Wednesday, November 14, 2012

Taiping - Batu Gajah - Tg Malim - Pahang

Salam...

Weekend lepas saya dan family ke Pahang, to be exact Jengka 3, untuk menghadiri majlis perkahwinan my cousin punya anak. Last saya ke sana pada tahun 2009 kerana sepupu masuk Hospital Temerloh kerana serangan jantung. Kami memang terlalu jarang ke pahang..mungkin jarak yang jauh dan masing-masing sukar mendapat cuti menyebabkan pahang selalu tidak berada dalam senarai destinasi kami. kakak saya yang sulung dan sarah adik saya lagi pulak...kali pertama diaorang sampai pahang pada tahun 1994, iaitu semasa aarwah abang mak saya meninggal dunia. Walaupun arwah adik saya bernikah dengan orang pahang, namun setiap kali kami ke sana untuk merisik, bertunang dan majlis kenduri, masa2 itulah mereka berdua ni ( kakak dan adik) tak dapat ikut. Selalunya ada saja aral yang melintang. sama ada periksa spm, beranak, periksa final kat U...etc etc. pendek kata mmg banyak hal lah yang memungkinkan depa tak boleh ikut. Jadi selalunya banyak muka saya ajelah yang ke sana. 

Kami memulakan perjalanan petang Jumaat. Saya balik kerja pukul 3, terus balik rumah..kemas baju saya dan Mr K...dan in the same time, sarah pulak baru balik sekolah di Trong...dengan tak sempat mandi atau berehat..sarah hanya bertukar kereta. Dari kereta dia, naik terus kereta adik lelaki saya.  Kami tidak boleh berlengah kerana kakak saya ada appointment dengan kontraktor yang nak renovate rumah dia. Tiga kereta kami konvoi ke Batu Gajah. tot tet tot tet tambah awning..tambah dapur. elektrik nak tanam dalam..kami selesai bila dah malam...naib baik boleh jamak so..tak ada masalah nak cari tempat solat lak...Masa ni atun, adik bongsu pompuan saya dah ada di tg malim sebab teman kakak kedua saya, metty kena jumpa supervisor PHD dia kat upm...oleh sebab abang ipar saya kena outstation kat penang, so, atun le kena jadi driver dan peneman. Metty boleh drive tapi dengan dua orang anak yg berumur 2 dan baby 5 bulan..so imagine macm mana nak drive kan...hahhaha....

Sampai tg malim...dah pukul 10..masing2 kebulur....terlentang penat..memikirkan nak drive esok ke pahang lagi rasa penat...lepas subuh bangun..metty dan sarah buat sarapan kat dapur. buat sardine roll goreng dengan  telur..3 keta masing-masing dapat tiga bekalan makanan, air teh panas dan air masak. hahahah...senang..sarapan dalam keta...tak buang masa....oleh kerana saya yang paling familir dengan route kkb, batang kali dan genting..saya yang lead dulu..yg lain i folo ajelah....

Perjalanan memula ok sehinggalah saya salah exit di kuala kubu baharu. Sepatutnya untuk ke batang kali, saya harus masuk kanan namun saya terus...tiba2 aje perasan sudah berada di kaki bukit..alamat ni gaya2 kalau terus sampai ke Fraser Hill ni...jadi...terpaksa patah balik dan dalam dok ingat2 lupa, jumpa masjid di kkb yang jadi landmark saya jika nak ke BK..Alhamdulillah..jumpa...dalam dok lambat2 tu siap singgah di econsave lagi untuk beli hadiah...hahaha...bayangkan pukul 8 pagi econsave tu baru aje bukak kami dah serbu....


Murni..kakak sulung saya

Sarah yang tak habis2 tanya soalan " dik ah cantik tak?"

yours truly wit Mr K dan Ana ( Isteri arwah adik)

Atun, Ana, emak dengan Daifull, Hadiff dan Arumi


Atun dan Daiful

Lepas Tol Temerloh...sesi membuang apa yang ada..hahahaha




Ayat mak.." korang ni tak habis2 begambar aje..."
Perjalanan ok sehingga memasuki negeri Pahang. Sepatutmya kami harus exit di Chenor untuk ke Jengka 3. Tapi saya sangkaan saya, saya perlu exit di temerloh dan teruskan perjalanan mengikuti jalan maran-kuatan untuk sampai ke jengka. tapi saua ikut jalan jauh rupanya. Sampai memanglah sampai..tapi bertanya jugaklahh 4 5 orang sebelum nak sampai tu...perjalanan yang jauh jadi semakin jauh...Siap lihat eksiden depan mata lagi..mujur tak mati..kalau tak mmg trauma saya..akhirnya bila dok merayau tgh cari jalan tu, jumpa kedai makan n decide nak tanya salah sorang manusia yg tgh makan di situ. Nasib kami baik bila tup2 tertanya orang kampung jengka 3 tu terus..wahhhh...Alhamdulillah..terus dia bawak kami ke rumah berkenaan. Ayooo...malunya rumah saudara sendiri pun boleh sesat...hahahahhaa
Masa sampai tu kenduri pun ala2 nak berakhir dah...tak sempat nak camwhore dengan pengantin sebab semua dah penat sangat sebab sesat. Kitaorang biasalah sembang2 ala kadar lepas tu semuanya tumbang tido...hahahaha...
Esok lepas subuh baru cover balik...saya dan sarah masak nasi goreng....masak untuk ramai orang tu...nasib baik sedap nasik goreng kami...hahahhaa..puji diri kejap..tapi mmg sedap pun sebab Mr K rajin tolong tumbuk ikan bilis goreng bagi tambah perasa...lepas makan2 dan mandi2 kami bertolak balik semula ke TG malim...perjalanan kali ni lebih mudah lancar dan tidak memakan masa yang lama sebab kami mengikut laluan yang betul...jalan yang diredhai ALLAH..hehehehe
Singgah genting sempah untuk tapow makanan...naik genting..jalan makin perlahan..jem...tup2 dengar berita di radio ada kejadian tanah runtuh di area goh tong jaya..er..er.er..seriaunya dengar..walaupun tak ada kemalangan maut tapi dengan kejadian yang masih fresh..mesti cuak nak lalu kan..tapi oleh sebab dah terstuck kat jalan tu..apa boleh buat terpaksa bertabahlah....
Tahniah buat Anita dan Fazli....

Jalan yang jammed

bersusun kereta kat depan dan belakang...masa ni siapa pakai keta auto nasib baik le...

Antara tanah yang runtuh...banyak2 tempat..tak dapat nak bayang kalau dia runtuh sekaligus..nauzubillah...
Pukul 3 sampai tg malim...cari kedai makan kebanyakkan tutup...berpusing2 kami cari kedai sebab masa tu kalau hidang kerbau..tu mmg habis rasanya kerbau tu..hahahhaa..last2 ijat adik saya cakap..korang balik le dulu..kitaorang p beli makan...Alhmdulillah..tu yang nak dengar tu...balik rumah lepak dan malam tu lepas maghbrib cau cin cau balik Taiping balik....Alhamdulillah..lega..semuanya selamat sampai....La ni sarah berada di kelantan...mak dan atun n daiful pun tadi bertolak ke kelantan...huwaaaaa....penatnya dengar....

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...