malas yang tak malas

Assalamualaikum...
Aku ni terkena jangkitan minggu malas sedunia dari Kak Lily Haslina. Bukan apa terasa malas pula nak mencoret walau sebaris ayat. Nak kata aku dok pulun buku cerita yang aku beli tak pula. Yang dok tak berenti pegang buku kat tangan, adik aku. Aku...hanya menghabiskan cerita SUUN - Surat Ungu Untuk Nuha. Selepas tu rehat jap dan layan cd Green Rose. Kesimpulannya, aku amat-amat berpuas hati dengan apa yang aku beli. Rasanya tak rugi aku gamble beli cd yang berjaya memikat hati aku dengan ostnya.
Bukannya aku tak excited nak membaca tetapi biasanya setiap tindakan aku ni sangat2 dipengaruhi oleh mood aku. So...buat masa ni mood aku kata jangan baca lagi...so..aku simpan dulu sehingga dapat feel. Dalam otak aku ni masih terbayang2 watak n wajah si Alang Rebus Tak Empuk ( hero suun) dan Go su (hero GR) so tak dapat nak concentrate dengan bakal hero2 pujaan aku dalam nvl lain...hihihiih.
Tadi editor call cakap dia dah habis edit nvl aku. Ada perubahan yang perlu aku lakukan. Banyak atau tidak, aku tak tahu kerana manuskrip itu akan dipos kepada aku esok. Awien juga minta aku buat tinta penulis...penghargaan dan tangkap gambar. posing maut kata si Awien...hahaha posing maut. takut pulak orang yang maut tgk muka aku...hihihiih
Hmmmm...tak sabar pula rasanya. Aku pun sebenarnya sukar menafsir apa yang aku alami sekarang. Bahagia? gembira? teruja? Ya TENTU SEKALI, kerana pernah satu masa dulu aku hampir putus asa. Ya seperti n3 aku sebelum ni...Kesusahan yang dihadapi dalam hidup, laksana musim dingin. Basah dan lembab, tidak disukai oleh setiap yang bernyawa. Tetapi, sesudah musim sejuk, tumbuh pula bunga-bunga yang harum dan buah yang subur. Ya..aku sudah mula terbau bunga2 yang sangat harum...belum dapat dipetik..belum boleh disentuh tapi harumnya sudah boleh dinikmati.

Comments

Abang Long said…
Salam sayang dan salam rindu buat Adik Mar. Terasa sekejap sangat kita berjumpa tempohari. Tak sempat nak berbual lama. Adik apa khabar ? InsyaAllah, abang akan balik hujung bulan ini.
violet said…
Abang long...memang sekejap sangat masa kita jumpa...nak cerita panjang pun tak boleh....saya ok2 jer...kalau abang balik habaqlah...boleh pekena nescafe ais kat kedai mamak lagi...hihihihih
©Opah De said…
Violet, tahniah... Opah De tak sabar nak tunggu novel Violet keluar. Nak baca dan belajar dari cucunda ler cara nak menulis novel cinta... Erm... posing maut jangan tidak cucunda... sebabnya, buku tu bukan sebuah je yang akan dicetak... berlambak-lambak. Biar orang tengok siapa penulisnya...huhu...sabar je aku. Take care, all the best and mwah.
violet said…
Opah....tima kasih.....
Nanti kalau betul2 dah keluar saya habaq no....
ihihhii..belajar mcm mana nak tulih novel cinta...? opah n anney lagi terer kot...ahaks....

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

mutiara kata sasterawan negara

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI