Kisah 1
Semalam aku mengikut lawatan ke Uitm Seri Iskandar Perak. lawatan cik Kiah yang kesemuanya terlibat dalam projek Meningkat Mutu Kerja (KMK) di perbadanan awam perpustakaan negeri Perak. kedatangan kami disambut oleh polis pengiring dan kesemua top management institusi berkenaan menunggu untuk menyambut kedatangan kami. dalam hati, aku tidak berasa hairan bagaimana U ni boleh memenangi pertandingan Kmk/kik ataupun anugerah kualiti kerana layanan yang diberikan memang 1st class. dalam hidup aku, inilah pertama kali aku melihat golongan atasan dan cerdik pandai yang begitu humble sekali.
Kisah 2.
Semalam otw balik dari Ipoh, brek kereta aku tak makan. Mujurlah sudah sampai ke Taiping bila aku mengadu pada member masalah aku. dalam hati aku memang dah panik mengenangkan bagaimana lajunya aku memecut tadi. bayangkanlah kalau aku hendak membrek ketika itu???.140mph??? Mujurlah ada sorang staff lelaki yang menumpang kereta tahu nak settlekan problem tu. dengan penuh seksa, panik dan berhati2 aku sampai di bengkel. ketika itulah aku sedar aku lupa turunkan handbreak masa berhenti turunkan member di bukit gantang. Ya Allah, berapa jauh aku memandu dengan keadaan begitu. turun dari kereta tayar dah bau hangit. masing2 rahsiakan kebodohan dan kealpaan aku pada mekanik tu. hihihihih..balik umah jenuh aku kena tadah telinga dengar leteran family. apa boleh buat. memang salah sendiri.
Kisah 3.
Aku, kakak n adik2 pergi ke Tesco hujung minggu lalu. seperti biasa, waktu weekend memang sudah nak dapat parking. hari tu pulak entah dari mananya datang rakyat taiping yang tak pernah aku nampak sebelum ni. begitu ramai sampai kereta main parking ikut suka. dalam dok survey tempat kosong, aku nampak ada sorang minah ni nak kuarkan kereta. so, aku dengan gembiranya beri signal tanda aku nak masuk tempat dia. tengah2 aku dok menunggu tu, entah dari mana malaun sorang ni datang. dari jauh lagi aku dah nampak gaya dia nak merampas tempat aku. aku dah bagi isyarat aku nak masuk tapi sememangnya dia ni jenis manusia tak reti bahasa dan tak berbudi bahasa, jadi dengan selamba je dia dia masuk. Aku dah mcm nak naik hantu. aku hon2 bertalu melepaskan geram tapi makhluk asing ni buat dek je. dengan tak memandang ke arah aku dia terus turun keta dengan family dia yang memang gayanya macam keluarga tak berapa muslimah ni. aku bukan prejudis tapi tgk muka sekor2 tu memanglah jenis muka orang suka cari pasal. kalau ikutkan hati nak je aku calarkan keta dia.hihihihi. tapi, sabar aku masih kuat. dunia ni bulat. kalau ko berada di atas, satu hari ko di bawah pula. what goes around come around kan.
7 comments:
SAlam,
Nampaknya saya orang pertama komen entri ini. Untuk makluman Dhiya dan lain-lain, drama adaptasi dari novel Tangisan Bulan Madu akan disiarkan di TV2 setiap Khamis malam Jumaat jam 9 malam. Episod pertama pada Khamis ini 3 April 2008. Harap dapat war2 kan pada kawan2 dan peminat novel TBM. Selamat menonton dan terima kasih atas sokongan semua.
Hi Kak Dhiya,
Salam...aipppp, jgn marah2 dah yea..but it's true some people has no civic minded and consideration to others especially when comes to driving-parking!
Luckily you are patient enough to control yourself...congratz for that hehehhe...it's pointless to take action against this kind of moron,just inviting more probs than any good....:)
salam kak maizura,
terima kasih di atas maklumat tersebut. sudah tentunya saya akan menanti detik itu. hahaha..tidak sabar rasanya mahu bertemu amire dan boggart. harap2 semua berjayalah hendaknya.
Noushy...
akak pun sebenarnya hampir2 nak hilang sabar. tapi bila fikirkan kalau kita cari pasal atau gaduh pun apa bezanya kita dengan orang itu kan? kalau mereka memilih untuk menjadi tidak bertimbang rasa, kenapa akak harus mengikuti jejak langkah mereka kan? jadi...akak rasa bersyukur sangat2.hihihihiih
Maaf, Dhiya. Ada kesilapan maklumat. Sebenarnya RTM tangguh ke 20 Mei 2008 melalui slot Ratu setiap Selasa dan Rabu. Harap bersabar ya. Sila kunjungi blog Tangisan Bulan Madu untuk lihat gambar-gambar adegan yang baru dimasukkan malam tadi. Mungkin gambar baru itu dapat mengubat rindu peminat.
salam kak Maizura...
alangkah hampanya hati mendengar berita ini.isk...isk...isk..saya dah siap canang pada keluarga yang memang minat gila dgn nvl TBM ni. dan dah siap warning dengan adik jangan kacau malam ni tapi apakan daya....
slm, entah camne bleh sampai sini tiba2 terbaca entry ni..kalau perempuan beranilah dia buli..sbb dulu penah ada keluarga satu family gak buat sy camni kat alamanda..sy dengan selamba keluar kereta marah bapak kepada 4 org anak ngan isteri kat sebelah dia,huhu...
org tak de adab camtu mmg kita tak payah berbudi bahasa sangat..tapi takdela sampai keluarkan kata bukan2 dpn budak2 tu..mmg buat muka bengang je pastu dia minta maaf dan dia keluar balik,hehe...:) biar dia belajar beradab skit..
Post a Comment