Thursday, May 03, 2007

bahana pesta buku


Ini merupakan buku-buku yang sempat aku capai masa aku pergi ke pesta buku 1 Mei lalu. Itupun sebab bajet tak cukup...kalau tak...mahu banyak lagi yang aku borong. hihihihi...Telah aku katakan aku memang seperti lupa diri bila tengok buku yang banyak-banyak ni...bak kata beribu-ribu lemon jitu. Tapi atas renungan tajam adik aku...aku tahan jugak...manalah tau..dok asyik berbelanja sampai duit tambang balik ke Taiping pun aku sapu....tu dia baru...
Namun semalam semasa menunggu masa untuk menaiki bas, aku berjalan dengan adik ke kota raya. Dalam hati biasalah...nak menjenguk2...mengintai2...menatap2 vcd citer korea yang belum lagi aku beli. Aku memang tidak berniat untuk membeli. Kalau ada pun mungkin mahu survey harga. Tapi telah aku katakan, aku memang giler bab membeli buku dan cd ni so...bila mata aku terpandang vcd citer yang aku teringin tengok aku dah macam cacing kepanasan. Adik aku kata jangan beli...kita tengok dulu. nanti2 kita belilah...hang ni semuanya nak beli..." itulah lebih kurang ayat dia. Aku pun pikiaq jugak...sebab bab ni memang aku sahabat se*** sikit. Seperti kata akak aku..." hang tu kalau bab hiburan memang laju.." nak buat macam mana kan....dah memang gila aku kat situ. Aku pun bertekadlah tak nak amik vcd drama GREEN ROSE tu. cuma survey2 harga dan tgk vcd filem korea.
Tapi dalam dok membelek tu, tangan aku dok asyik mencapai GR dan mulut aku pulak tak renti2 cuba menawar harga. dalam 3 buah kedai hanya satu kedai boleh menawar sehingga RM80. 2 kedai lagi RM95. Dalam hati aku nak cuba tawar sampai RM70 - RM75. Kalau dapat memang aku amik. So, tak berapa nak dapat harga tu...malah ada yang siapa ketawa lagi sebab harga yang aku minta rendah sangat sebab kalau ikutkan harga yang melekat kat cover lebih kurang RM 113. Jadi aku pergi ke kedai yang paling murah. aku tawar akhirnya dapatlah RM75.Fuh lega. sebab sudah tinggal satu copy sahaja. Masa aku dok check harga kedai dia ada beberapa copy lagi...So...sekali lagi nafsu gila aku menang. Bulan ni aku terpaksa ikat perut. hahahaha....

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...