb Allah xkan uji umatnya kalo umatNya x mampu kan. Overall,watak Ari sangat menarek dengan mainan emosi beza dgn Afi yang mcm lebeh pasrah.

Yin & mak - teringin sangat punye adek perempuan mcm yin yang sgt comel yang sentiasa memahami abg dia. Dia tahu rase hormat pd abg dia even dlm keadaan merajuk yang kkonon nak lari rumah tu padahal alahai sekangkang kera je. yin yin anda sgt comel.

Mak pula merupakan emak yang terbaek mungkin dlm setiap novel akk rasenye novel ni la peranan emak sgt banyak di ketengahkan. Emak,walau seteruk mane pun anak lakukan dia tetap akan memikirkan cara terbaek utk menyatukan kembali pasangan ni. sangat comel bila emak tersenyum srg2 time makan bl pk kan sid yg dgn motor dia and ari mungkin menungging duk kt blkg smbil bawa baby drg. hehe.. I adore you emak for being a good mom for Sid and mother in law for Ari..

Jan - anda sgt macho la bl kena tikam and kna tembak tu sbb boleh lagi tenangkan ari dgn yin. but hey dia xbole control ke kalo yin mnagis teruk? hahahaa... rase nak gelak guling2 time ni. dahla kna dating dkt dgn umah last2 nk pujuk awek kna pgl abg awek tu plak dtg. hahaha..Tapi jan sangat sesuai jadi kawan baek sid. susah senang bersama. sakit gembira besama. jan tahu mane nak letak diri dia dalam hidup Sid. Semoga jadi kawan yang baek kpd Sid slamanya jan.~

and the last not least Angel & Fazil - Ade lagi eh org kejam sampai macam ni. Inagtkan Angel yang kluakan jantung dan hati mangsa dan rancang semua pembunuhan rupenyer mastermind sgala2 nya adela ayah dia sndri Fazil. Angel mmg sangat kejam sampai rasa macm xbrani dah nk g mne srg2 lagi2 lalu lorong sunyi. Pergh boleh fobia baca citer ANgel ni. Tekanan perasaan yang melampau dia ni. Fazil mcm mne dia bole betahan atas wheelchair slama ni. Pura2 lumpuh tuk menagih simpati tapi rupanya dia lg kejam dr anak dia. Sanggup bunuh zuraidah yang byk bejasa kat dia. Angel mmg terbaek kak tapi dia sgt kejam bg sy, nmpk nye watak angel ni mmg sesuai tuk imad :)

As a conclusion,novel ni anmpak matang dari novel sebelum ni but like i said b4,why eh sy xnanges bace novel ni macm RUD. RUD buat sy nanges banyak kali bila baca but HBR buat saya baca lebeh dr 5x. Yeay tahniah dkt sy kaka. saya sgt suke hero2 yang hensem berpakaian seragam ni. hahaha. tahniah kak sbb bjaya hasilkan satu lg novel yang sgt padat dgn informasi yg bole buat pembaca mcm sy ni tahu serba sedikit ttg dunia badan beruniform ni dengan tugas mereka.

Well let's counting for jimmy story back :) 


Komen 3 ( Izan)
 
Salam dhiya...

Alhamdulillah...finally sid & ari dah selamat dikhatamkan..hehe..fuhh..mmg saspen sungguh! dah bertaubat x nak baca novel dhiya sampai kul 2 pagi..huhu..seram sungguh..hehe..congrats coz berjaya menyeramkan cerita nih...izan terpaksa bace 4 lagi novel dhiya utk compare ngan HBR..hehehe...dari segi 'kesuspenan' mmg HBR yg paling berjaya..izan paling suke part dekat Mekah..sayu sgt bila tgk ari buat sid cam tuh..tak patut kan! suke sgt bila semua watak dikumpulkan bersama...habislah anak dara fik & lia..sarah dah mula nk menggoda uncle jimmy...hahaha..idea yg sgt bagus dhiya! plot cerita dhiya mmg tak pernah menghampakan...izan suka sgt tapi sori sgt dhiya antara afi & ari..izan lebih suke afi..hehe...but sid & rif..adoiiiilaaaaa..x nak la curang kat riff...huhuhu..mmg dua2 sama hebat! aura lelaki yg mmg jadi idaman perempuan! huhu..so now stil tak leh decide nak pilih yang mana satu...uwaaa...mmg sid & rif terbaikkk!!! so teruskan usaha dhiya utk jimmy's story...do ur best! izan akan sokong dhiya..:))

Thursday, March 17, 2011

KIta-kita berjalan di Temasik



Salam....lihat gambar sajalah ya..saya ketiadaan mood mahu bercerita..yang pasti trip ke temasik ini bersama 'kita-kita' memang best. Walaupun ada sesuatu yang tidak memuaskan hati sebelum bertolak ke sana, namun bila kembali semula ke tanah melayu tercinta, kami mendapat khabar gembira..ALHAMDULILLAH....

Friday, March 04, 2011

Hari Lahir dia...

Salam....

Hari ini 4 Mac 2011. Hanya hari-hari biasa yang perlu dilalui oleh setiap umat manusia setiap tahun sepanjang mana peluang bernafas di muka bumi ini masih ada. Hari ini... arwah abang berusia 30 tahun. Cuma dia tidak sempat dan berpeluang untuk mencapai usia tersebut. Tadi telefon arwah berbunyi...reminder hari lahirnya. Emak dan isteri abang sudah terdiam seketika. Dan emak dalam gaya sedih tapi masih senyum untuk menunjukkan ketabahan berkata..." susahnya nak percaya dia telah tiada." Saya diam sahaja. Tak tahu nak memberi reaksi yang bagaimana. Berharaplah sebanyak mana sekalipun, yang pasti dia tidak akan kembali lagi. Esok pula genap 40 hari dia pergi. Sudah 40 hari rupanya...saya sudah lama tidak membilang hari. Dan 27 Mac ini pula, arwah ayah genap 4 tahun pemergiaannya. Ya ALLAH...3 bulan pertama dalam tahun ini benar-benar menguji ketabahan hati kami sekeluarga. Januari...abang pergi menyambut panggilan Illahi...Februari pula, bulan ayah dilahirkan...dan Mac pula...hari lahir abang dan hari pemergian ayah pula. Saya bukannya mahu menolak takdir. Saya terima apa yang berlaku. Sungguh saya reda. Dan saya bukanlah mahu merungut dengan musibah yang melanda keluarga saya ini..tetapi dengan menulis begini... saya dapat melegakan perasaan sendiri. Saya tidak pandai meluahkan rasa sedih seperti mana keluarga yang lain..mereka boleh sahaja mengalirkan air mata..senang saja bercerita, tetapi saya bukan seperti itu. Saya meluahkan kesedihan dengan penulisan...Ini sahaja yang mampu saya lakukan untuk tangani rasa perit..derita dan sedih.
Mungkin ada yang perasaan, kebanyakkan n3 saya bernada yang sama sahaja. Bersabarlah dengan saya.. Benarkan saya untuk berasa sedih. Saya kehilangan insan yang saya sayangi.  Hari ini hari lahir dia...namun dia sudah tiada. Al-Fatihah

Thursday, March 03, 2011

Saya & Kita-kita


Salam.....

Esok sekali lagi saya akan ke KL kembali...memandu sendiri..sekali lagi...hmmmm....aduhai...malasnya nak fikir. Siapa yang nak menawarkan diri menghantar saya ke KL? huhuhu...saya bermimpi sajalah ya...
Nak kemana saya pula kali ini ya? Awal pagi sabtu, saya dan 'kita-kita' akan terbang ke negeri Temasik itu...Dekat je..tak jauh pon...Tujuan...dahulu mungkin boleh dikatakan mahu jalan2 sambil shopping ya...tapi kini tujuannya masih lagi jalan-jalan tapi hanya boleh pandang-pandang...huwaaa...argh..sudah..jangan merungut....terima keadaan seadanya ya...
"Jangan berdukacita...ALLAH sentiasa bersama kita ( At-Taubah - 40)"
Dari Korea..ke Perth..akhirnya negeri di seberang tambak itu yang menerima kata putusnya...dengan alasan...zero fare...ya...peluang yang ada jangan dilepaskan. Doakan saya dan 'kita-kita' itu selamat pergi dan kembali ya...

Wednesday, March 02, 2011

cerita hujung minggu

Salam....

Hari sabtu lepas, saya ke KL untuk turut sama memeriahkan majlis dan sesi 'book signing' teman saya LYNN DAYANA di Subang Parade. 
Cadangnya, Jumaat lepas mahu singgah di tg. Malim sekejap sebelum terus ke rumah Lynn, namun oleh kerana saya ingat2 lupa jalan ke apartment lynn, lalu saya bermalam dulu di rumah kakak saya sebelum bertolak pada waktu pagi. Alhamdulillah...nasib baik jalan ke Bandar Puchong Jaya itu saya ingat...walaupun tersalah masuk sampai ke 101 Mall, tapi tidak mengapa sebab apartment Lynn sudah dekat sangat... Dalam jam 10.30 pagi saya tiba di apartment lynn. Emak dan dua orang anak saudara lynn turut ada bersama. Wah..ini kali pertama saya bersua muka dengan ibu lynn walaupun kami sudah saling mengenali lebih kurang 6 tahun sudah...saya dengan lynn keluar dahulu, dah emak dan anak saudara lynn akan datang kemudian..lunch di Kenny rogers...dan sedang makan2 tu, teman baik cum ofismate lynn datang join....wah...saya dengan SAS dua2 pakai baju purple ya...

Hezzy, aleya, ika dan ehem...
Pukul 2 majlis bermula...kami sangkakan ianya dibuat didalam MPH, namun rupanya di ruang legar kerana di situ juga MPH mengadakan sales untuk buku2nya....Ramai rakan penulis yang hadir memberi sokongan kepada lynn. Antaranya ialah, Hezzy Azra, Laila Kamilia, Aleya Aneesa, Shanika Latisha, Meen Zulaikha, Ayu Emelda, dan disertai juga staf dan editor Alaf 21. Geng kicap juga tidak ketinggalan...Pukul 4 majlis tamat, tapi rupanya lepas itu lebih ramai lagi pembaca membeli buku terbaru lynn..saya dengan the rest teman penulis minus Laila dan Ayu lepas tu lepak di pizza hut...n sesi sembang2 terus bersambung bila aleya n shanika lepak sekali di rumah lynn...Esoknya kuar sekejap ke 101 Mall sebelum saya kembali bertolak pulang...saya tak singgah di rumah kakak kerana masa saya ke KL., dia balik ke taiping...tapi saya singgah juga di tg malim untuk potong n cuci rambut kat Macy...terpaksa sebab saya dah ngantuk sangat. Saya sepanjang masa tu dok pejam mata saja..mmg tak larat nak bukak dah...( lepas subuh sampai pukul 11 saya berjaga dengan sebuah novel)..Sampai di r n r Tapah..saya stop utk solat...mata masih ngantuk, saya p makan n minum....pukul 7.30 sampai di bukit gantang..berhenti sekali lagi utk solat maghrib n isyak pula...seperti biasa shopping buah2 kat sana...kakak n adik mula telefon kenapa saya tak sampai2 lagi...hehehe..al maklumlah pit stop banyak sangat...lepas tol singgah kat kedai kt ayer puteh beli bihun tomyam...aduhai..pemalas betul adik saya yg dirumah. sanggup menunggu saya balik untuk belikan dinner...Lebik kurang pukul 9, saya sampai...Alhamdulillah...walaupun saya rasa saya bakal mendapat surat saman tak lagi..huhuhuuuu

Ayu, kak meen, geng kicap, lynn dan emaknya




Berhenti Merungut dan BERDOALAH....

Salam....

Setiap pagi rutin yang suka saya lakukan setelah bangun tidur dan solat adalah menonton rancangan TV Tanyalah Ustaz di TV9. Sambil bersiap dan mengemas rumah, saya buka telinga saya luas-luas untuk mengikuti perbincangan yang tidak pernah tidak menarik pada pandangan saya. Mujurlah rumah saya dekat..jadi untuk mengikuti rancangan yang selama sejam itu tidaklah masalah kerana saya masuk kerja jam 8.30.
Pagi tadi, tepat jam 7 pagi, kakak di Tanjong Malim sudah siap menelefon menyuruh kami membuka tv. Iya..kalau tidak diingatkan pon, kami tetap akan menonton rancangan itu. Perkara yang dibincangkan pada pagi tadi ialah ' JANGAN MERUNGUT....BERDOALAH'. Tajuk yang begitu tepat dan kena kepada batang hidung kami...begitu tepat dengan situasi yang melanda hidup kami semenjak arwah adik saya meninggal dunia.
Tidak...jangan salah faham. Saya dan keluarga tidak pernah merungut kerana arwah yang pergi dahulu. Walaupun sedih...walaupun sukar melupakan, tetapi ALHAMDULILLAH, saya dan keluarga tetap reda dengan ketentuanNYA. Kami sedar bahawa hidup kita semua ini hanya pinjaman. Sampai masa Tuhan mahu mengambil semula hakNYA, apakah daya kita mahu menghalang? Setiap kali kami bersedih, kami akan ingatkan diri yang kesedihan itu normal..perasaan itu normal..tidaklah perlu meratap hiba kerana satu masa nanti kami juga akan kembali kepadaNYA juga.
Kata ustaz Kazim, untuk menenangkan hati kita, yang pertama....bersangka baiklah dengan ALLAH...jangan mengeluh sekiranya apa yang kita mahu tidak dimakbulkan...ALLAH tahu mana yang lebih baik untuk kita...Sekiranya diduga dengan musibah kematian, janganlah sekali2 kita menyalahkan takdir kerana kita semua tahu setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. Beliau juga berkata, bandingkan musibah yang melanda kita dengan musibah yang lebih besar ditanggung oleh orang lain...percayalah hati akan berasa tenang dan reda.
Iya..apa yang dikatakan beliau memang betul belaka. Itulah yang dipraktikkan oleh kami semenjak lama dahulu....Saya ingat lagi semasa arwah ayah menghadapi pembedahan pertamanya di Alor Setar...Kami menunggu dalam debar dari jam 7 pagi sehingga 4.30 petang dan barulah pembedahan ayat berakhir. Syukur kami ketika itu. Dan lebih lega lagi apabila doktor kata kanser ayah berjaya dikeluarkan...Tetapi semasa kami menunggu di bilik ICU untuk bergilir2 melawat ayah, kami berjumpa dengan sekeluarga yang turut sama melawat keluarga mereka yang kemalangan. Ayah mereka meninggal dunia dan adik mereka sedang koma di ICU. Dapat bayangkan bagaimana perasaan mereka? Ya..memang insaf mendengar musibah orang lain yang lebih teruk..bukan apa kalau hendak dibandingkan dengan keadaan kami ketika itu...
Begitu juga dengan kisah adik saya...saya pernah maklumkan di dalam n3 sebelum ini bagaimana dia digilis lori...Kami yang mendengar pertama kali dahulu..memang sukar nak percaya...dan tak dapat nak membayangkan bagaimana keadaan dia masa itu. Sampai sekarang, saya masih ngeri memandang lori dan motor..Malah tempat yang dia kemalangan itu juga, saya tidak sanggup lalu lagi. Saya lebih rela ikut jalan lain. Buat masa ini saya masih belum bersedia. Ya..saya tahu..bukan keluarga saya seorang yang dilanda musibah seperti ini. Malah beberapa hari lepas adik kemalangan, ada berita di akhbar mengatakan bahawa seorang lelaki terbunuh ketika membeli makanan untuk isterinya yang sedang pantang..Malah keadaan jenazah juga agak menyedihkan. Sudahlah pula sebelum ini mereka kehilangan ayah tercinta. Musibah keluarga ini lebih teruk. Semasa kami menguruskan motor arwah adik, kami mendengar cerita lagi dari pekerja kedai tersebut. Mereka pernah melihat jenazah yang sudah hilang bentuk rupa...akibat kemalangan dengan lori. Musibah keluarga ini juga lebih teruk kalau hendak dibandingkan dengan keluarga saya. Ya...Saya insaf mendengarnya. Iya..adik saya sudah meninggal dunia...Iya..saya sudah tidak mempunyai ayah lagi..tetapi kalau hendak dibandingkan musibah yang melanda keluarga saya dengan musibah yang dihadapi  oleh keluarga itu...kesedihan mereka lebih hebat. Dugaan mereka lebih berat. Jenazah abang tetap sempurna...Malah....menurut kata saksi ditempat kejadian, dia mendengar arwah adik sempat mengucap sebelum pergi...Mendengar khabar itu, kami sekeluarga merasa lega yang amat sangat. Saya tidak mengenali insan mulia yang membantu adik mengucap sebelum akhir hayatnya, tetapi saya tetap akan titipkan doa buat insan mulia itu. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas perbuatan baiknya itu. Memang benar....hati akan menjadi lebih tenang...kita akan bertambah reda...
Jadi...saya cuba tanamkan ke dalam hati dan jiwa saya ini, bahawa...tetaplah kental dan tabah dengan dugaan yang melanda...Selama ini....begitu banyaknya khilaf saya yang begitu kerap merungut...dengan apa yang berlaku ke atas hidup saya...saya kerap berasa tidak puas hati apabila merasakan diri saya tidak mendapat keadilan yang sewajarnya...Aduhai...Saya tidak mahu tergolong di dalam golongan orang yang sombong dan tidak tahu bersyukur.
Dalam seminggu dua ini, saya akui...saya sedikit terganggu dengan situasi yang melanda diri saya dan beberapa teman yang saya kasihi...Rasa marah...hampa..kecewa...stress...dan pelbagai rasa lagi saling berkecamuk di dalam jiwa...lantas rasa itu bertukar menjadi jauh hati...dan terkilan...Iya..sepanjang waktu itu saya mmg banyak merungut...jadi...sekarang ini...saya akan cuba mendiamkan diri...saya serahkan segala-galanya kepada ALLAH yang MAHA BESAR. Sesungguhnya hanya DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik buat saya...mungkin apa yang berlaku juga sebagai 'wake up call' untuk saya menjadi insan yang lebih baik...insan yang berhenti merungut dan banyakkan doa kepada NYA...ya...saya harap...saya mampu berubah menjadi insan yang lebih baik..untuk DIA yang MAHA ESA, untuk keluarga...untuk teman-teman..dan untuk diri saya sendiri....Aminnnn