kegilaan baru


Salam...
Aku kembali kepada kegilaan menonton drama jepun semula. Setelah aku berpaling arah kepada drama Korea, aku kini mula merujuk kembali dengan drama jepun. Semuanya gara-gara adik aku yang membawa 2 siri cerita GOKUSEN ( I&II) semasa pulang bercuti minggu lepas. Mula masa dia cakap yang dia ada simpanan drama tu aku tidak memberi reaksi. Entahlah mood aku memang malas minggu tu. menulis apatah lagi. Sebab utama aku malas tengok cerita bersiri ni salah satunya adalah bersiri2lah aku terpaksa menonton. kalau2 kena cerita yang best lagilah tak boleh tinggal.
1st episod aku sudah mula ketagih. setiap ke2 siri tu ada dalam 25 siri dan aku habiskan dalam masa 2 hari setengah. hahaha...setiap malam kadang2 sampai pukul 2 aku berjaga dok pulun tengok. ceritanya memang best. hahaha kelakar pulak mengenangkan kenakalan bebudak sekolah dan kepeningan cikgunya nak menyelesaikan masalah pelajar yang dikatakan tidak mempunyai harapan oleh cikgu2 yang lain.
Kalau korang peminat cerita GTO(Great teacher Onizuka) lakonan Takeshi Sorimachi dan Nanako Matsushima, inilah cerita yang korang harus tengok. bezanya dengan GTO, kali ini cikgunya perempuan. siri ini asalnya dalam bentuk manga dan anime. mungkin kerana sambutan yang begitu menggalakkan maka ianya didramakan.
Siri pertama menampilkan penyanyi Jun Matsumoto sebagai Sawada, Shin. kiranya dia ketua kumpulan pelajar nakal dekat sekolah. dalam siri ke 2 pula menampilan 2 orang anggota kumpulan pop terkenal Jepun KAT-TUN sebagai pelajar iaitu Kamenashi, Kazuya dan Akanishi, Jin. Malah salah satu lagu mereka berjudul Kizuna(Bond) menjadi salah satu lagu dalam siri Gokusen 2.
Gokusen 3 dengar khabarnya akan mula ditayangkan bulan ini di jepun. Apa2 pun aku memang tidak sabar untuk mendapatkan siri yang seterusnya.Kalau korang berpeluang, cuba dapatkan drama ini.

p/s...Shin-chan, Ryu chan, n Hayato chan....aishiteru...heheheheeh...


- KAT-TUN menyanyikan lagu Kazuna. the 1st 2 singers are kazuya n Jin. njoy the song

Comments

natrah said…
Dhiya,

Sukanya dia tgk citer jepun...dulu I suka OSHIN ja...mesti tak tinggal..hehehhehhe tu masa muda2 takde anak la..now nk tgk TV pun tak sempat :(
nia said…
saja nak habaq..nak nyampuk gak..gokusen ni best..tapi kan gto lagi best la...:D
dhiya zafira said…
Natrah...

heheheh. entah kenapa minat tu timbul balik. oshin tu masa zaman sekolah rendah lagi. dulu memang terkenal dengan citer2 jepun macam rin hane koma, moero attack, chiaki...etc...
dhiya zafira said…
nia...
masing2 ada keistimewaan tersendiri. apa2 pun dua2 citer ni memang best.hhehehhe

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

Pre Order DIBUKA SEKARANG - HAQ II

mutiara kata sasterawan negara