Assalamualaikum,
Fuh...minggu busy telah berlalu. Dalam masa minggu aku sibuk memastikan program galakguna perpustakaan aku berjalan dengan lancar. Akhirnya hari khamis lepas, pertandingan tulisan Khat melibatkan para pelajar sekolah agama Al-hidayah selesai.Dan selepas itu pertandingan bercerita B. melayu dan B. Inggeris yang juga melibatkan kategori yang sama turut berjalan dengan lancar. Fuh..memang gila aku kerana membuat pertandingan dengan jarak masa yang begitu dekat namun usaha aku turun naik sekolah untuk cari peserta berbaloi jugalah.
Sepanjang minggu juga aku sibuk membuat pembetulan pada manuskrip yang siap disemak oleh editor. Tidaklah banyak sangat tapi tuntutan tugas turut membuatkan aku agak kelam kabut sedikit. editor beri aku masa seminggu dan Alhamdulillah, manuskrip dah selamat aku pos Jumaat lalu. apa pula proses lepas ni?...aku tak tahu...hihihi...tapi sebelum tu editor call untuk beritahu apa nama yang bakal aku gunakan sebagai novelis nanti. tajuk buku juga sudah ditentukan...walaupun tidak sama dengan tajuk asal novel aku tetapi tak mengapalah...asalkan hasilnya dapat aku lihat dalam bentuk buku...hihihi. Anda ingin tahu? Nanti...dan TUNGGUUUUUUUUUUUU...
No comments:
Post a Comment