Thursday, November 05, 2015

HAQ

credit pic from google

Ini HAQ saya.. Hero ke 9 saya. Oh matanya memang amat menepati ciri2 hero idaman saya dalam dunia ciptaan saya. Entahlah siapa nama asal mamat ni tapi sebaik sahaja saya bertemu dia di dalam google tiba-tiba dia menjadi Haq saya. 

Saya masih menulis tentang Haq dan Alin. Kisah yang perlu saya tamatkan sebelum 15 Disember ini.  By hook or by crook saya mesti tamatkan kisah HAQ ini.. InsyaALLAH... Semoga Allah memberi saya ilham dan kelancaran untuk menemukan titik noktah kisah ini. 

JIka ada rezeki, kisah ini akan diterbitkan bersama-sama kisah lain yang diolah oleh BFF saya dalam dunia penulisan  iaitu Hezzy Azra..Lynn Dayana dan Aleya Aneesa dalam sebuah Antalogi bernama CINTA. 

InsyaALLAH... nantikan ya pengumuman kami selanjutnya....

Tuesday, October 06, 2015

STOK BAHARU JKP, RBB & RUD




SALAM…

Untuk yang sering bertanya bagaimana hendak mendapatkan koleksi buku-buku saya, ini peluang anda untuk berbuat demikian. 
ini merupakan stok-stok terakhir yang berada dengan saya. Selepas ini mungkin sudah menjadi semakin sukar kerana realitinya buku2 ini sudah lebih 7 tahun di pasaran…dengan kemunculan berpuluh2 novel baharu setiap bulan, sudah pasti buku2 lama saya ini tidak akan berada di mana-mana kedai buku. 

Jadi emel saya di mardhiyahmn@gmail.com atau pm saya di fb jika anda ingin mendapatkan karya2 saya ini. 
Naskah buku JAUH KAU PERGI terhad dan sehingga kini semakin susut bilangannya..Jadi, jangan tunggu lama-lama..

Thursday, October 01, 2015

Beijing



Sudah 7 bulan kembali dari Negara China ini namun tak ada satu kisah pun yang saya ceritakan di dalam blog ini...

InsyaALLAH...ada masa saya cerita kisah yang tertangguh ini...



JUALAN GUDANG KEMBALI


Ia kembali lagi,,, kepada anda yang Giler buku..ini masanya untuk anda mendapatkan semuanya dengan harga diskaun yang berbaloi-baloi.



Saturday, March 07, 2015

Print On Demand ~ JAUH KAU PERGI & KUDAMBA BAHAGIA





Salam

Khas untuk pembaca yang seringkali emel dan pm saya bertanyakan mengenai kedua buah buku ini.. seperti yang anda maklum, saya sendiri sukar untuk memberi sebarang jawapan dulu. Asyik tak ada stok saja kan?

Alhamdullillah kini tidak lagi. InsyaALLAH JKP dan KDB akan dicetak semula. Tetapi cetakan ini akan berdasarkan Print on Demand... Jadi...berapa banyak tempahan yang saya terima, itulah yang akan dicetak. 

Jadi, sekiranya anda tidak mahu membuat tempahan sekarang, kebarangkalian untuk anda menunggu lama untuk cetakan seterusnya adalah lama. 

So.. tunggu apa lagi.

Anda ada masa sehingga 31 Mac 2015 sebelum saya menutup tempahan ya. Tempahan tidak terhad kepada buku di atas sahaja, nak buku saya yang lain pun boleh juga.

Bagi yang sudah memiliki KDB atau JKP, anda boleh sahaja membeli salah satu buku sahaja. Tidak semestinya anda perlu membeli set Kombo itu. Tetapi jika anda berkeras juga mahu membeli, saya amat alu-alukan. Hehehehehe

Harga yang terpapar adalah termasuk sekali dengan Postage ya. ( POS LAJU) tetapi urusan penghantaran adalah selepas dari tarikh 31 Mac itu ya. Jangan pm saya bertanya kenapa tak pos2 lagi sebelum lepas tarikh yang tertera. 

Dan ini yang menarik ni...Jeng jeng jeng...

Setiap pembelian, InsyaALLAH akan disertakan dengan sedikit souvenir...hmmmm...special dari..... hmmm mana ya?

Adalah....rahsia...nanti esok lusa akan tahu juga tau...

Jadi...jangan tunggu lama-lama..khabarkan ke seluruh pelosok kampung fb, twitter or ig bahawa tempahan sudah dibuka...

Emel saya di mardhiyahmn@gmail.com

subject : order buku


Saturday, February 07, 2015

UMRAH : YANG ANDA TAHU..... ATAUPUN TIDAK?


Salam


Ok..marilah kita sambung entri sebelum ni yang dah berkurun lama dah sampai naik basi. Saya malas nak bercerita banyak tapi saya akan cerita beberapa perkara yang mungkin sesetengah daripada kita tidak dimaklumkan atau diberitahu oleh mutawif semasa kita di Makkah. 

Saya pun maklumat ini dapat pun masa umrah kali ke dua dan saya rasa perkara ini perlu diketahui oleh semua. 

Kepada anda yang sudah tahu dan mahu berkongsi ilmu, silakan. Bagi yang belum tahu harap2 sedikit maklumat ini mampu membantu anda apabila tiba di sana nanti.

Apa perkara itu? 

Jom kita tengok


    Ini yang diberitahu oleh mutawif kami. Its an open secret sebenarnya. Ada yang tahu dan ada yang masih tidak tahu. Pihak kerajaan Saudi tidak mahu mengembar-gemburkan perkara ini takut pula kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya dilakukan oleh jemaah-jemaah yang agak taksub dengan benda ni semua. 

    Oh jangan fikir tak ada jemaah yang tidak melampaui batas. Kadang-kadang naik seram bulu roma melihat kelakuan masing-masing. Lebih-lebih lagi jika kita sedang berada di Raudhah Masjid Nabawi.  

    Mutawif siap berpesan kepada kami, 'jika saya beritahu sesuatu... anda lihat tolong jangan bising-bising dan jangan kelihatan 'excited' kerana tidak mahu jemaah yang lain berasa curiga. Kami pun memang mengangguk sahajalah. Takkan nak cakap...tak mau tak mau..kami nak excited jugak...

    hahahhahaa...tak lawak kan....

    Ok..lihat gambar di atas. Jangan tengok saya dengan my FIL n Enche Keri (Nak tengok pun ok juga..hehehe)...tiang di sebelah kiri kami (kanan belah anda)..ada tulis arab kan?

    Ok...antara banyak-banyak tiang di Masjidil Haram ini, hanya inilah satu-satunya tiang yang ada tulisan. 
    Jika anda masuk di pintu King Abdul Aziz... anda bergerak ke bahagian kiri dan cari pintu no 62 ( macam dalam gambar juga).
    Kalau anda nak tahu, Di sinilah tiang yang selalu digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengikat unta Baginda pada setiap kali Baginda mahu menunaikan umrah dan Haji.

    Gambar ke dua tu lebih jelas no pintu nya.. BAB UMRAH ( PINTU UMRAH) itu klu dia..dan memang jelas pun klu dia kan?

    Ok...gambar seterusnya...Di bahagian yang sama cuma tempatnya ini di bahagian solat wanita. Jika anda berada di tiang itu tadi.. Berjalan terus ke arah kiri sehingga berjumpa ruang solat wanita yang berada do dalam pagar rendah. 

    Nampak objek seperti kelopak bunga yang belum mengembang tu? fyi.. di sinilah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj. Di sinilah Buraq turun dan membawa Rasullullah SAW dari Makkah ke Baitul Maqdis. 





    Ni gambar yang lebih jelas


    Gambar ni boleh dilihat ketika kita sedang tawaf kaabah atau mengelilingi kawasan dataran kaabah itu

    Ok yang seterusnya pula...

    Ada apa yang di kedua bangunan ini? Bangunan yang terletak di depan pintu masuk King Abd Aziz dan gambar di bawah di sebelah kiri bangunan ini. (Tak ingat pintu apa)

    Ok...untuk gambar pertama, anda perhatikan tulisan arab neon berwarna hijau itu. Nampak tak? Sapa tak nampak tandanya dia nak mam...(heheheheh..jangan maraaa aaa..gurau je)..tandanya kena pi check mata lah ya

    Ok nampak kan? 

    sekarang kita lihat gambar ke dua pula...sila lihat bulatan bewarna merah yang saya buat khas untuk anda ( rajin tak saya)..heheheh..

    Ok..apa kaitan kedua2nya...

    Menurut kata mutawif.. kedua2 ruang yang bertanda itu turut digunakan untuk bersolat sekiranya Masjidil Haram penuh especially bila tiba solat Jumaat. Walaupun bersolat di dalam bangunan lain namun kerajaan Saudi dan para ulamak di sana menyatakan solat itu sah. Allah hu a'lam 

    Yang lampu neon hijau tu dikhaskan untuk VVIP la...





    Ok...untuk sampai ke bangunan ini, kami terpaksa menapak agak jauh juga. Namun masih di dalam kawasan masjid cumanya bahagian ini masih di dalam pembinaan. Memang kiri kanan penuh dengan barang2 dan pekerja yang melakukan tugas untuk membesarkan kawasan masjid. 

    Masa ni memang terik betul..tapi semua tu dah macam takde hal bila kita berada di sana. Mutawif sebenarnya membawa kami ke sini pada waktu malam. Saja kami datang semula keesokkan harinya. 

    Ok..bangunan ini merupakan perpustakaan. Yang pada masa itu merupakan bekas rumah di mana Rasulullah SAW kesayangan kita dilahirkan. Boleh bayangkan tak? Tempat di mana Siti Aminah melahirkan manusia Agung itu? Subhanallah. 

    Tapi rasanya perpustakaan ni macam off limits je sebab mungkin dikhaskan untuk orang2 tertentu. Jadi kami memang tak ada peluang untuk menjengah ke dalam. 


    Dan jika anda lihat di sebelah kanan perpustakaan tersebut ada macam jaring besi kat atas tu kan...
    Di situ sumber air zam-zam untuk penduduk yang menetap di Makkah. Mereka boleh datang ambil air tersebut bila-bila masa sahaja dan percuma. 


    OK...gambar seterusnya tempat enche Keri dan mutawif kami dan jemaah2 yang lain berdiri ini merupakan tapak rumah isteri kesayangan Rasul iaitu Siti Khadijah RA. Kalau nak kira jarak antara rumah Siti Khadijah ini begitu hampir dengan rumah Rasullulah SAW dilahirkan. Sempat menunaikan solat sunat di sini.

    Jika anda ingin ke kedua tempat ini, boleh gunakan laluan untuk ke tempat untuk Saie. Naik escalator dan apabila sampai di pintu keluar, anda ambil jalan ke kiri. Jika terus kita akan ke pergi ke pintu untuk memulakan saie ataupun laluan lain untuk keluar.

    Tapi ini laluan yang saya guna setahun lebih dahulu. Laluan mungkin berubah memandang pembinaan yang mungkin sudah siap atau sebaliknya. Tapi boleh cuba pergi kalau masih tidak berubah. 



    Ok.. ini maklumat tambahan...Jika anda ke Arafah selalunya memang jemaah memang berebut-rebut nak memanjat Jabal Rahmah untuk berdoa apatah lagi Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu di situ setelah lama terpisah. 
    Yang sebenarnya tempat yang paling paling paling (Walaupun berdoa di mana-mana bahagian Arafah itu sememangnya memang mustajab) mustajab berdoa adalah ditempat yang kami berdiri ini. 
    Tempat di mana Rasulullah SAW menyampaikan wahyunya yang terakhir. 
    Anda lihat papan tanda yang besar tu sebelah kiri, itu klunya. bila sampai di sana nanti, berdoalah di sini dahulu. Jika ada masa, barulah memanjat Jabal Rahmah itu. 


    OK..bagi yang tertanya-tanya buat apa kami di sini. Inilah adalah taman di mana jenazah Rasullullah SAW tercinta dimandikan. Ini di Madinah ya incase ada yang terkeliru sebab semua gambar di atas adalah di Makkah. 
    Saya tidak ingat nama kawasan ini tetapi amat berdekatan dengan Hotel Madinah Movenpick. Saya duduk di hotel lain jadi kami kena berjalan jauh sedikit (takdelah jauh sangat) untuk tiba di tempat ini. 
    Juga antara tempat yang mustajab doa. 


    Jika anda ke sana..menunaikan umrah dan mutawif anda tidak menunjukkan tempat ini, jangan salahkan dia. Semua agensi tidak sama. mutawif juga perangainya berbeza-beza. Alhamdulillah rezeki kami mendapat mutawif yang amat baik seperti ini. 
    Anda jangan risau... jika mereka tidak bawa...rasanya boleh cari sendiri. Pandai2 cari ruang dan masa ya...

    Sekian...

    Semoga maklumat yang sedikit ini mampu membantu anda. 


    P/S Inilah mutawif yang membimbing umrah kami sepanjang masa di Madinah dan Makkah. Ust. Zulfahmi dan Ust Hafiz.. ustaz muda yang penuh ilmunya tapi cukup lembut dan humble. Jika rezeki saya ada untuk ke sana lagi, saya tetap ingin menggunakan khidmat mereka ini sebagai mutawif. 



    Tuesday, September 02, 2014

    Umrah part 1

    SALAM...


    Rasanya setiap n3 yang ditulis oleh saya bermula dengan keluhan betapa blog ini ditinggalkan sehingga bersawang. Wish I had a better reason... tapi kenyataannya adalah MALAS. Dan kalau dah namanya malas, memang tak boleh nak buat apa dah kan. Entahnya makin lama makin hilang rasa hendak bercerita, namun masih belum sanggup untuk mengucapkan selamat tinggal kepada alam blogging...
    Jadi... silalah baca kisah perjalanan saya menunaikan umrah pada tahun 2013 tempoh hari.  Hahahahaa... sudah setahun lebih baru nak cerita ya. 

    Dulu masa baru balik umrah memang niat nak tulis namun tak berjaya2 sehingga kini. Semua ni berpunca daripada enche suami sendiri. ceritanya begini...cewah..ye ye je kan.

    Minggu lepas kami keluar dan singgah di Masjid kampung Jambu untuk solat Asar. Kebetulan ada sebuah bas di situ dan perkarangan masjid penuh dengan orang ramai. Automatik saya teringat..mungkin ada rombongan mahu melakukan umrah kerana saya pernah menghantar ibu saudara di tempat yang sama. Dan masjid ini memang kerap kali menjadi pengumpulan semua tetamu2 ALLAH. 
    Namun tetiba enche suami bersuara. Bukan umrah. Haji. Ya lah kan. Musim haji sudah tiba. 

    Automatik saya cakap..seronoknya. Teringin nak ke sana kembali. enche suami hanya mengiakan. Dan entah mengapa selepas hari itu enche suami kerap melayan youtube mencari video Ust. Abdullah Khairi. Topiknya sentiasa sama walaupun ceramah yang berlainan. Menunaikan Haji. Setiap malam tanpa gagal dia mendengar ceramah ust tersebut. 

    Saya tidak tahu bilakah tiba masanya saya dapat menunaikan Haji bersama suami. Saya tidak tahu adakah peluang tersebut untuk kami namun tidak pernah saya putus berdoa agar kami dijemput ke sana lagi. Bukan setakat kami, malah untuk semua ahli keluarga yang masih belum ada peluang dan kesempatan untuk ke sana. 

    Kalau tidak pun Haji dalam masa terdekat ini, kami berdoa agar dikurniakan rezeki untuk menunaikan umrah lagi. Dan sehingga detik itu, hanya kenangan inilah yang menemani diri kami berdua. Oklah..jom cerita....



    Umrah 14 Jun 2014 - 25 Jun 2014


    Alhamdulillah saya, enche suami dan ibu bapa mentua saya berpeluang menunaikan umrah pada tarikh berkenaan. 
    Rancangan asalnya hanya saya, suami dan adik perempuan saya. Namun undang-undang baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi menyebabkan rancangan kami terpaksa berubah. Adik perempuan saya tidak boleh pergi kerana masih bujang dan tidak ada mahram. Sehingga ke saat-saat akhir kami masih berharap agar keputusan itu berubah namun akhirnya terpaksa akur yang Sarah tidak boleh pergi. Kasihan dia kerana kursus umrah dah banyak kali diikuti. Tiba-tiba tidak boleh pula. Memang tak boleh nak buat apa dah.  Terpaksa pihak agensi pulangkan deposit. 

    Jadi... tinggal kami berdua sahaja. Entah mengapa saya bincang dengan suami supaya mengajak ibu bapanya sekali. 1ST sebab mereka memang tidak pernah ke sana. dan keduanya saya fikir lebih mudah jika pergi bersama sebab boleh jaga antara satu sama lain. Suami setuju dengan saya. Mulanya FIL keberatan dan menyuruh MIL yang ikut tapi selepas tu masing-masing setuju pula nak ikut. Alhamdulillah. 

    Pengalaman pertama saya ke umrah, saya menggunakan khidmat Andalusia. Kali ini saya menggunakan agensi Fayrooz Travel pula memandangkan dekat dengan rumah dan kursusnya pun dekat Taiping sahaja. Tidak seperti Andalusia yang saya terpaksa turun ke KL untuk mengikuti kursus. Sebenarnya, pada awalnya saya sudah membuat tempahan dengan pihak Andalusia, namun ada sesuatu yang berlaku menyebabkan saya membatalkan tempahan tersebut. Nantilah saya ceritakan kemudian. Dan saya akan buat perbandingan pro dan kontra kedua2 agendsi ini menurut pengalaman dan pandangan saya semata-mata. 


    Ini adalah umrah ke dua saya dan pertama bagi suami dan mentua. Kira memang banyak persedian yang perlu dilakukan terutama dari segi persediaan umrah mental dan fizikal. Saya walaupun ada pengalaman namun pengalaman yang ada sangatlah kecil. Masih banyak yang perlu saya pelajari. 

    Perjalanan kali ini belum bermula namun sudah ada ujian diawalnya. Tarikh penerbangan kami terpaksa diubah sebanyak 3 kali sebelum ditetapkan pada 14 Jun 2014. Bermula dari tarikh asal 28 Mei, ia berubah sehingga dua minggu selepas itu. Nak merugut pun rasa was-was mengenangkan mungkin ini salah satu bentuk ujian buat kami sekeluarga. Sya yang payahnya terpaksa menukar cuti berkali-kali sedangkan borang keizinan ke luar negara perlu diisi sebulan lebih awal. Namun syukurlah apabila selepas 3 kali penukaran, tarikh yang tetap diputuskan. 


    Kenderaan (van) untuk KLIA disediakan oleh pihak pengurusan namun memikirkan kami perlu bertukar dan berhenti di Ipoh terlebih dahulu, saya memutuskan untuk pergi dengan kenderaan sendiri sahaja. Seperti biasa, Metty menghantar saya ke Klia. kali ini Ijat juga terpaksa mengambil cuti menghantar kami kerana tidak muat kami semua naik satu kereta. Beg masing-masing pun dah penuh kereta. 

    Sampai kat airport seperti biasa, berkumpul di tempat yang diminta. Kami diberi sedikit penerangan dan diberikan tag untuk bag dan id sepanjang berada di sana. check in beg dan menunggu sehingga gate dibuka. 

    Setelah bererapa lama, akhirnya saya berpeluang menaiki MAS. Kali terakhir saya naik MAS masa saya berumur 14 tahun. bayangkan betapa lamanya tak jejak kaki naik MAS..hahahah...

    Satu yang saya kesal, agensi tak susun kedudukan keluarga dengan betul. semuanya duduk merata-rata. Sepatutnya masa check in tu depa dan asingkan mana yang kelaurga dan mana yang tidak. Sudahlah mentua saya pertama kali naik kapal dan mak mentua jenis cepat panik dan kurang sihat jadi saya fikir masalah tempat duduk ni takkan berlaku. Tapi mujurlah bila semua dah settle, saya berjaya tukar tempat dan duduk dengan MIL. Suami dan FIL masing-masing terpisah. Tak apalah..sekurang2nya saya dapat jaga MIL sepanjang penerbangan. 

    Dan Alhamdulillah penerbangan ini terus masuk ke Madinah dan tidak di Jeddah. Kerana kalau turun ke Jeddah terpaksa naik bas ke Madinah pula. 7 jam perjalanan dalam bas tu. Tapi Alhamdulillah kali ni rezeki kami turun di Madinah. 

    Kesian Adni dan Qisya kena bangun awal pagi sampai pakai baju tido je pi airport

    Ijat, Husna dan Daiful..Muka yang sama hantar saya masa umrah 2010 dulu

    Dengan mentua sebelum nak board

    Suami n parent. MIL tak habis-habis bercakap dengan anak yang ditinggalkan

    Jemaah yang turut serta


    Bersambung....



    Thursday, April 17, 2014

    NEW MANUSCRIPT - HRS


    Taiping, Perak

                “ Kalau dia ada dengan kau, baik kau lepaskan dia sekarang. Aku sumpah Rais, kalau aku dapat kau...”
                “ Dia bukan hak kau lagi. Kau sendiri tahukan,” Rahang Kief bergetap mendengar jawapan di seberang sana. Segala telahannya benar-benar berlaku. Emma bukan sengaja melarikan diri daripadanya. Emma diculik oleh lelaki laknat itu.
                “Rais...” Dia dengan suara yang dalam. Cuba menahan amarah yang membuak-buak di dalam dada.
                “Aku bagi kau masa 4 jam untuk kau lepaskan Emma. Empat jam tepat. Kalau kau lewat even satu saat pun aku tak akan bertanggungjawab atas apa yang aku akan lakukan pada kau. Kau tak akan tahu apa yang menyerang kau sampai kau rasa menyesal kau dilahirkan. Empat jam Rais.” cetusnya sebelum mencampakkan gagang telefon itu ke dinding. Jimmy dan Eddie hanya berpandangan tanpa suara. Sesunguhnya mereka faham mengapa Kief begitu. 
    Jimmy merenung wajah Kief yang kusut. Mana tidaknya insan kesayangannya hilang tanpa berita. Termasuk hari ini sudah hampir 12 jam Emma menghilangkan diri atau lebih tepat diculik oleh manusia bernama Rais itu. Sejam yang lalu mereka berdua sudah mendengar cerita daripada Kief dan tepat jam tiga, mereka semua akan memulakan pergerakan untuk mencari Emma.
    Jimmy juga sudah menghubungi konteknya di setiap sempadan negara takut-takut Emma cuba dibawa lari keluar negara. Walaupun Kief sudah memberi masa selama empat jam untuk Emma dipulangkan tetapi mereka tidak akan menunggu selama itu untuk bertindak. Kedudukan Rais telahpun berjaya dikesan oleh mereka. Malah dia dan Eddie telah membuat tinjauan rapat ke kawasan terbabit dan kembali untuk melaporkan perkara itu kepada Kief.
    “Jangan risau Kief. Emma tak apa-apa. Rais tak akan lakukan apa-apa pada Emma. Dia pun tahu dia tak berani nak berkasar dengan Emma,” Eddie memujuk abangnya yang hanya tua beberapa bulan daripadanya.
    “Aku tak takut dia apakan Emma, Eddie. Aku tahu dia tak sebodoh tu. Aku cuma takut dia rampas Emma daripada aku. Dia ada hak. Dia ada hak untuk dapatkan Emma. Macam mana kalau lepas ni Emma...” Kata-katanya terhenti tiba-tiba. Jimmy melarikan pandangan. Tidak sanggup melihat atau mendengar Kief yang sedang berusaha keras menahan air matanya.
    Ah...lelaki seperti Kief juga tahu mengalirkan air mata apabila insan kesayangan dimamah derita. Jimmy merenung wajah Emma yang ditunjukkan kepadanya. Tiba-tiba hatinya terasa pedih. Dia dapat rasakan apa yang sedang dilalui Kief ketika ini. Kalaulah Afi yang hilang begitu, dia tahu dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia dapat menemui Afi kembali. Apa sahaja.
    “Emma sayangkan kau Kief. Dia tak akan buat begitu pada kau,” pujuk Eddie cuba menenangkan jiwa abangnya. Mendengarkan itu Kief hanya ketawa kecil.
    “Lisa pun sayangkan aku Ed. Tapi pernah kau fikir dia sanggup buat aku macam tu?” Eddie diam seketika untuk beristighfar. Fikiran Kief kacau bilau sehingga dia tidak sedar apa yang dicakapkannya. Dia cuba berdiplomasi walaupun ketika ini dia tahu abangnya itu tidak mahu mendengar tentang betul ataupun salah.
                “Lisa dah tak ada untuk pertahankan diri dia sendiri, Kief. Kau pernah sayangkan dia. Patutkah kau ragui dia macam ni sekali?” Kief hanya menggeleng.
                “Aku sendiri dah tak tahu nak fikir apa. Aku tak boleh hilang Emma, Ed. Aku boleh mati kalau aku hilang dia,” balas Kief bersungguh-sungguh. Di saat dan ketika ini dia di dalam keadaan yang terdesak amat.
                “Tak ada siapa akan hilang siapa.” Akhirnya Jimmy menyampuk percakapan dua beradik itu. Tidak boleh jadi jika mereka berdua berterusan begini. Salah seorang daripada mereka perlu rasional untuk memulakan tindakan dan membuat keputusan. Memandangkan Kief dan Eddie berada di dalam kondisi yang tidak stabil, lebih mudah dia mengambil alih operasi menyelamat ini. Operasi yang dilakukan tanpa pengetahuan daripada sesiapa melainkan mereka yang berkenaan sahaja.
                “Yang penting sekarang, kita dapatkan Emma dulu. Lepas tu kita boleh risau apa yang perlu kita risau. Buat masa sekarang, selamatkan Emma jadi keutamaan kita. It’s already fifteen hundred. Kita kena bertolak sekarang.” Tambahnya lagi. Dia bangun dan terus keluar membawa segala kelengkapan. Dia tidak menunggu sama ada Kief ataupun Eddie menuruti langkahnya. 
    “Jimmy?” Kief memanggil namanya. Langkah Jimmy terhenti dan dia berpaling perlahan. 
    Thanks...for being here...” ujar Kief lagi. Jimmy hanya mengangguk. Sememangnya dia memilih untuk berada di sini.




    Wednesday, April 16, 2014

    SDN - DELETED SCENE ( SPOILER ALERT)

    Salam

    Inilah adalah deleted scene dalam SDN. Jujurnya saya rasa menyesal juga membuang scene yang saya khaskan pada bahagian epilog..Tapi...Water under the bridge now..move on ajelah ya.. :)


    Epilog I

    "Hisham... ada orang nak jumpa."
    "Mak Jah... saya tak nak jumpa sesiapa pun sekarang ni. Saya hanya nak sendirian sahaja."
    "Mak Jah dah cakap nak, tapi dia nak minta jumpa juga. Hisham, Dzar Thalha datang dengan keluarganya. Mendengar nama Dzar, Hisham lantas bangun dari pembaringan. Mata yang seakan sudah mati, kembali bercahaya semula. Dia bangun mengemaskan keadaan diri yang terabai semenjak kematian Ayah dan anaknya. Izhar. Munirah pula terlalu sedih, membawa diri entah ke mana. Dia sendiri gagal mencari di mana jejak isterinya itu.
    "Mak Jah... suruh dia masuk. Jemput mereka masuk nanti saya turun," balasnya teruja.
    "Baik Hisham." Mak Jah berlalu sambil mengesat air mata. Sebak dia melihat keadaan Hisham seperti itu. Ibarat orang yang sudah jatuh lalu ditimpa tangga. Dia tidak tahu mengapa malang benar nasih Hisham ini. Atau mungkinkah ini balasan atas segala dosa yang telah dilakukan. Mungkinkah ini kifarah yang terpaksa dihadapinya. 
    Kesemua mereka yang berada di situ menunggu tenang. Minuman dan makanan ringan yang terhidang masih belum dijamah. Masing-masing tidak mampu berbuat apa-apa memikirkan apa yang akan berlaku sebentar nanti.
    "Assalamualaikum!" Mereka pantas berdiri apabila Hisham menegur tiba-tiba.
    "Maaf... kalau abang buat Idah dan anak-anak menunggu lama." Dia menumpukan perhatian kepada Faridah sementelah hanya wanita itu sahaja yang mampu memaafkan dia ketika ini. Sedangkan Dzar dan Diana masih belum terbuka hati mereka. Tidak mengapa. Dia faham dan tidak mengapa. Dia tidak akan putus asa dalam menuntuk kemaafan terhadap kedua insan ini.
    "Tak apa abang." Belas dia melihat keadaan Hisham yang seakan tidak terurus.
    "Masih tak ada berita tentang Munirah?" Hisham menggeleng. Dia sudah kehabisan daya mahu mencari di mana Munirah menghilangkan diri. Sama ada Munirah sengaja pergi ataupun tidak, dia mengharapkan yang baik-baik sahaja untuk isterinya itu.
    "Abang... Idah datang dengan anak-anak membawa hajat." Faridah memulakan bicara apabila melihat Dzar mengangguk ke arahnya.
    "Hajat apa, Idah?"
    "Idah nak abang lepaskan Idah. Dah terlalu lama, nasih Idah tergantung macam ini saja. Jadi... Idah rasa, sudah sampai masanya keputusan harus diambil. Hubungan kita sudah berakhir lama dulu. Sekarang, biarlah ia diputuskan secara rasmi."
    Hampir hendak pitam Hisham mendengar permintaan itu. Adakah ini sebenarnya tujuan kedatangan mereka? Ya ALLAH...ujian apakah yang kau berikan buat aku yang hina ini?
    "Idah dah fikir masak-masak? Idah tak nak beri abang peluang lagi?"
    "Percayalah... dah bertahun-tahun Idah memohon petunjuk Allah, bang. Bukan Idah tak mahu beri abang peluang, tapi Idah rasa perpisahan kita akan lebih mendatangkan manfaat daripada kita terus bersama."
    "Ya abang faham. Abang tak boleh terus memaksa Idah bersama abang. Abang menolak hak Idah sebagai isteri, jadi abang tidak berhak meminta peluang daripada Idah lagi. Abang faham. Tapi sebelum kita berpisah, izinkan abang meminta maaf Idah."
    Faridah mengangguk. Air mata jujur bagaikan hujan. Dia menunggu Hisham merapatinya. Hisham menghulurkan tangan dan dia menyambutnya.
    “Abang minta ampun Idah. Abang minta ampun atas segala dosa abang pada Idah.” Hisham menangis teresak-esak.
    “Idah ampunkan abang. Idah reda dengan apa yang berlaku. Maafkan Idah juga selama Idah bergelar isteri abang.”
    Diana yang memerhati, menangis sambil memeluk abangnya erat. Tidak sampai hati pula melihat ayah mereka dalam keadaan itu. Dzar mengusap belakang tubuh untuk menenangkannya. Tapi dia melihat juga Dzar sedaya upaya menahan tangis.
                Hisham mengesat air mata. Kabur pandangan sewaktu menjamah tiga wajah insan yang paling dikecewakannya selama ini. Dia menghela nafas panjang.
                “Dengan lafaz Bismillahirahmannirrahim... Aku Mohammad Hisham bin Hassan, dengan bersaksikan anak-anakku, Dzar Thalha dan Diana .... dengan ini menceraikan isteri aku, Faridah binti Sulaiman dengan talak satu.”
    Sebaik sahaja talak dijatuhkan, Hisham mengongoi seperti anak kecil. Faridah turut sama mengalirkan air mata. Dia memandang wajah Hisham dengan hati yang cukup lapang. Buat pertama kali, bebannya terasa begitu ringan.
    “Terima kasih abang. Terima kasih kerana tunaikan permintaan Idah,” bisiknya dengan penuh keharuan. Hisham memejam mata. Tidak sanggup lagi dia melihat wajah mereka. Dia bangun untuk beredar namun suara Dzar mematikan langkahnya.
    “Abah!” Ya ALLAH... silap dengarkah dia? Adakah Dzar memanggilnya abah? Dia mahu percaya namun dia tidak berani berpaling. Takut-takut jika semua ini hanya mimpi sahaja.
    “Abah!” Itu... suara itu kedengaran lagi. Dia tidak salah dengar. Memang benar Dzar memanggilnya begitu. Setelah sekian lama, akhirnya dia mendengar juga panggilan itu daripada mulut Dzar. Perlahan dia berpaling semula. Dzar dilihat sudah menghampirinya. Hatinya sebak melihat wajah itu juga dipenuhi air mata. Adakah Dzar berasa sedih? Bukankah ini yang dimahukan semenjak sekian lama?
    “Abah... hubungan mak dengan abah, mungkin sudah berakhir. Tapi hubungan antara kita, sampai kiamat pun tak akan terputus, abah. Abah mungkin hilang mak sebagai isteri, tapi abah masih ada abang. Abah masih ada Dian. Walau apa pun yang berlaku, kami tetap anak-anak abah.”
    “Dzar...? Abang... Dian..betulkah apa yang abang dengar ni?” soalnya dengan nada tidak percaya. Ya ALLAH... Tolong jangan biarkan mereka ini berbohong. Aku sudah tidak sanggup menghadapinya lagi. Dzar mengangguk. Dia mengesat air mata yang mula mengaburi pandangan.
    “Abang minta maaf sebab layan abah dengan buruk. Abang tak patut terus menyalahkan abah atas kesilapan masa lalu. Abang bersyukur sangat bila lihat abah benar-benar berubah. Maafkan abang, abah. Maafkan abang,” ucapnya bertalu-talu. Hisham hanya menggeleng. Dia terus menarik Dzar ke dalam pelukan. Dia memegang wajah Dzar dengan kedua belah tangannya. Kedua mereka hanya mengangguk dalam bicara tanpa kata. Hisham memandang ke arah Diana yang sedang menangis dalam pelukan Faridah. Dia mendepangkan kedua belah tangan dan dalam sesaat, Dian melayang ke dalam pelukannya.

    “Dian... anak abah,” Hisham sebak. Dia sudah tidak mampu bersuara lagi. Hari ini dalam sejarah. Dia kehilangan isteri, namun dia mendapat kasih sayang dua orang anaknya semula. Syukur Alhamdulillah. 

    Wednesday, April 09, 2014

    Ulasan SDN - Que Razali



    Link asal di sini

    Alhamdulillah. Habis bca dalam masa sehari. Seperti biasa, aura Dhiya Zafira tak pernah hilang walau setahun tak keluarkan novel. Dan, seperti biasa saya tak teragak2 bagi novel beliau kali ini 5 bintang. Kisah Ara dan Dzar yg sungguh syahdu. Plot penceritaan yang disusun baik membuatkan kisah ini benar-benar hidup. Dan, sentuhan thriller DZ x pernah hilang. I love it! Kita sangka dia pembunuh tu, di akhirnya, lain pula yg muncul! Apa2 pun, suka dengan kemunculan Sid dan Izz. Ini bukan kisah cinta biasa! Tapi, sebuah naskah yg punya teladan tersendiri! Selamilah... Buat DZ, saya menantikan karya seterusnya...


    Terima kasih Que... :)

    OFFER HATI BERGETAR RINDU

    OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...