Sebelum ini aku ada mengucapkan tahniah kepada salah seorang teman rapatku mengenai novelnya yang bakal diterbitkan. beberapa hari lepas aku mendapat berita lagi yang seorang teman rapatku yang lain juga akan terbit novelnya bulan depan.
perasaan aku...?
Tentu sahaja aku gembira kerana impian mereka bakal menjadi kenyataan. selama ini kami begitu mengharap, menanti dan berdoa tak putus-putus agar impian yang satu ini dimakbulkan. dan mereka ini, sudah boleh menarik nafas lega. sudah boleh bertenang. sudah boleh tersenyum gembira. namun debaran tetap ada. rasa gelisah tetap hadir dalam jiwa. dahulu penantian dan rasa cemas mereka lain dan kini bakal berbeza. tentu sahaja risau dan tidak tidur lena dengan sambutan novel mereka nanti...aha...satu lumrah yang akan kita hadapi di saat kita bergelar novelis...
Dalam gembira, kadang kala aku hiba mengenang nasib diri. temanku ini sudah mendaki satu anak tangga, sedangkan aku masih lagi terkial-kial menentukan arah hidup. aku masih belum boleh menarik nafas lega. aku masih belum boleh bertenang. dan senyuman yang menghiasi bibirku ini lebih pahit rasanya. susah...kadang kala aku diduga dengan kesusahan yang parah...salahkah kiranya aku mahu menganyam impian bersama teman-teman ini? di manakah silapku sehingga begitu beratnya rezekiku....?
Astagfirullah al azim,
Ya ALLAH, maafkan aku....