Salam...
Kawan-kawan jangan terkejut. terutamanya yang tahu mss aku yang tidak bergerak sekarang ni. Manuskrip aku belum selesai. aku pun hibernate dari dunia blog pun agak lama, sampai kak Lily kata blog aku dah bersarang. Hari ni aku nak bercerita sikit pasal hero n heroin aku untuk mss terbaru ni. Kalau dulu semasa menulis watak Izz Karami dalam RBB. ada aku siarkan foto wajah lelaki yang sering aku lihat berulang kali untuk ambil feelnya. dan kini aku paparkan pula wajah2 yang aku lihat ketika menulis mss yang terbengkalai ini.
Amboi tak sedar diri betul dhiya ni...pilih muka2 omputih aje. tak ada muka melayu ke? hahahaha...mesti itu yang bermain2 dlm fikiran sesetengah pembaca kan? yang sebenarnya aku memang tidak membayangkan wajah2 pelakon kat msia ni sebab tak ada satupun yang menarik perhatian aku kecuali pelakon2 zaman 80an dulu. hmmm...kat atas ini adalah pelakon latin Dana Garcia. hmmm aku tak pernah tgk lakonan dia...(cuma ada yg pernah ditayangkan di kaca tv dulu2) tapi aku tertarik dengan kelembutan wajah pelakon ini. (mind u, heroin aku yang bernama Amie Najla' itu bukan seiras Dana ini ya. persamaannya adalah dari kelembutan yg terpancar dr air mukanya sahaja. itu sahaja, TITIK. Amie Najla' heroin aku itu melayu jati. tidak dikacukkan dengan mana2 bangsa kecuali melayu sahaja. dan aku mencari sepasang mata dan air muka yang kelihatan sedih( terbayang wajah manisha koirala)...kalau aku jumpa mata dan wajah yang sesuai akan aku pamerkan di sini.
Dan ini pula juga pelakon latin, Christian maier. kalau korang pernah tgk citer LUNA...itulah heronya. dan hero utk mss aku juga bukan seperti lelaki ini ya. aku hanya sukakan tubuhnya yang tinggi sasa dan matanya yang dalam menikam sehingga menusuk jiwa yg paling dalam. ewah....seperti Amie, Jad Imran juga seorang melayu totok sahaja.
Untuk apa aku menceritakan ini semua? Ya...aku memerlukan semangat baru. kekuatan baru untuk meneruskan kelangsungan hidup dan cita-citaku ini. untuk penulis yang pernah melalui detik2 kelam dalam penulisan mungkin bisa sahaja memahami apa yang aku alami ini. hmmmmmm...
3 comments:
huhu...i like it....
huhu....i like him too...
huhu..ain amik feel dengan berangan je kak..bygkn watak2 dn aksi2 lakonan yg kn terjadi selepas tu dn itu..hehe kdg2 bila ats motor pn ain leh buat jln citer n skrip..huhu..
rasa bila ada idea dtg cepat2 terus menulis...
tp tu semua dlm mimoi ain bila bgun ain dh lupa..sbb boss ain ckp..ain ni kuat berangan..hehe
hope akak lebih success
Post a Comment