ceritera 1


Salam...


2 minggu lepas, aku hampir-hampir sahaja kehilangan kunci kereta kesayanganku ini. Hanya ALLAH sahaja yang tahu bagaimana gelabahnya aku sewaktu menyedari kunci kereta aku tiada di dalam beg. Perkara pertama yang terlintas dalam kepala aku ialah keselamatan kereta aku. Aku tidak sedar berapa lama kunci aku hilang dan siapa yang telah menjumpainya. Aku takut kalau-kalau kereta aku dah tiada di tempat parkirnya saja. Sudahlah aku baru lepas servis kereta beberapa hari yang lalu n di badan kunci itu terdapat sticker yang bertulis nombor kereta aku.

Dengan cepat, aku menuju kereta.LEGA...kereta aku masih selamat parkir di kedudukannya. Aku hanya berseorangan ketika itu, jadi bagaimana hendak aku cari kunci aku dan menjaga kereta sekaligus. Sudahlah spare keysnya aku tinggal di rumah. Mahu tak mahu, aku terpaksa meminta tolong seorang cleaner bangladesh untuk menunggu kereta aku sekejap sementara aku pergi menjejaki laluan di mana aku berada, dengan harapan kunci kereta aku ditemui. beberapa minit selepas tu aku kembali ke kereta. mamat cleaner tu dah takde. cis...hampeh sungguh. tak boleh diminta tolong. Nasib baik aku tergerak hati dengan berpatah balik semula. Aku telefon adik aku dan minta dia membawa spare keys. sempat juga dia berleter pada aku. 15 minit menunggu dia membawa kunci umpama 15 tahun. aku tidak berani meninggalkan kereta untuk aku bertanya pada kaunter maklumat. Aku terpaksa menunggu adik datang dahulu sebelum aku bergerak ke mana2.

Dalam hati, aku tahu lepas ni aku terpaksa menukar kunci dan buat kunci yang baru. Dalam pada tu rasa ralat aku bukan kerana kehilangan kunci tetapi lebih kesal kerana kehilangan key chain yang aku beli di Spain tahun lalu. Aku sayang betul key chain yang berbentuk lembu itu. Sudahlah aku beli pun satu aja. hilang yang ini bermakna tiada gantinya. key chain yang lain memang ada, namun entah mengapa aku berasa ralat kalau key chain ini hilang. Hendak membeli yang baru..hmmmm bilalah pula peluang aku hendak ke Spain lagi..hhuhuhhu

Sebaik sahaja adik aku sampai, aku terus bergerak ke kaunter informasi. Setelah bersoal-jawap dengan dia...setelah mengisi buku laporan, dia menghulurkan kunci kereta aku. katanya, seorang staf farmasi yang menjumpai kunci itu. Aku bersyukur tak terkira. Mujurlah ada insan yang baik hatinya.

Kata adik aku...lepas ni hang jangan bagi hilang lagi. Aku angguk je. aku akan jaga kunci ni baik2. namun agaknya memang tersurat, key chain berbentuk lembu itu memang bukan untuk aku. Semalam, aku menyedari key chain pada kunci aku hanya tinggal satu sahaja. puas aku cari namun tak berjumpa...huwaaaaaa.....huwaaaaa....huwaa....


p/s- kawan kakak aku akan ke Spain selama sebulan. Agaknya dia hendak belikan untuk aku tak?hmmmmm...

Comments

Lynn Dayana said…
Haha...panik ya? Mills n Boon... kdg2 aku beli sbb gerenti blh baca dalam sejam. So bacaan sebelum tido!
Hehe... aku br hbs marathon jawapan yg pasti. 2 jam habis!
© Opah De said…
Syukurrrr ada juga orang yang berhati mulia. Kalau dibuatnya jenis yang suka mengambil kesempatan, tak ke naya... No worries, tahun depan Dhiya ke Spain. Tengoklah nanti.
dhiya zafira said…
Lynn...

Ha'ah...dengan mill n boon ni memang boleh marathon punya..hahah

dah habis baca JYP...wow...ko beli ke pinjam kak eka punya..?hahahha
dhiya zafira said…
OD...

betul tu. mujur kat dunia ni masih ada orang yang boleh dipercayai...cubalah kalau yang dapat tu orang yang tak berapa nak baik...mahu lesap kereta saya...
p/s- OD..nak p tempat lain pulaklah..hahahah
laila kamilia said…
baru aje bcadang nak belikan ko keychain ganti balik kalau ke spain nnt...doakan aku sihat supaya blh ke italy-spain summer ni...
dhiya zafira said…
Salam Laila...

hehehe..kalau ko travel ke sana..aku nak keychain setiap tempat leh tak..hahahaha...

Popular posts from this blog

SAYA RASA NAK BAKAR PEJABAT POS Kamunting

PRE ORDER ~ JAUH KAU PERGI

mutiara kata sasterawan negara