Tahniah Metty n Mahazir







Salam...

Hari sabtu lepas, telah berlangsungnya majlis pernikahan dan kenduri kakak aku, Mariyati dengan pasangannya Mahazir. Dalam tahun ini sahaja sudah 2 majlis perkahwinan dilangsungkan di rumah aku. Bulan Januari tempoh hari, adik lelaki aku yang berkahwin, dan kini giliran kakak aku pula. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar walaupun jantung aku bagaikan hendak pecah memikirkan betapa suntuknya masa yang berlaku pada majlis tersebut. Bayangkan bernikah dan kenduri pada hari yang sama. Sudahlah masa bernikah, Tok khadinya mahu menunggu ketiga2 pasangan yang hendak dinikahkan, supaya khutbah nikah boleh berlangsung serentak. Jadi walaupun kami orang pertama yang hadir namun terpaksa menunggu 2 pasangan lain.

Selesai nikah, aku memecut kereta, dan kakak aku dengan suaminya memecut kereta ke butik untuk menukar pakaian pula. Jam sudah pukul 12 tengahari, sedangkan pihak kompang akan datang pukul 12.45. huhuhu...masa itu pulalah JKR nak menambak jalan. Jalan jammed hampir 2 km. Aku dah berpeluh. telefon dah tak henti2 berdering. Sekejap mak telefon. sekejap kakak sulung aku. kemudian adik aku pula. semuanya bertanya adakah urusan kami sudah selesai. huhuhuh..nak meraung aku. Mana tidaknya, selain bertukar baju, kakak aku perlu dimekapkan semula dan 30 minit yang diperuntukkan itu memang tidak cukup.

Mahu tak mahu, aku kata pada emak, minta pihak kompang tunggu. Nak buat macam mana, apa yang dirancangkan tidak berjaya. Walaupun kami menepati masa, namun bila tok khadi sendiri mahu menunggu pasangan lain dan gemar bersoal jawab tentang bab munakahat dengan pengantin lelaki, kami hendak buat apa? terpaksa terima keadaan tu dan berdoa agar semuanya baik-baik belaka.

Mujurlah...Majlis berlangsung dengan jayanya. Kakak aku sudah selamat menjadi isteri orang. Dan teringat kembali kata-kata emak membuatkan aku senak perut... " lepas ni giliran hang pulak." hahahahaha

Comments

laila kamilia said…
tahniah kpd kak metty. lps ni hang xlehla kepit dia merata sbb satgi abg dia marah...


hehehe aku setuju benor dgn ptanyaan mak tu...hehehe
Mersik said…
Wahh.. meriahnya.. Sampaikan salam Selamat pengantin baru utk kakaknya ya. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat gitu..

Moga lps ni, Dhiya plak.. kekekek
tahniah wat akak nyer kakak...ehehe...semoga jodoh ni berpanjangan hingga ke akhir hayat...amin...
dhiya zafira said…
Laila...
Ya, dia tak bolehlah huha huha dengan kami lagi...sekarang ada batasannya yang dia kena jaga...
huhuu...ko doakan aku ek..ehhehe
dhiya zafira said…
Mersik..

terima kasih..n mudah-mudahan ALLAH makbulkan doa mersik itu..aminnn
dhiya zafira said…
Fad..

tocay..tocay...hehehe...studi mcm mana dik?
harap terus sukses

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

mutiara kata sasterawan negara

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI