Salam....setelah sekian lama agak menyepikan diri, akhirnya adik saya ni memunculkan dirinya semula beserta review panjang lebarnya..untuk Jahn... terima kasih banyak ya..
Assalamualaikum semua,
Okay, saya telah menelaah Tertulis Buat Kita (TBK), ya… Sorry Kak Dhiya… lama sangat, kan… baru nak baca but the wait worth the while lah… JIMMY ROCKS! AS EVER!
Dengan rasminya saya hendak mengumumkan di sini saya akan cuba mengorat
seorang awek dengan cara Jimmy tersebut… hahaha! Boleh pulak!… But I prefer not to do oldies, jangan risau, bukan KPOP either… Anuar Zain maybe… boleh?
Hahaha…
Okay, let’s get to the review.
TERTULIS BUAT KITA
Hmm, what to say ekk…
Jimmy ROCKS… Auni, probably the most female character yang ada variety pernah DZ nukilkan… I
like her (Auni!), she got lots of things going on… so, it adds up to
what the story is all about, how the story would go and what happened
when she get her nerves on… but, that was it lah, when a character is
portrayed up to her full potential, she gradually becomes dull in a way yang macam boleh buat orang fikir, is that her full potential?… but, in TBK, her potential would got as freak as that lah, sanggup bunuh suami sendiri… COOL!, jarang sungguh berlaku dalam novel-novel melayu, memang nampak tak logik but, don’t complain, it’s fiction… and a writer’s imagination is not to be blamed, okay!
Okay, sambung… about Auni again… in the beginning we can see how, ermmm… biasa she
is… just a girl who works at a home stay, which happens to be her
family business… then, you can see how AWESOME she REALLY is when she
kick those as**ole’s butt of the boat, how cute she actually is when she
acts all scared of a cockroach… how lovable she is when she was giving
the bihun goreng Singapore to Jimmy… how clumsy she is when she jumped
into the water although Jimmy has yet to count until 3… how jealous
she’d became to Afi not knowing who Afi really is… how in love she is
when she realizes her feeling towards Jimmy , like that one she was
trying to save Jimmy Oppa at the sea, sanggup tu rempit jetski sepam mencari Oppa dia, tak ke cinta maut tu… (Jimmy-Hyung, you rock!)…
But things get really disturbing when she knew what Jimmy did… you
can see how frustrated she is to know what really happened to Jeffri…
how out of place she had became just because she couldn’t accept
Jeffri’s death… how torn she be to choose loving the ‘2 Abangs’…how
furious she be when she said she knows, how hypocrite she is to trick
Jimmy for believing she’d forgave him, and I’m sure about this one… HOW
UNBELIEVABLY DREADFUL SHE CAN EVEN THINK TO END JIMMY’S LIFE… her own
husband… (I must admit, this is DZ’s ultimate absurdity she has ever
commit, yet… thumbs up… Kak! Noona’s AWESOME too…)… if it’s unbelievable
enough to think that Auni can picture her hubby dead… just think of how
spitefully villainous she can be to pull that trigger straight to
Jimmy’s buff chest? Acting out of despair? I guess that was the only
justification she can really have, kan? After that, you can also see how
ragged she became when she regained her conscience back but what was
that for, she already ‘killed’ him… there’s a lot of transition of how
this character changes from one part to another, and that was nicely
arranged. Though at some part I do think that Auni’s change of heart was
too fast but it doesn’t really jeopardy the whole story telling… I
don’t think people would really detected and noted about that, so… what
they don’t know won’t hurt them, tak gitu kak? kan…
Okay, moving on… Jimmy is still No. 1 to me… this will yet to
change… (Izz Karami don’t sulk, you know you’re of without equal, Jimmy
is right a step behind you, if Jimmy No. 1, you’d be ORIGIN! Okay,
bro!)… back to my Hyung…, it would be not enough for reader to only read
TBK to know Jimmy, if you hadn’t read Jauh Kau Pergi (JKP), please get a
copy of that novel, that one is AWESOME… too.
What was with all those English talking? huhh…
Okay, watak dan perwatakan Jimmy dikembangkan dengan baik
sekali… sebagai hero. (Alah, macamlah dalam JKP dia bukan hero!), saya
dapat rasakan yang DZ lebih menyukai Jimmy berbanding Rif… entah kenapa
tetapi Jimmy selalu nampak lebih terkesan sedikit berbanding Rif
walaupun dalam JKP. Betulkan saya kalau saya silap, kak… ya? (tak payah
bagi jawapan Akak tak beza-bezakan hero-hero Akak… dah macam drama TV1
kang, “mak tak pernah bezakan anak-anak mak!” gituuuu!!!). Okaylah serius sikit, Jimmy… pada saya seorang yang sangat perkasa dan heroic, epically pictured, kak… AWESOME LAGI! Machismo has been taken to another level, again… but
pada sayalah, walaupun Jimmy pernah menjalani sebuah kehidupan yang
cukup menakutkan tetapi dia tidak seperti Izz, Rif, Jad mahupun Sid.
Jimmy nampak relaks. Akak intended to do that ke? Jimmy hanya
ada kesan parut di belakang badannya sahaja untuk menunjukkan dia
betul-betul pernah terseksa. Apabila Auni berkeras-keras mahu tahu
tentang parut itu, Jimmy just bagitahu macam benda itu seperti
takde apa-apa sangat… tak macam Izz dan Rif kalau mereka berahsia… kalau
Izz kita tahu dia macam mana, Adni tak paham bahasa sikit, dia maki
terus dalam Rindu Belum Berhenti (RBB), kalau Rif pulak, sampai sudahlah
Afi tak tahu pasal Nadia kalau dia tak pergi ke dapur malam itu, itu
pun Rif takde nak berkongsi dengan dia pun… last-lastnya, Jimmy jugak yang bagitahu apa yang sebenarnya jadi kepada Rif dengan Nadia tu… but, it’s okay, tidak mencacat celakan cerita pun, itu menunjukkan Jimmy lebih firm,
dan berhati waja… lagipun dia bunuh Jeffri pun sebelum dia tahu siapa
Jeffri sebenarnya, sebab tu lah dia tak rasa bersalah, kan… lepas Auni
tunjuk gambar itu je dia jadi nanar macam itu, 2 bulan je, tak lama… tak
macam Izz dengan Rif, bertahun-tahun…
But don’t get me wrong, Kak Dhiya… just because I am Jimmy’s No. 1
fan doesn’t mean there’s no weakness… hehehe, time to be cruel…
Kak… saya disturbed gilalah dengan kesalahan ejaan ni… macam lagi banyak daripada biasa je ni… apa citer? Akak letih ke? Proofreading department tak keje ke? Amboi kau! hehe…
Action kurang la, kak… sikit sangat… tak macam biasa gak… next one sila tambah lagi, buleh? It’s Jimmy, kak… he should’ve got more machismo moment… takde lah kecewa tapi… not enough je… hehehe, complain banyak pulak, kan…
Rasanya itu jelah apa yang saya tak puas hati kot. Other things worth mentioned:-
- Bukannya Afi sahaja yang buat Rif confuse siapa ‘abang’ dekat sini, Jimmy ke Rif?… Auni pun sama… Jimmy ke Jeffri?
- Rif tu memang semulajadi seorang yang ‘fizikal’ ke, kak? Ke saya yang dah pengaruhi akak? Tahulah tentera… Hahahaha!!!
- Macam dapat rasa yang akak akan kembangkan watak Eddie Sufian aje, kan… kalau bukan in his own full novel mesti dia ada dalam next novel sebagai second hero, kan… sesiapa ada feeling ni gak?
- Tagline “Aku bukan orang pertama yang kau benci, tapi percayalah… kau orang pertama yang kucintai”, ni Jimmy ke Auni cakap ni… macam both applicable… kan?
- Walaupun tidak ada scene ‘hot-hot’ tapi hint ‘hot-hot’ itu ada, people fantasize juga, kak… good job, gituuuu, kan! macam honey moon kat pulau tak bernama tu dan Rif yang a couple times jugaklah berperangai macam kuda kelaparan tu… hahaha!
- Saya cukup suka dengan bromance antara Jimmy, Rif and the three stooges tu… teringat zaman-zaman student dulu…
- Yang scene loceng bawah katil tu EPIC! Nanti abang saya kahwin sumpah nak buat camtu!! ni pengalaman sebenar ke apa ni, kak? ngehehehe!!!
- Salah satu scene yang saya terkesan adalah konfrontasi Afi dan Auni dekat hospital itu… emotionally effective, kak. Nice!
- KOMANDO HAIYAN RIFQI AKHIRNYA MENYANYI… tetapi saya agak-agak sure yang suara dia lebih kepada lagu gerak khas je, kan… btw, what song was that? Puitis sungguh…
- Siapa sebenarnya Shah? Macam mana dia kenal dengan those commandos? Akak just left it blank there… Akak just kata dia kenal Jimmy sahaja… ke ada yang saya terlepas pandang?
But, overall… naskah ini adalah cukup berbaloi untuk dijadikan koleksi
kepada peminat-peminat novel genre Action Romance a.k.a JIWANG BRUTAL.
(chewah nasihat orang, kau baca lambat…)
But, overall… naskah ini adalah cukup berbaloi untuk dijadikan koleksi
kepada peminat-peminat novel genre Action Romance a.k.a JIWANG BRUTAL.
(chewah nasihat orang, kau baca lambat…)
BURU BAYANGAN LUKA
Rasanya tak adil kalau saya tak sertakan sekali review tentang short story karya DZ ini sekali, kan… after all, Adha Hijazi is a macho himself too… and the heroin is still the A’s…
So, how to start… the story I consider as the best in the Anthology… Jiwa Kacau. The other stories are quite interesting also,
seperti Dendam Bunga Dahlia karya Lynn Dayana dan Menari Dalam Duka
karya Attokz Dikulgai. Attokz pada saya punya ilmu yang bukan sedikit
sehinggakan boleh menulis sesuatu yang cukup informatif seperti itu,
semacam membuat satu pembongkaran sahaja lagaknya. Surely, he did his homework first before starting to write cuma endingnya sahaja
yang pada saya kurang memberansangkan. Karya sebagus Menari Dalam Duka
sepatutnya dipanjangkan menjadi sebuah novel penuh, Arzam Domino punya
potensi yang cukup besar kalau dia berada di dalam sebuah novel sendiri.
Lynn Dayana pula pada saya, seorang penulis prolifik yang cukup baik,
gaya bahasa yang konsisten dan penceritaan yang tidak meleret-leret
walaupun terdapat ramai watak pada sebuah naskah yang pendek… focusedlah kalau hendak diterangkan bagaimana. Juga cerita yang tidak berakhir dengan satu jaw drop
yang bukannya disebabkan oleh kagum. Maknanya ending dia okaylah… tak
seperti sesebuah karya itu, yang sukar difahami pengakhirannya atau
cerita berakhir dengan pengakhiran yang cukup rapuh (bahasa kesatnya,
hampeh).
Ini nak citer apa sebenarnya ni?
Okay-okay… nak briefing sikit aje tadi… okay let’s get down people…
Adha Hijazi, teman sekerja Ziyad Sidqi, protagonis Hati Bergetar Rindu
(HBR). Dia seorang lelaki normal pertama yang dicipta oleh DZ… At least
dia nampak normal lah, tidak ada masa silam yang menyakitkan… cuma
present yang sedikit buat sakit otak sahaja semenjak takdir menjodohkan
pertemuan dengan Azalea Soraya, gadis kaya yang ada problem sikit.
Entah mengapa apabila saya membaca BBL, saya jadi automatik teringatkan
RBB tersangat-sangat… ehh… BBL, RBB… Buru Bayangan Luka Rindu Belum
Berhenti… hahaha…
Premis cerita triller yang boleh dikatakan agak berkesan juga… kesan triller itu ada dan pada suatu-suatu bahagian ia memang intriguing. Sampai kita jadi DIPASTIKAN yang jahat dan ada niat jahat itu orang lain, dan at some point DZ twist balik benda itu jadi 180 degree… then, twist semula sampai lengkap satu putaran bulat yang membuatkan orang pening sekejap. Nice work, kak…
Pernah sekali saya chat dengan DZ di FB, katanya ada sedikit kesalahan dalam BBL… but she must have done a very good work lah kerana saya tidak nampak di mana, I thought it was PERFECT! Dia
ada kata juga sengaja nak sedapkan hati dia atau betul-betul… saya
katalah betul-betul… sebab memang betul. As a reader, saya rasa saya
tidak salah mengatakan yang karyanya adalah yang terbaik di dalam itu.
Kerana apa?
Kerana pertama… prolognya membawa pembaca untuk mengenalpasti cerita ini
berkisar tentang apa dengan mudah. Tidak langsung susah difahami kerana
sesiapa yang mengikuti penulisan DZ pasti faham, yang DZ tidak
menggunakan bahasa yang menyusahkan. Some of our writers punya bahasa yang agak berbunga-bunga dan bersemak-samun.
Dan keduanya, harus diingat, it’s a thriller so, make it like one.
DZ bukanlah penulis triller no. 1 di Malaysia. Saya tahu dan faham
kenyataan itu. Saya sendiri mengikuti penulisan Ramlee Awang Murshid,
brader tu legend… tetapi bagi seorang penulis wanita, DZ pada
saya cukup berani kerana bermain dengan gaya yang seperti ini.
Pengalaman mematangkannya dalam menulis genre Action Romance dan kini dia cuba ke arah lebih sedikit thrillernya… tetapi sesiapa yang membaca pasti akan sedar unsur-unsur Action Romance
a.k.a JIWANG BRUTAL itu jelas terpampang di situ, kan? Sekali tengok
pun dah boleh tahu yang Adha memang ada hati dekat Lea. Apatah lagi
apabila Sid pula makin mencucuh-cucuh perasaan itu kepada Adha. Pernah
juga sekali saya berbual dengannya di FB, katanya nak buat tak ada
cintan-cintun… tetapi DZ nyata gagal kerana… that’s her style… ACTION ROMANCE, JIWANG BRUTAL! If you’re eating, swallow it whole… saya pun tak faham analogi saya… So, in the end saya simpulakan genre BBR adalah ROMANTIC THRILLER. Boleh?
Ketiganya, perkara yang paling basis dalam story telling,
penceritaan yang kena pada tempatnya, klimaksnya pada saya berkesan
walaupun agak biasa tetapi sekurang-kurangnya tidak anti-klimaks macam
satu-satu karya itu. Dalam BBR, pada awal pembacaan saya sudah detect
yang penjahat sebenar adalah Azira. Kan tadi saya ada kata yang BBR
mengingatkan saya kepada RBB, jadi saya dengan automatik membayangkan
Azira itu sama sahaja dengan Murni. Seseorang yang berlagak baik tetapi
menyembunyikan niat penuh tembelang di belakang. TETAPI, seperti yang
saya kata juga DZ twist cerita dengan MENAMPAKKAN Dr. Badrul
seakan-akan ada niat jahat. Dan sejujurnya saya juga mencurigai Puan Sri
Zuraidah apabila tahu dia bukan ibu kandung Azalea. Itu yang saya
maksudkan dengan twist semula menjadi 360 darjah. DZ tahu,
walaupun orang boleh mengagak siapa antagonisnya, dia tetap harus
menimbulkan unsur suspen dalam ceritanya. Dan nyata, penulisannya
menjadi. Sekurang-kurangnya saya dapat merasainya. Dan saya yakin juga
ramai turut mengakuinya.
Keempat, ending yang dramatik. I don’t want to spoil the surprise kepada yang belum membaca, so
dapatkan naskah Jiwa Kacau anda sekarang. Dan epilog yang sememangnya
menjadi pilihan setiap pembaca setia karya-karya DZ, harus ada happy ending… bukan… pada saya endingnya adalah romantik dan sentimental. Walaupun takdelah jiwang mana tetapi the thought is there… sesiapa yang membaca akan membayangkan suatu permulaan yang baru buat kedua-dua watak…
Dan alangkah baiknya jika Adha dan Azalea dipotraykan semula dalam satu naskah lain, say… selepas Kifli Arami? Sebagai cameo pun tak apa… mesti pembaca nak tahu apa yang terjadi kepada mereka, kan…
Saya tidak ulas terlalu banyak tentang kedua-dua Adha dan Azalea kerana…
Adha seorang lelaki normal… tidak ada konflik dalam diri melainkan
kehadiran Lea yang membuatkanya jadi tak senang duduk. Manakala Lea juga
tidaklah mempunyai konflik yang terlalu membawa pandemik sangat.
Lagipun, dia sudah semakin sembuh dan ada keinginan untuk sembuh tidak
seperti the A’s yang lain sedari Alia sehinggalah Auni yang punya masa silam yang bernanah.
Pun begitu… BBR adalah naskah yang tidak mengecewakan langsung. Masih
boleh dinikmati semasa minum petang. dan menyambung dengan peneman
sebelum tidur.
Sekian, terima kasih!
Wassalam…
3 comments:
senyum dan angguk je masa baca. review ke apa ni? best! rasa macam Jahn dok bercerita depan mata je kalo la jumpa jahn kat luar, memang nak ajak dia review semua novel DZ lama2 haha..
setuju la bila jahn kata kali ni kurang sikit aksi. tapi part auni tembak jimmy tu dah macam cover kekurangan tu. sebab apa? sebab memang gila la. berani gila kak dhiya buat macam tu..tapi saya tak rasa benci dekat auni walopun dia cuba kill hero pujaan saya hehe..cuma kesal tu ade la. babak tu memang saya terbayang bestnya la kalo difilemkan. takda lagi kot novel yg buat macam apa yg akak buat.
dan babak auni begaduh dengan afi dekat hospital tu memang terkesan la. rasa macam afi dah tolong marahkan auni haha..sebab saya geram dengan sikap tak pikir panjang auni tu. tapi kesian dekat dia kan. kesian dengan nasib jeffri jugak. buruk macam ni pun keluarga kita, tapi dalam hati kita dia la yg terbaik walopun orang lain membenci
opss terpanjang lak..rasa bersemangat pulak kakaka..dah lama nak borak dengan kak dhiya tapi dah jarang bukak fb la. malas haha..and jahn oppa. tolong aktif menulis macam dulu balik hehehe ;)
hahahha..
eera pun komen panjang jugak..its ok..akak suka je baca...kali ni memang kurang sikit aksinya..tapi tak sangka ramai yang kata nak lebih banyak aksi..hahahah..
akak novelis jiwang brutal... kena embrace aksi tau... hahaha!
Post a Comment