Thursday, May 31, 2007

baru aman sikit...







Assalamualaikum,
Hari ini rumah aku tenang-setenangnya. Tiada lagi bunyi tangisan bayi dan kanak-kanak. tiada lagi jeritan yang menyuruh adik aku jangan mengusik anak saudaranya lagi. tiada lagi rumah yang asyik bersepah macam tongkang pecah. Hari ini aku n adik aku boleh rehat sedikit. hihihi..sebab apa? Sebab Mak aku bersama kakak n anak2 dia n 2 baby kat umah pergi ke rumah kakak aku di Tg. Malim. Yang tinggal sekarang hanya aku n adik kedua bongsu aku. Aku of courselah tak boleh ikut sebab kerja...n adik aku pula memang bab berjalan2 ni malas sket...lagipun dia mesti tak kuasa nak ikut sebab aku tak ada...hihihiih...Aku pun tak kisah mak aku nak bertukar angin. walaupun sepatutnya kena pantang dalam masa 4 bulan tapi tak kisahlah...mak aku bukannya pergi berhibur atau apa-apa. mana mak pergi tak pernah berseorangan. anak-anak akan ikut dia. dan tadi, mak beria-ia tanya aku dan adik, boleh ke duduk sendirian berdua? Aku seperti biasa hanya mengangguk. lagipun bukannya aku tak biasa tinggal seorang di rumah. Memang mak nampak risau. agaknya takut bila dah sunyi2 kat rumah tu aku n adik akan bersedih. mak takut kami nangis agaknya. hmmmm...biasalah. nak menangis bukan boleh kira waktu. kadang2 tengah bergelak, kami pun boleh mengalirkan air mata. walaupun sudah lebih 2 bulan ayah tak ada, namun sehingga sekarang sukar untuk berbual tentang ayah tanpa mengalirkan air mata. Sehingga sekarang, aku masih belum mampu menatap wajah ayah tanpa terasa sebak di dada. ntahlah, bila bukak purse, terpandang wajah ayah, aku akan terdiam kalau tgh bercakap. aku akan berhenti kalau tengah buat sesuatu. Emak pernah cakap, mak tak pernah rasa ayah sudah tiada. Mak rasa ayah macam pergi bertugas. Macam ayah bertugas di USA selama setahun dulu. Macam ayah bertugas di Bosnia selama 6 bulan 11 tahun dulu. Aku pun kadang2 terfikir macam tu juga...bukan tidak mahu menerima kenyataan tapi sukarnya apabila memikirkan ayah sudah tiada lagi.

2 comments:

Abang Long said...

Salam sejahtera buat adik mar. Apakhabar ?

Abang Long pulak suka kalau rumah riuh rendah dengan budak - budak, dan masih boleh tumpu bila baca novel. Itulah kelebihan ku.

dhiya zafira said...

salam abang long...
saya pulak kena ikut mood...kalau mood tgh nak bersunyi-sunyian tu mestilah pantang dengar bising...hihihi

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...