Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri

Salam....

Saya akan bercuti dari esok sehingga 5 September. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI kepada seluruh umat Islam. Maaf Zahir dan batin sekiranya terlanjur kata dan perbuatan disepanjang perkenalan kita. Semoga ramadan yang bakal berakhir ini bukanlah ramadan yang terakhir untuk kita. Semoga hari yang gembira ini dapat memperkukuhkan lagi ukhwah sesama kita.


Thursday, August 18, 2011

Review HBR

Category: Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author: Dhiya Zafira


Hati Bergetar Rindu
Penulis: Dhiya Zafira
Editor: Mazuen Yahaya
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00
530 mukasurat


"Mengapa gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia sendiri lahir daripada sebuah kemesraan?"


4****
Kalau anda kali pertama membeli dan membaca karya Dhiya Zafira, tentunya tak menyangka ianya novel romantis thriller kerana kulit buku ini tidak langsung menggambarkan sentuhan thriller dalam novel ini.

Awal-awal lagi kita sudah diperkenalkan kepada 'Angel' pembunuh bersiri. Dia adalah pemburu wanita-wanita cantik yang curang. Ari yg berada di tempat yang salah, di waktu yang tak kena, menyebabkan dia turut terseret sama dalam senarai buruan Angel. Kes ini juga membawa kita mengenali Sid yang bertanggungjawab untuk kes Angel. Ari yang ditemui dalam keadaan separuh mati membawa kita menyusuri kisah silam yang terselindung antara Sid dan Ari. Kisah Angel, Sid dan Ari diceritakan secara bersulam dalam teknik 'flashback' yang disusun kemas. Bukan senang nak menceritakan 'past' dan 'present' secara 'back to back' seperti ini tanpa mengelirukan pembaca. Terima kasih kepada penulis dan editor kerana sangat teliti dalam menyusun kronologi kisah ini dan membuat aku tidak pening malah merasa untuk terus membaca hingga helaian terakhir :)

Kisah silam Sid-Ari yang disulam dengan aktiviti-aktiviti Angel yang mendebarkan membuat pembacaan menjadi rancak dan lancar. Rasa tak sabar nak menyingkap rahsia pertelingkahan Sid dan Ari. Segalanya didedahkan sedikit demi sedikit seperti mengumpan kita untuk terus menyelak setiap helaian novel ini dengan penuh rasa ingin tahu. Aku faham apa yang Fauzan rasa bila Sid tu asyik buat cerita tergantung saja. Memang rasa nak sekeh kepala Sid :) kenapa la Fauzan tak tolong kita sekeh Sid sedas.

Selepas Angel tertangkap, terasa rentak cerita ini jadi tidak meriah dan jalan cerita jadi biasa-biasa, mungkin kerana dah selalu jugak baca novel yg ada kisah watak-watak utama dibawa ke Tanah Suci menunaikan umrah. Kemunculan semula copycat Angel setelah Ari dan Sid kembali dari mengerjakan ibadah umrah menghidupkan semula suasana bertenaga kisah ini. Bab-bab terakhir memang mendebarkan dan happy ending di penghujung ceritakan merupakan hadiah yang paling manis buat pembaca yang penat-penat tumpang panik.

Kalau nak banding kisah 'Hati Bergetar Rindu' dengan 'Jauh Kau Pergi', aku lebih suka JKP. JKP telah meletakkan penanda aras yang agak tinggi buat Dhiya Zafira.

Reunion watak-watak hero & heroin dari novel-novel Dhiya Zafira yang lalu kelihatan meriah :) Scene Jimmy tengok mms anak-anak buahnya yang dihantar oleh Afi kelihatan tidak ada kena mengena dengan kisah dalam Hati Bergetar Rindu. Bagi yang tidak mengikuti kisah mereka dalam 'Jauh Kau Pergi' mungkin akan berasa keliru mengapa scene itu menumpu kepada mereka 'out of the blue'. Apa-apa pun memang tak sabar nak baca kisah Jimmy :)


Sure fine whatever
Rinn


P/S - Komen asal boleh dibaca di sini.. terima kasih kepada Rinn yang sudi mengulas HBR...walaupun tengah dalam kegilaan melayan drama dan movie dan mood membaca yang merudum, rinn masih sudi membaca HBR..terharu sungguh...hehhehe 

Friday, August 12, 2011

10 ciri....?

10 Ciri-Ciri Isteri Yang Solehah


Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”


p/s - Sekadar paparkan nasihat yang cukup baik untuk kita aplikasikan dalam kehidupan harian bagi mereka yang telah dan bakal bergelar isteri...hmmm..jangan ada yang fikir bukan2 ya bila saya meletak n3 ini..hehhehe

Tuesday, August 09, 2011

Kief's Story 1





Salam...

copy dari blog sebelah yang tak berapa nak aktif lagi sebab belum ada cerita yang hendak dipaparkan...untuk pengetahuan semua, Kief's Story (tajuk sementara)...selepas ini semua tajuk saya akan begini ya.. ( .......(nama hero + story)...sehinggalah saya menemui tajuk yang saya suka dan sesuai...) merupakan projek ke 7 saya selepas Jimmy's story. Adakah masih kekal dengan romance / action-thriller? InsyaALLAH....tapi saya mahu melakukan sesuatu yang lain dalam kisah ini. Harap2 segala percaturan saya nanti berjaya.InsyaALLAH....
Bagaimana ya kisah kief ini? Bolehkah anda agak bagaimana jalan ceritanya?

Friday, August 05, 2011

4+1

Salam

Cerita 1
Malam ini bosan sungguh. Hendak menaip menyiapkan kisah Jimmy yang memang liat nak siap tu, tak ada mood pula. Hendak menonton tv, saya rasa malas. Jadi..seperti biasa, kalau bosan malam-malam,  bila mengadap pc...saya online sajalah sambil mendownload apa yang boleh didownload. Mood saya berubah-ubah. Hari tu baru lepas layan Grey's Anatomy 1-6. Citer ni ulang 100 kali pun saya boleh tengok lagi. Saya memang gila dengan cerita ni selepas Prison Break dan Alias. Dengar2 cerita, McDreamy tidak mahu menyambung kontrak lagi selepas season 8 nanti. Aduhai...kalau Sheperd tak ada..apa jadi dengan Mer ya? Adakah Mer juga akan mengundurkan diri? Tapi kalau Mer tiada, Grey's Anatomy terpaksa menukar namalah ya. Walaupun ada Lexie yang membawa nama Grey, tetapi karakter Lexie itu bagi saya rasa tidak cukup 'kuat', 'kukuh' dan 'gah' untuk membawa nama  yang menjadi tajuk cerita itu. Bila bercakap mengenai Grey's Anatomy...automatik orang akan ingat Meredith dan bukannya Lexie. Saya masih berharap greys akan terus bersambung hingga bila-bila. Rasanya tak best je rasa tak dapat melihat drama kesukaan saya ini. Tapi...apa pun setiap yang bermula pasti akan berakhir kan? Mahu tidak mahu kita terpaksa menerima kenyataan.

Cerita2
Ahad lepas, saya, adik dan emak ke bandai Taiping untuk mencari kain. Itulah kerja saya semenjak dua menjak ini..asal ada masa terluang kami pasti keluar mencari barang keperluan..(faham2 sajalah ya). Selepas mendaapat kain yang kami semua berkenan, saya terus hantar ke tailor. Masa dia minta contact number saya, saya pun berilah. Tiba-tiba dia tegur ' duduk KL ke?" saya kata taklah..duduk sini. "oh..sebab nombor tu nombor kl' saya angguk ajelah. dan terus cakap ' itu nombor masa saya belajar dulu..sampai sekarang mmg tak tukar2.." dan muka tailor tu ala2 terkesima kejap..hehhehe...
Yang betulnya..sememangnya nombor itu nombor yang saya gunakan semenjak dari tahun 2000 lagi. Wah setianya saya sehingga 11 tahun masih kekal nombor yang sama. Handset pertama saya adalah pada tahun 1999 part 3. Itupun selepas tokwan saya yang meninggal dunia tanpa saya ketahui. Kalau tidak kerana kejadian itu, memang saya tak nampak apa pentingnya membeli handset itu. nombor pertama yang saya guna ialah 0162981900. Saya pakai nombor ni sekejap je sebelum bertukar ke nombor sekarang. Jadi..atas dasar itu, poyokah saya kalau saya anggap diri saya ni seorang yang setia? ahaks...Digi patut beri anugerah pelanggan setia pada saya kan..?


Cerita 3
Kejap tadi saya kena leter dengan adik saya sebab baju-baju saya bersepah ( dalam erti kata lain tak berlipat). Saya diam ajelah sebab memang betul leteran dia pun. Saya memang tak suka lipat baju. Saya boleh basuh ( itupun pakai mesin) dan sidai baju sahaja. lepas pada itu saya surrender. Memang tak suka dan MALAS hendak melipat baju lebih2 baju kurung yang memang jadi pakaian harian pergi kerja itu. Kalau ada maid yang boleh menguruskan baju2 saya alangkah baiknya. Saya mengemas baju memang beberapa bulan sekali. Selebihnya saya masukkan ke dalam 2 kotak saya. satu baju kurung. satu baju selain baju kurung. kotak ni bertutup jadi tidaklah nampak bersepahnya. Kira kotak ini sebagai perhentian sementara(iya ke sementara) sebelum ia berjaya sampai ke tingkat atas beberapa bulan kemudian.hhahhahaha.... Iya..saya tahu apa dalam fikiran anda semua. sangat teruk dan pemalas ya rabbi kan...ya..saya akuinya...saya mmg tak suka lipat baju.


Cerita 4
Setiap kali saya tutup pc, adik yang sama akan bertanya..sampai mana hang menulis malam ni. bila saya jawab banyak itu dan itu, dia akan merungut. Berjam2 aku tengok hang dok mengadap benda tu, bilanya jimmy nak siap ni? dan bila aku boleh baca dengan lengkap ni?" soal dia dengan suara yang turun naik. Iya...memanglah Jimmy itu tidak akan siap kalau setiap malam saya seperti ini. huwaaaaa... Buka mss sekadar buka tapi lain yang saya buat. yang sebenarnya saya takde idea mahu menulis apa...(actually ideanya apa tapi semuanya berlegar dalam kepala sahaja dan bila hendak diterjemahkan daam bentuk tulisan, ianya tidak menjadi seperti yang saya harapkan)...sudahlah..saya mahu berhenti menulis. Lebih baik saya sambung menulis mss. Ada jugak faedahnya....ciao....


eh...Oh ya...saya sudah tambah satu blog baharu..Kief's Story. Ini projek yang akan saya tulis selepas Jimmy. Iya..jangan harap untuk baca apa-apa lagi sebab saya tidak menulis lagi..again..di dalam kepala ni surah sarat mahu memuntahkan segala-galanya mengenai kisah baharu ini. Ya...mungkin ada yang mengatakan..eleh..Jimmy pon tak siap2 kecoh je dengan citer lain..hehehhe..saya peduli apa kan..suka hati sayalah...sya sebenarnya tidak suka bekerja dengan tekanan (dlm penulisan)..tapi sebenarnya kadang kala tekanan itulah yang lebih baik buat saya...hmmmm....

Review HBR


Salam

Sekali lagi ulasan dari orang yang sama. boleh baca di sini . Terima kasih tidak terhingga buat kak chik yang sudi membaca Jauh Kau Pergi dan Hati Bergetar Rindu. Kalau ada kesempatan, saya ingin sekali jika kak chik membaca karya-karya saya yang lain seperti KDB, RBB & RUD.


4 ****
Mengapa gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia sendiri lahir daripada sebuah kemesraan?

Blurb:
Hidup ini adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka, jangan ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meskipun yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum walau perjuangan ini terasa pahit dan berliku. Sesungguhnya, DIA tidak akan mensia-siakan usaha kita.

Ari – Bersamamu aku memahami makna bahagia, tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Dalam dunia ini, tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi daripada orang yang paling dipercayai dan disayangi.

Sid – Segala jerih yang kita lalui, semoga ada senyum pada esok hari. Percayalah… kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah… kebenaran hanya mampu diihat oleh mata hati, dan Ari… yakinlah ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita.

Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa makna sebuah perjuangan.


Kak Chik menukil:

Owhhhhhhhhhhhh….Kak Chik sudah tersilap anggap pada heroin…Kak Chik ingatkan Ari itu --> lelaki; kerana amat jarang kita mendengar perempuan bernama seperti itu tetapi setelah membaca, baru Kak Chik tahu bahawa Ari itu --> Arisa Nur Adilia. Hehehe

Buku DZ ini dah dua bulan tunggu giliran untuk dibaca, diborong semasa PBAKL hari tu. Walaupun dua bulan masih lagi berbalut plastik, sebab Kak Chik ada satu kepantangan kalau membaca novel iaitu Kak Chik tak boleh duduk belek baca buku tu konon-konon nak tahu best ke tak. Kalau Kak Chik langgar juga kepantangan tu, alamatnya buku tu hanya tinggal riwayat tanpa habis dibaca walaupun ramai yang kata buku tu best!

Alamak…dah terlalut ke laut pulak dah! Kisah misteri yang sungguh mengujakan dengan terselit juga kisah romantik yang digarap dengan begitu teliti oleh DZ. Perjalanan cerita yang merangkumi kisah perjalanan watak utama iaitu Ari. Anak tunggal yang tidak pernah mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapanya kecuali pembantu rumah. Dia mempunyai segalanya tetapi dia tersepit dengan jalan hidup yang dipilih papanya, Tan Sri Zain Johari. Ari makin terluka apabila papanya berselingkuh dengan kawan karibnya sendiri, Nisa. Bertahun dia ‘membisu’ kerana kelukaan itu. Pemergian Ari ke London untuk mencari mamanya yang selama ini ‘dimatikan’ oleh papanya makin menambah dalam ke jurang kelukaan. Kejutan lain juga membuat Ari tidak terus rasa terpinggir sendiri di bumi ini.

Sid --> ASP Ziyad Sidqi yang amat ketara berubah sepanjang tiga tahun selepas kepulangan dari bumi London. Apa yang terlalu menghantui hati lelaki yang bernama Sid itu sehingga dia bukan lagi seperti itu. Sid terlalu berahsia tentang rahsia hatinya walaupun terhadap ibu sendiri. Dia cuba menyembunyikan segala rahsia di sebalik wajah yang sentiasa tidak beriak emosi.

Berita pembunuhan bersiri yang melanda negara juga menjadikan hidup Siq sentiasa kalut untuk memburu pembunuh tersebut. Mangsa terbaru yang terselamat telah menghidupkan sinar untuk menjejaki Angel. Siapakah mangsa yang terselamat itu sehingga Sid sanggup bertegas dengan ketuanya untuk terus mengendali kes tersebut walaupun nyawanya menjadi taruhan?


Sudut pandang Kak Chik:

Kak Chik rasa macam tak seronok pula nak ulas secara terperinci kerana sedikit saja maklumat, mampu menyerlah ‘rahsia’ Sid dan Ari yang menjadi nadi kisah ini. Plot yang sangat menarik kerana buat Kak Chik terpaku untuk membaca, membaca dan membaca.

Tahniah pada DZ untuk satu karya yang menarik kerana pada Kak Chik amat jarang penulis wanita di Malaysia yang mampu menulis kisah thriller (walaupun tetap ada unsur romantik)dengan baik.

Tapi apa ya kisah Komando Najmi/Jimmy (Jauh Kau Pergi) yang terselit sedikit dalam kisah ini? Kenapa dia nampak bersedih dan menyendiri ketika di Tanah Suci?

LiFe iS a LoNG JouRNeY

-Kak Chik-
(^__^)

Ulasan JKP

Salam....

Ulasan yang saya temui dari blog Aimie ataupun kak chik. Terima kasih atas ulasan yang diberikan. 


4 ****

Daerah paling sepi di dunia adalah hati tanpa cinta

Blurb:

Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak lebih daripada yang sepatutnya. Sesungguhnya, dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat.

Namun, sesuatu berlaku menyebabkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih daripada segalanya. Tetapi, dia ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Menyerah kepada takdir bukannya bererti menyerah kalah kerana manusia ditakdirkan untuk menang, bukan?

Rif ~ Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia… aku sanggup hadapi semuanya. Kerana dia, aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia… aku redha. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?

Afi ~ Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi, namun aku tetap setia menanti…


Kak Chik menukil:

Terkedu..terkaku..sebabnya persepsi pada karya Dhiya Zafirra ni jauh tersasar. Kak Chik ingatkan kisah biasa yang rupa-rupanya kisah yang penuh debar dan kejutan. Sungguh cermat penulis menganyam ayat-ayat sehingga Kak Chik terpaku untuk mengakhiri kisah ini.
Afiqah Najwa yang bekerja sebagai pustawan di perpustakaan UPSI, seorang yang pendiam dan penuh rahsia. Dia tidak mempunyai ramai kawan kecuali dua orang teman di tempat kerja. Pemergian abang kembar tersayang mengubah perjalanan hidup Afi. Dia hidup dalam kesedihan kerana pemergian orang-orang tersayang dan menjadikan dia hidup sebatang kara. Kematian Najmi yang bekerja sebagai komando ATM ketika menjalani operasi rahsia telah menyebabkan Afi hidup dalam buruan. Tetapi siapa yang memburunya? Sedangkan selama ini dia tidak pernah mempunyai musuh.
Kemunculan Haiyan Rifqi, teman yang sama-sama membesar bersama arwah Najim, Helmi, Lukman dan Eddie yang bertindak sebagai pelindung Afi juga menjadikan Afi hidup dalam keliru. Kemunculan Rif selepas lima tahun menjauhkan diri dari teman-teman juga membuat Afi tertanya-tanya. Dan kerana mahu melindungi Afi dan perlu sentiasa menjaga Afi 24 jam, Rif mengusulkan mereka menikah untuk menjaga maruah Afi. Afi terkeliru sedangkan arwah Najmi pernah berpesan jangan sesekali jatuh cinta pada Rif.
Dan setelah segala kekeliruan terungkai, apakah jodoh mereka tetap kekal? Afi merasakan tertipu kerana selama ini Rif merahsiakan sesuatu yang sungguh berharga padanya. Dan ikatan perkahwinan mereka juga terikat bukan kerana kehendak Rif. Apakah pengakhiran perkahwinan tanpa cinta ini?


Nota kaki: Sungguh teruja untuk mengetahui pengakhirannya. Kita dihidangkan dengan kerjaya yang jarang-jarang dipaparkan kerana kerjaya tentera memang mempunyai banyak cabang dan komando merupakan salah satu unit yang terpenting dalam ATM. Sebuah kisah romatic thriller yang menyebabkan jantung sentiasa berlari kencang.

Thursday, August 04, 2011

Belajar untuk redha


Salam
 Saya terjumpa artikel ini semasa sedang menggoogle sesuatu. Jadi...atas niat mahu berkongsi sesuatu yang cukup baik untuk kita semua, saya paparkan artikel ini. Mudah-mudahan kita memperolehi ilmu daripadanya...




Walaupun sedih, mari belajar untuk redha. Belajar untuk menerima

Hidup ini ada kalanya agak susah juga memujuk hati, kan? Memang. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir ALLAh yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir ALLAh yang sudah tertulis di Lauh Mahfuz sana.

Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, sangat sakit bukan.

Dan sebab itu juga, ramai yang tertunduk dan duduk terkulai. Tidak mampu untuk berdiri. Sebabnya, tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Dan perbuatan sedemikian tidak lain tidak bukan, hanya merugikan diri sendiri. Orang Islam, tidak akan selamanya tertunduk lemah dengan sebahagian permainan dunia yang mengusik kehidupan yang adakalanya usikan itu sangat radikal dan mampu membuat hati mati bagi empunya diri yang tidak dapat mengawal hati dan perasaan dan diseimbangkan dengan fikiran yang berlandaskan iman.

Persoalannya, bagaimana untuk redha dengan percaturan Ilahi?


Saya hendak belajar mengenainya.

Duduk Sebentar Berfikir

Satu hari, seorang kawan bertanya, bagaimana untuk pasrah atas dugaan yang menimpa?

Ada sesetengah orang sekejap aja dapat memujuk hati yang sedang berduka terhadap ujian ALLAh. Ada setengahnya pula, akal ingin meredhakan, namun hati membantah sekerasnya. Mereka ini sebenarnya keliru. Antara ego dan kasih-sayang ALLAh.

Sekali lagi saya suka petik kata-kata salah seorang guru saya,

“Orang yang beriman, tiada istilah masalah dalam hidupnya. Yang ada, hanya cubaan. Dan cubaan dari ALLAh itu bukanlah untuk dianggap masalah melainkan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hidup ini, jangan mengusutkan otak kamu yang sudah memang ALLAh jadikan sedikit serabut tu. Usaha dan usaha lagi..”

Besar makna kata-kata beliau.

Sahabat, mari sini.

Apabila ujian datang menyapa kehidupan, cuba duduk sebentar bertafakkur dan jangan cepat melatah. Mengucap banyak-banyak. Luahkan segalanya pada ALLAh SWT. Pohon keredhaan pada-Nya jika apa yang berlaku itu adalah yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga.

Kadang-kadang, ALLAh menegur melalui ujian yang sedang dihadapi.

Jika terasa ingin menangis, maka biarkanlah airmata itu merembes membasahi pipi. Airmata itu ALLAh cipta bukan sia-sia, kadang kala melepaskan yang terkurung dijiwa melalui airmata boleh meredakan hati yang sedang berduka. MashaALLAh, ALLAh memang Maha Hebat! Tiada satu ciptaan-Nya pun yang sia-sia.

Dalam masa duduk itu, mari sama-sama koreksi diri. Bertanya apakah sebenarnya yang telah kita pernah lakukan sehingga ALLAh ingin menegur? Dalam keadaan begini, banyak-banyakkan untuk memujuk hati agar bersangka baik sangat-sangat pada ALLAh.

Jangan biar syaitan menguasai hati anda yang sedang suram.

Banyakkan Berdoa, Jangan Berdiam Diri

“Saya dah pasrah. Dah redha dan terima semuanya..”

Dialog di atas ini tiada maknanya terlafaz di bibir andainya anda tidak mengisi sesuatu dengan ilmu ALLAh. Tidak cukup dengan mengatakan anda pasrah tanpa mendekatkan diri kepada-Nya. Jika anda mengungkapkan seperti ini dan keadaan anda seperti ini, maka saya turut bersedih. Anda sebenarnya telah berputus asa dengan ALLAh.

Islam ini sangat cantik!

ALLAh menguji manusia, namun ALLAh siapkan segala-galanya. Ibarat, ALLAh melepaskan kita dengan bekalan, dan ALLAh akan menguji kita. Dan ALLAh hendak tengok, apakah kita pandai menggunakan bekalan yang ALLAh telah beri itu atau tidak.

Apa bekalan tu? Nasikah? Bukan. Bekalan ilmu.

Lihat ya sahabat, jika kita sering membaca al-Quran dan sentiasa berdamping dengannya, inshaALLAh anda akan perasaan terlalu banyak doa-doa yang mahsyur didalamnya. Doa para Nabi dan Rasul serta orang-orang soleh terdahulu, dimana doa itu menjadi panduan untuk kita memohon kepada ALLAh.

Anda sedang bersedih? Nah, hayati ayat ini, dan boleh amalkannya, inshaALLAh.

“..Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang Muslim.” – al Ahqaf : 15

Dan, bukankah sepatutnya kita siap-siap untuk menerima ujian dengan hati yang terbuka? Kerana, ALLAh telah berjanji didalam al-Quran, bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan.

“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Dan kami pun telah menurunkan beban darimu. Yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah Engkau berharap.” – al Insyirah : 1-5

Nah, mengapa patut rasa diri dianiaya? Bukankah dunia ini sementara dan ujian itu sementara? Perlukah untuk berputus asa? Tidak! Yang penting anda kekal berusaha, maka bantuan dari langit akan tiba.

Senyumlah. Percayalah. Tolong saya ukir senyuman dibibir sesama kita.

Ujian ALLAh Datangkan Hendak Membersihkan Manusia


Sebenarnya, ALLAh bersama anda setiap masa dan ketika. Ketika anda lapang dan ketika ditimpa ujian yang ALLAh datangkan. Dan ujian itu tidak sepatutnya kita lihat sebagai hanya ‘seksaan’ semata-mata dari ALLAh. Hal ini kerana, ujian itu sebenarnya adalah kasih sayang dari-Nya.

Dalam pada masa diuji itu, ALLAh cuba memberi kebaikan atau pun point pahala kepada kita. Habis tu? Kenapa ALLAh uji kalau nak bagi pahala?

Jawapan saya, kerana ALLAh sayang pada anda!

Saya beriman dengan hadis Rasulullah ini,

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Siapa yang ALLAh kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.” – HR. Bukhari

Anda lihat? Subhanallah. Ujian yang disertai kasih-sayang dan kebaikan. Dan ALLAh bukan hanya ingin memberi kebaikan kepada manusia, malah ingin menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini. InshaALLAh, jika kita belajar untuk menerima seadanya ujian ALLAh itu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.


Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” – HR. Bukhari & Muslim

Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!


Hati anda tidak berbunga-bungakah jika ALLAh ingin menghapuskan dosa-dosa anda?


Mencari Hikmah Disebalik Ujian ALLAh


Hikmah disebalik ujian? InshaAllah, anda sendiri akan merasainya. Sama ada anda menyedari, insaf, makin dekat kepada ALLah, maka anda bersoal jawab dengan diri sendiri didalam pengawasan ALLAh.


Ada ujian yang menginsafkan kita dan menjadikan kita seorang hamba dan seorang manusia yang lebih baik jika kita berfikir. Dan ada ujian yang membuatkan manusia semakin jauh dan menjadi seorang manusia yang hilang arah tuju, jika manusia itu sendiri tidak mahu membuka minda dan hati.


Makanya, hati ini, dada ini, perlu dibuka seluas-luasnya apabila bersoal jawab dengan ALLAh.

Kerana, cahaya itu tidak akan masuk melalui tingkap yang tertutup rapat.

Hei sahabat, boleh saya genggam tangan kamu? Saya hendak cakap sesuatu ni..

“Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAh!”

Anda mahu hebat pada pandangan ALLAh? Maka, jom menjadi seorang hamba ALLAh yang sentiasa kuat, kuat, kuat dalam keimanan. Orang Islam tidak pernah mengalah! Tidak pernah! Mari, mari menjadi kuat! Semoga ALLAh merahmati.


Tuesday, August 02, 2011

Ramadan Al-Mubarak

Salam....


Baru dua hari ramadan menjengukkan wajah namun saya sudah mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. ALHAMDULILLAH....apa yang membuatkan saya sedikit berasa duka beberapa bulan dahulu berakhir dengan berita gembira. Apakah ya berita gembira itu...yang akrab dengan saya pasti sudah tahu..tidak pun yang membaca status saya di fb juga tahu. Yang sebenarnya buku ke 3 saya iaitu RINDU UNTUK DIA sudahpun diulang cetak. Bagi sesetengah penulis yang bukunya sentiasa diulang cetak mungkin sudah menjadi perkara biasa, namun bagi saya ia tetap berita yang membahagiakan. Bukan sebab royalti yang bakal saya terima yang menyebabkan saya teruja...tetapi cukuplah apa yang saya mahukan hanya buku2 saya berada di pasaran dan dibaca oleh pembaca. Sebenarnya semenjak dari hujung tahun lepas ketiadaan RUD dimana-mana kedai buku menyebabkan saya runsing. Malah stok RUD di Karangkraf juga tiada. Saya sudah tidak tahu mahu memberi jawapan setiap kali pembaca mahu memberi RUD daripada saya. Malah ada yang sudah bank in kan wang namun bukunya tiada pada saya.
Langsung usaha saya, membeli RUD di MPH secara online. Dapatlah 10 buah dan 10 buah itu turut habis tidak sampai dua minggu. Di pesta buku PWTC dan Mini Karnival karangkraf di Sg Petani juga ramai yang bertanyakan RUD. Ada yang mengatakan kesemua buku2 saya sudah dibaca kecuali RUD. Aduhai..kalau anda duduk ditempat saya ketika itu, pasti anda tahu apa yang saya rasa. Sedih..sudah tentu. Hampa...apa tidaknya. Dan keadaan ini juga mempengaruhi emosi saya untuk terus menulis. Ya..ada rasa patah semangat dan putus ada pun ada...namun setelah beberapa lama bermuram durja, saya redha. Saya tawakal. Rezeki saya...ALLAH yang putuskan. Saya malas mahu pening2 kepala. Perjalanan hidup saya tetap tiada perubahan kalau saya yang tidak mahu mengubahnya. Saya tidak mahu episod RUD mematahkan semangat saya dan saya kembali berjuang semula meneruskan kecintaan saya. Dan minggu lepas saya mendapat berita yang tidak disangka-sangka. Benarlah ALLAH itu MAHA KUASA. DIA yang menunjukkan jalannya. Ayat " Iya RUD sudah diulang cetak" benar-benar melontarkan saya ke lembah bahagia. Syukur ALHAMDULILLAH. Rezeki Ramadan saya. Jadi kepada anda yang ingin mendapatkan RUD bolehlah melanggan di GRUB BUKU KARANGKRAF ya kerana saya masih belum berkesempatan untuk mendapatkan naskah dari sana....

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...