REVIEW TBK dan JK

Salam....setelah sekian lama agak menyepikan diri, akhirnya adik saya ni memunculkan dirinya semula beserta review panjang lebarnya..untuk Jahn... terima kasih banyak ya..

Assalamualaikum semua,

Okay, saya telah menelaah Tertulis Buat Kita (TBK), ya… Sorry Kak Dhiya… lama sangat, kan… baru nak baca but the wait worth the while lah… JIMMY ROCKS! AS EVER! Dengan rasminya saya hendak mengumumkan di sini saya akan cuba mengorat seorang awek dengan cara Jimmy tersebut… hahaha! Boleh pulak!… But I prefer not to do oldies, jangan risau, bukan KPOP either… Anuar Zain maybe… boleh?

Hahaha…
Okay, let’s get to the review.

TERTULIS BUAT KITA


Hmm, what to say ekk…


Jimmy ROCKS… Auni, probably the most female character yang ada variety pernah DZ nukilkan… I like her (Auni!), she got lots of things going on… so, it adds up to what the story is all about, how the story would go and what happened when she get her nerves on… but, that was it lah, when a character is portrayed up to her full potential, she gradually becomes dull in a way yang macam boleh buat orang fikir, is that her full potential?… but, in TBK, her potential would got as freak as that lah, sanggup bunuh suami sendiri… COOL!, jarang sungguh berlaku dalam novel-novel melayu, memang nampak tak logik but, don’t complain, it’s fiction… and a writer’s imagination is not to be blamed, okay!

Okay, sambung… about Auni again… in the beginning we can see how, ermmm… biasa she is… just a girl who works at a home stay, which happens to be her family business… then, you can see how AWESOME she REALLY is when she kick those as**ole’s butt of the boat, how cute she actually is when she acts all scared of a cockroach… how lovable she is when she was giving the bihun goreng Singapore to Jimmy… how clumsy she is when she jumped into the water although Jimmy has yet to count until 3… how jealous she’d became to Afi not knowing who Afi really is… how in love she is when she realizes her feeling towards Jimmy , like that one she was trying to save Jimmy Oppa at the sea, sanggup tu rempit jetski sepam mencari Oppa dia, tak ke cinta maut tu… (Jimmy-Hyung, you rock!)…
But things get really disturbing when she knew what Jimmy did… you can see how frustrated she is to know what really happened to Jeffri… how out of place she had became just because she couldn’t accept Jeffri’s death… how torn she be to choose loving the ‘2 Abangs’…how furious she be when she said she knows, how hypocrite she is to trick Jimmy for believing she’d forgave him, and I’m sure about this one… HOW UNBELIEVABLY DREADFUL SHE CAN EVEN THINK TO END JIMMY’S LIFE… her own husband… (I must admit, this is DZ’s ultimate absurdity she has ever commit, yet… thumbs up… Kak! Noona’s AWESOME too…)… if it’s unbelievable enough to think that Auni can picture her hubby dead… just think of how spitefully villainous she can be to pull that trigger straight to Jimmy’s buff chest? Acting out of despair? I guess that was the only justification she can really have, kan? After that, you can also see how ragged she became when she regained her conscience back but what was that for, she already ‘killed’ him… there’s a lot of transition of how this character changes from one part to another, and that was nicely arranged. Though at some part I do think that Auni’s change of heart was too fast but it doesn’t really jeopardy the whole story telling… I don’t think people would really detected and noted about that, so… what they don’t know won’t hurt them, tak gitu kak? kan…

Okay, moving on… Jimmy is still No. 1 to me… this will yet to change… (Izz Karami don’t sulk, you know you’re of without equal, Jimmy is right a step behind you, if Jimmy No. 1, you’d be ORIGIN! Okay, bro!)… back to my Hyung…, it would be not enough for reader to only read TBK to know Jimmy, if you hadn’t read Jauh Kau Pergi (JKP), please get a copy of that novel, that one is AWESOME… too.

What was with all those English talking? huhh…

Okay, watak dan perwatakan Jimmy dikembangkan dengan baik sekali… sebagai hero. (Alah, macamlah dalam JKP dia bukan hero!), saya dapat rasakan yang DZ lebih menyukai Jimmy berbanding Rif… entah kenapa tetapi Jimmy selalu nampak lebih terkesan sedikit berbanding Rif walaupun dalam JKP. Betulkan saya kalau saya silap, kak… ya? (tak payah bagi jawapan Akak tak beza-bezakan hero-hero Akak… dah macam drama TV1 kang, “mak tak pernah bezakan anak-anak mak!” gituuuu!!!). Okaylah serius sikit, Jimmy… pada saya seorang yang sangat perkasa dan heroic, epically pictured, kak… AWESOME LAGI! Machismo has been taken to another level, again… but pada sayalah, walaupun Jimmy pernah menjalani sebuah kehidupan yang cukup menakutkan tetapi dia tidak seperti Izz, Rif, Jad mahupun Sid. Jimmy nampak relaks. Akak intended to do that ke? Jimmy hanya ada kesan parut di belakang badannya sahaja untuk menunjukkan dia betul-betul pernah terseksa. Apabila Auni berkeras-keras mahu tahu tentang parut itu, Jimmy just bagitahu macam benda itu seperti takde apa-apa sangat… tak macam Izz dan Rif kalau mereka berahsia… kalau Izz kita tahu dia macam mana, Adni tak paham bahasa sikit, dia maki terus dalam Rindu Belum Berhenti (RBB), kalau Rif pulak, sampai sudahlah Afi tak tahu pasal Nadia kalau dia tak pergi ke dapur malam itu, itu pun Rif takde nak berkongsi dengan dia pun… last-lastnya, Jimmy jugak yang bagitahu apa yang sebenarnya jadi kepada Rif dengan Nadia tu… but, it’s okay, tidak mencacat celakan cerita pun, itu menunjukkan Jimmy lebih firm, dan berhati waja… lagipun dia bunuh Jeffri pun sebelum dia tahu siapa Jeffri sebenarnya, sebab tu lah dia tak rasa bersalah, kan… lepas Auni tunjuk gambar itu je dia jadi nanar macam itu, 2 bulan je, tak lama… tak macam Izz dengan Rif, bertahun-tahun…

But don’t get me wrong, Kak Dhiya… just because I am Jimmy’s No. 1 fan doesn’t mean there’s no weakness… hehehe, time to be cruel…
Kak… saya disturbed gilalah dengan kesalahan ejaan ni… macam lagi banyak daripada biasa je ni… apa citer? Akak letih ke? Proofreading department tak keje ke? Amboi kau! hehe…

Action kurang la, kak… sikit sangat… tak macam biasa gak… next one sila tambah lagi, buleh? It’s Jimmy, kak… he should’ve got more machismo moment… takde lah kecewa tapi… not enough je… hehehe, complain banyak pulak, kan…
Rasanya itu jelah apa yang saya tak puas hati kot. Other things worth mentioned:-

  1. Bukannya Afi sahaja yang buat Rif confuse siapa ‘abang’ dekat sini, Jimmy ke Rif?… Auni pun sama… Jimmy ke Jeffri?
  2. Rif tu memang semulajadi seorang yang ‘fizikal’ ke, kak? Ke saya yang dah pengaruhi akak? Tahulah tentera… Hahahaha!!!
  3. Macam dapat rasa yang akak akan kembangkan watak Eddie Sufian aje, kan… kalau bukan in his own full novel mesti dia ada dalam next novel sebagai second hero, kan… sesiapa ada feeling ni gak?
  4. Tagline “Aku bukan orang pertama yang kau benci, tapi percayalah… kau orang pertama yang kucintai”, ni Jimmy ke Auni cakap ni… macam both applicable… kan?
  5. Walaupun tidak ada scene ‘hot-hot’ tapi hint ‘hot-hot’ itu ada, people fantasize juga, kak… good job, gituuuu, kan! macam honey moon kat pulau tak bernama tu dan Rif yang a couple times jugaklah berperangai macam kuda kelaparan tu… hahaha!
  6. Saya cukup suka dengan bromance antara Jimmy, Rif and the three stooges tu… teringat zaman-zaman student dulu…
  7. Yang scene loceng bawah katil tu EPIC! Nanti abang saya kahwin sumpah nak buat camtu!! ni pengalaman sebenar ke apa ni, kak? ngehehehe!!!
  8. Salah satu scene yang saya terkesan adalah konfrontasi Afi dan Auni dekat hospital itu… emotionally effective, kak. Nice!
  9. KOMANDO HAIYAN RIFQI AKHIRNYA MENYANYI… tetapi saya agak-agak sure yang suara dia lebih kepada lagu gerak khas je, kan… btw, what song was that? Puitis sungguh…
  10. Siapa sebenarnya Shah? Macam mana dia kenal dengan those commandos? Akak just left it blank there… Akak just kata dia kenal Jimmy sahaja… ke ada yang saya terlepas pandang?



But, overall… naskah ini adalah cukup berbaloi untuk dijadikan koleksi kepada peminat-peminat novel genre Action Romance a.k.a JIWANG BRUTAL. (chewah nasihat orang, kau baca lambat…)
But, overall… naskah ini adalah cukup berbaloi untuk dijadikan koleksi kepada peminat-peminat novel genre Action Romance a.k.a JIWANG BRUTAL. (chewah nasihat orang, kau baca lambat…)


BURU BAYANGAN LUKA

 


Rasanya tak adil kalau saya tak sertakan sekali review tentang short story karya DZ ini sekali, kan… after all, Adha Hijazi is a macho himself too… and the heroin is still the A’s…


So, how to start… the story I consider as the best in the Anthology… Jiwa Kacau. The other stories are quite interesting also, seperti Dendam Bunga Dahlia karya Lynn Dayana dan Menari Dalam Duka karya Attokz Dikulgai. Attokz pada saya punya ilmu yang bukan sedikit sehinggakan boleh menulis sesuatu yang cukup informatif seperti itu, semacam membuat satu pembongkaran sahaja lagaknya. Surely, he did his homework first before starting to write cuma endingnya sahaja yang pada saya kurang memberansangkan. Karya sebagus Menari Dalam Duka sepatutnya dipanjangkan menjadi sebuah novel penuh, Arzam Domino punya potensi yang cukup besar kalau dia berada di dalam sebuah novel sendiri. Lynn Dayana pula pada saya, seorang penulis prolifik yang cukup baik, gaya bahasa yang konsisten dan penceritaan yang tidak meleret-leret walaupun terdapat ramai watak pada sebuah naskah yang pendek… focusedlah kalau hendak diterangkan bagaimana. Juga cerita yang tidak berakhir dengan satu jaw drop yang bukannya disebabkan oleh kagum. Maknanya ending dia okaylah… tak seperti sesebuah karya itu, yang sukar difahami pengakhirannya atau cerita berakhir dengan pengakhiran yang cukup rapuh (bahasa kesatnya, hampeh).
Ini nak citer apa sebenarnya ni?
Okay-okay… nak briefing sikit aje tadi… okay let’s get down people…
Adha Hijazi, teman sekerja Ziyad Sidqi, protagonis Hati Bergetar Rindu (HBR). Dia seorang lelaki normal pertama yang dicipta oleh DZ… At least dia nampak normal lah, tidak ada masa silam yang menyakitkan… cuma present yang sedikit buat sakit otak sahaja semenjak takdir menjodohkan pertemuan dengan Azalea Soraya, gadis kaya yang ada problem sikit.
Entah mengapa apabila saya membaca BBL, saya jadi automatik teringatkan RBB tersangat-sangat… ehh… BBL, RBB… Buru Bayangan Luka Rindu Belum Berhenti… hahaha…
Premis cerita triller yang boleh dikatakan agak berkesan juga… kesan triller itu ada dan pada suatu-suatu bahagian ia memang intriguing. Sampai kita jadi DIPASTIKAN yang jahat dan ada niat jahat itu orang lain, dan at some point DZ twist balik benda itu jadi 180 degree… then, twist semula sampai lengkap satu putaran bulat yang membuatkan orang pening sekejap. Nice work, kak…
Pernah sekali saya chat dengan DZ di FB, katanya ada sedikit kesalahan dalam BBL… but she must have done a very good work lah kerana saya tidak nampak di mana, I thought it was PERFECT! Dia ada kata juga sengaja nak sedapkan hati dia atau betul-betul… saya katalah betul-betul… sebab memang betul. As a reader, saya rasa saya tidak salah mengatakan yang karyanya adalah yang terbaik di dalam itu.
Kerana apa?
Kerana pertama… prolognya membawa pembaca untuk mengenalpasti cerita ini berkisar tentang apa dengan mudah. Tidak langsung susah difahami kerana sesiapa yang mengikuti penulisan DZ pasti faham, yang DZ tidak menggunakan bahasa yang menyusahkan. Some of our writers punya bahasa yang agak berbunga-bunga dan bersemak-samun.
Dan keduanya, harus diingat, it’s a thriller so, make it like one. DZ bukanlah penulis triller no. 1 di Malaysia. Saya tahu dan faham kenyataan itu. Saya sendiri mengikuti penulisan Ramlee Awang Murshid, brader tu legend… tetapi bagi seorang penulis wanita, DZ pada saya cukup berani kerana bermain dengan gaya yang seperti ini. Pengalaman mematangkannya dalam menulis genre Action Romance dan kini dia cuba ke arah lebih sedikit thrillernya… tetapi sesiapa yang membaca pasti akan sedar unsur-unsur Action Romance a.k.a JIWANG BRUTAL itu jelas terpampang di situ, kan? Sekali tengok pun dah boleh tahu yang Adha memang ada hati dekat Lea. Apatah lagi apabila Sid pula makin mencucuh-cucuh perasaan itu kepada Adha. Pernah juga sekali saya berbual dengannya di FB, katanya nak buat tak ada cintan-cintun… tetapi DZ nyata gagal kerana… that’s her style… ACTION ROMANCE, JIWANG BRUTAL! If you’re eating, swallow it whole… saya pun tak faham analogi saya… So, in the end saya simpulakan genre BBR adalah ROMANTIC THRILLER. Boleh?
Ketiganya, perkara yang paling basis dalam story telling, penceritaan yang kena pada tempatnya, klimaksnya pada saya berkesan walaupun agak biasa tetapi sekurang-kurangnya tidak anti-klimaks macam satu-satu karya itu. Dalam BBR, pada awal pembacaan saya sudah detect yang penjahat sebenar adalah Azira. Kan tadi saya ada kata yang BBR mengingatkan saya kepada RBB, jadi saya dengan automatik membayangkan Azira itu sama sahaja dengan Murni. Seseorang yang berlagak baik tetapi menyembunyikan niat penuh tembelang di belakang. TETAPI, seperti yang saya kata juga DZ twist cerita dengan MENAMPAKKAN Dr. Badrul seakan-akan ada niat jahat. Dan sejujurnya saya juga mencurigai Puan Sri Zuraidah apabila tahu dia bukan ibu kandung Azalea. Itu yang saya  maksudkan dengan twist semula menjadi 360 darjah. DZ tahu, walaupun orang boleh mengagak siapa antagonisnya, dia tetap harus menimbulkan unsur suspen dalam ceritanya. Dan nyata, penulisannya menjadi. Sekurang-kurangnya saya dapat merasainya. Dan saya yakin juga ramai turut mengakuinya.
Keempat, ending yang dramatik. I don’t want to spoil the surprise kepada yang belum membaca, so dapatkan naskah Jiwa Kacau anda sekarang. Dan epilog yang sememangnya menjadi pilihan setiap pembaca setia karya-karya DZ, harus ada happy ending… bukan… pada saya endingnya adalah romantik dan sentimental. Walaupun takdelah jiwang mana tetapi the thought is there… sesiapa yang membaca akan membayangkan suatu permulaan yang baru buat kedua-dua watak…
Dan alangkah baiknya jika Adha dan Azalea dipotraykan semula dalam satu naskah lain, say… selepas Kifli Arami? Sebagai cameo pun tak apa… mesti pembaca nak tahu apa yang terjadi kepada mereka, kan…
Saya tidak ulas terlalu banyak tentang kedua-dua Adha dan Azalea kerana… Adha seorang lelaki normal… tidak ada konflik dalam diri melainkan kehadiran Lea yang membuatkanya jadi tak senang duduk. Manakala Lea juga tidaklah mempunyai konflik yang terlalu membawa pandemik sangat. Lagipun, dia sudah semakin sembuh dan ada keinginan untuk sembuh tidak seperti the A’s yang lain sedari Alia sehinggalah Auni yang punya masa silam yang bernanah.
Pun begitu… BBR adalah naskah yang tidak mengecewakan langsung. Masih boleh dinikmati semasa minum petang. dan menyambung dengan peneman sebelum tidur.
Sekian, terima kasih!
Wassalam…

Comments

Eera Shera said…
senyum dan angguk je masa baca. review ke apa ni? best! rasa macam Jahn dok bercerita depan mata je kalo la jumpa jahn kat luar, memang nak ajak dia review semua novel DZ lama2 haha..

setuju la bila jahn kata kali ni kurang sikit aksi. tapi part auni tembak jimmy tu dah macam cover kekurangan tu. sebab apa? sebab memang gila la. berani gila kak dhiya buat macam tu..tapi saya tak rasa benci dekat auni walopun dia cuba kill hero pujaan saya hehe..cuma kesal tu ade la. babak tu memang saya terbayang bestnya la kalo difilemkan. takda lagi kot novel yg buat macam apa yg akak buat.

dan babak auni begaduh dengan afi dekat hospital tu memang terkesan la. rasa macam afi dah tolong marahkan auni haha..sebab saya geram dengan sikap tak pikir panjang auni tu. tapi kesian dekat dia kan. kesian dengan nasib jeffri jugak. buruk macam ni pun keluarga kita, tapi dalam hati kita dia la yg terbaik walopun orang lain membenci

opss terpanjang lak..rasa bersemangat pulak kakaka..dah lama nak borak dengan kak dhiya tapi dah jarang bukak fb la. malas haha..and jahn oppa. tolong aktif menulis macam dulu balik hehehe ;)


dhiya zafira said…
hahahha..

eera pun komen panjang jugak..its ok..akak suka je baca...kali ni memang kurang sikit aksinya..tapi tak sangka ramai yang kata nak lebih banyak aksi..hahahah..
Jahn Abas said…
akak novelis jiwang brutal... kena embrace aksi tau... hahaha!

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

mutiara kata sasterawan negara