Tuesday, February 10, 2009

stress tahap gaban

Salam...
Aku stress tahap maksimum...
Manuskrip yang aku janjikan pada editor untuk siap hujung bulan Disember ataupun awal Januari masih belum sampai ke titik noktah terakhir. Sms dari editor bertanyakan mana mss aku minggu lepas semakin membuatkan aku kecut perut. Aduh payahnya untuk menamatkan sebuah kisah. Apa nak jadi dengan aku ni? Kalaulah setiap kerja yang aku lakukan dinilai berdasarkan dateline yang diberi memang akulah orang pertama yang dibuang kerja agaknya. Bila sesiapa sahaja bertanya bila nak siap...jawapan standard aku ialah ' sikit je lagi. tak banyak dah'. Iya..sememangnya mss aku itu sikit sahaja lagi untuk disiapkan tetapi aku seperti siput yang berjalan perlahan-lahan mengharapkan orang lain juga berjalan seperlahan aku. tetapi aku tahu itu mustahil. dan kalau aku tidak mahu ketinggalan, aku kena berbuat sesuatu tentang perkara ini. Pesan editor lagi ' Dah masuk buku ke 3, pastikan betul2 mantops." Huhu. terkebil2 aku membaca. dan tiba-tiba sakit kepala aku datang lagi...
Aku betul2 stress...

6 comments:

Unknown said...

wah... kita satu tongkang!
hehehe...
bila nak keluar ni...?

dhiya zafira said...

Salam Bikash....

betul...betul...betul

Itulah dok sakit pala ni. tak siap2 lagi ni...

Lynn Dayana said...

bikash n dhiya naik tongkang ke mana? hehehe..... Bergerak maju weh! laju ke hadapan!

Lynn Dayana said...
This comment has been removed by the author.
dhiya zafira said...

Salam Lynn...


Kami nak tongkang nak ke tanah besau...


heheheh..jangan riso...tgh pulun...

LK said...

hahahaaha...selamat stress...jangan pedulikan aku yang jauh ni sebab xde sapa nak kejar....hahahaha

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...